A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Bahasa Melayu Terpinggir – Salah Siapa?

Bahasa Melayu Terpinggir – Salah Siapa? PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 04 December 2008 18:00

Sudah ramai yang membincangkan isu ini, dari pak cik di kedai kopi sehinggalah kepada mantan perdana menteri, Tun Mahatir Mohamad. Saya terpanggil untuk menulis pandangan saya selepas membaca beberapa komen di akhbat tempatan. Saya bukan dari rumpun Melayu sebaliknya asal keturunan saya adalah dari India.

Pada pandangan saya, kelemahan bahasa Melayu itu adalah kerana bangsa Melayu itu sendiri.
 
Pertama, umum mengetahui bahawa bahasa Melayu banyak meminjam kata dari bahasa lain untuk memperkayakan perbendaharaankatanya. Ini termasuklah bahasa Portugis, Cina, Sanskrit, Tamil, Arab, Inggeris dan lain-lain lagi. Dengan yang sedemikian, apakah boleh kita simpulkan bahawa bangsa Melayu tidak berupaya untuk mencipta dan perkayakan perbendaharaan katanya sendiri?
 
Kedua, bangsa Melayu masih tebal dengan semangat kenegerian, ini jelas apabila kita melihat loghat mereka. Adalah tidak keterlaluan untuk saya katakan, bahawa adanya rakyat Malaysia (baca Melayu) yang tidak dapat berbual (sengaja saya tidak menggunakan perkataan “komunikasi”) dengan rakan Melayu yang lain apatah lagi jika rakannya itu dari Kelantan. Rumpun Melayu perlu bersatu terlebih dahulu untuk memartabatkan bahasa Melayu.
 
Ketiga, apalah yang hendak dibanggakan sangat apabila kita hanya bijak dan pantas “memelayukan” saja perkataan dari bahasa Inggeris atau bahasa lain. Communication jadinya komunikasi, Integration jadi Intergrasi, hospital, bajet, asimilasi, prioriti dan senarai ini amatlah panjang. Di mana Melayunya? Kenapa jabatan berkaitan atau para ilmuan kita tidak berusaha untuk mencipta dan mewar-warkan sesuatu perkataan yang baru. Apakah bangsa Melayu tidak mampu? Saya berpandangan, bangsa Melayu kini, malas dan tidak mahu. Jika kita hanya mampu mengubah ejaan dan mendabik dada mengatakan, inilah dia bahasa Melayu.
 
Tahukan anda apa erti “maun” dan “maging”. Saya yakin perkataan ini telah hilang dari segi penggunaannya. Maun ertinya ‘herbivore’ dan maging ertinya ‘carnivore’. Pawagam? PAnggung WAyang GAMbar, kalau betul bacaan saya, perkataan ini di perkenalkan oleh Tan Sri P. Ramlee. Bangsa lain mampu mencipta perkataan, sebagai contoh, ‘Computer’, “Kannini dalam bahasa Tamil”, “Komputer dalam bahasa Melayu” ‘electric’ Minsaram dalam Tamil dan elektrik dalam bahasa Melayu. Orang lain boleh, kenapa kita hanya tukar ejaan sahaja?
 
Jati diri kita terhadap bahasa Melayu hanyalah senipis kulit di badan. Tidak lebih, tidak kurang. Apabila timbul permasalahan, semua bising, selepas itu buat kerja masing-masing, sudah tidak ambil pusing.
 
Keempat, Bidang penyiaran dan penerbitan (Media). Ini termasuklah semua jenis media. Amat memalukan apabila penyampai berita di radio tempoh hari berkata “Prioriti rakyat sudah berubah”. Saya amat terkejut dengan berita tersebut. Kemana hilangnya perkataan “Keutamaan”. Apakah pada hari tersebut perkataan tersebut bercuti di Genting Highland atau Cameron Highland? Media boleh memainkan peranan yang amat besar dalam memartabatkan bahasa Melayu. Saya yakin semua ketua di bahagian penyiaran rata-ratanya adalah Melayu. Habis, kenapa bahasa Melayu terpinggir dan di bakul sampahkan? Di mana silapnya?
 
Bahasa pengajaran di sekolah tidak ada kaitannya dengan martabat bahasa Melayu. Pada pandangan saya, martabat bahasa Melayu telah turun piawaiannya jika di bandingkan dengan tahun  - tahun 50an hingga 70an. Lihat saja tuturan wayang zaman Tan Sri P. Ramlee dan tuturan wayang zaman sekarang. Perlukan saya huraikan dengan lebih lanjut? Semua ini salah siapa?
 
 Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sejak sekian lama. Kenapa terjadinya penurunan piawaian ini? Adakah kita amat yakin jika kita terus mengajar dalam bahasa Melayu, 50 tahun dari sekarang bahasa Melayu akan tinggi martabatnya. Saya yakin kita tidak akan kemana. Ini adalah kerana kini, kita banyak menggunakan bahasa yang di “Melayukan”  berbanding dengan dahulu.
 
Dewan Bahasa dan Pustaka berserta dengan badan berwajib yang lain hendaklah duduk semeja dan mengenalpasti permasalahan yang di hadapi oleh bahasa Melayu. Dapatkan juga maklumat serta penglibatan dari badan berwajib bahasa yang lain. Dapatkan pemahaman yang lebih jelas terhadap sesuatu perkataan yang baru dari segi dasar dan maksud. Yakinlah, dengan hanya memastikan setiap rakyat Malaysia belajar dalam bahasa Melayu tidak akan meninggikan martabat bahasa Melayu dengan sendirinya. Kita perlu ada perancangan yang teliti dan usaha yang berterusan untuk memperkaya dan memperluaskan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Cukuplah perkataan yang telah di ‘melayukan’. Ciptakan perkataan yang baru dan gunakan semua saluran yang ada untuk hebahkannya.  
 
Bahasa itu mencerminkan bangsa, tapi uniknya kita di Malaysia, bahasa Melayu mampu mencerminkan bangsa Malaysia.
 
Akhir kata, majulah bahasa Melayu untuk bangsa Malaysia.      
 
 
Noor M.

Perak.

Comments (32)Add Comment
...
written by Kotadamansara73, December 04, 2008 18:14:34
SALAH UMNO.

Orang Cina dan orang India dan semua orang Malaysia belajar Bahasa Melayu. Tak ada satu orang bukan Melayu di Malaysia tak belajar Bahasa Melayu.

Orang bukan Melayu tak ada curi hak orang Melayu. Hak Orang Melayu sentiasa ada disana. Bila orang Cina beli tanah, mereka beli daripada Khir TOyol dan Ali Rustam. Itu duit mereka simpan ke mana, ini bukan orang cina punya pasal. Orang CIna tidak pernah guna senapang untuk merompak tanah orang melayu.

Orang Melayu jangan dengar Orang UMNO cakap. Orang UMNO adalah orang bodoh yang tidak boleh dipercayai. Mereka menggunakan wang rakyat untuk bercuti di London dan Melbourne. Orang UMNOlah yang menghalang Orang melayu daripada menjadi kaum progresif.

INI SEMUA SALAH ORANG UMNO.
report abuse
disagree 3
agree 53
...
written by ahmadneil, December 04, 2008 18:53:39
Salah untuk di Melayu.Semua melayu suka umno bohong.Melayu sudah 51 tahun suka umno bohong.Dia orang belum bangun, masih didor.
report abuse
disagree 2
agree 23
...
written by OilMan, December 04, 2008 19:16:37
Sabahan school children are getting confused by the day. When the teacher (West-Malaysian) teaches my child the word SAYA he/she will pronounce SAYA. During normal conversation he/she will say SAYE. The other common words are: die, mereke, takde, siape, mane, kenape, etc.. are these not confusing and as they memperkosa bahase?
report abuse
disagree 3
agree 14
...
written by OilMan, December 04, 2008 19:17:30
I still support DSAI previous attempt to introduce Bahasa Baku in schools.
report abuse
disagree 5
agree 14
...
written by The dragonheart, December 04, 2008 19:19:07
Apa punya cetek ilmu penulis diatas... memalukan

Kalau setakat nak menghina melayu tak payah tulis artikel sedimikian.

Pertama, Saya kira, Bahasa Indonesia lebih banyak meminjam bahasa lain tapi semua orang di indonesia termasuk cina dan india boleh tutur Bahasa Indonesia lebih baik dari bahasa dia sendiri.

Kedua, Malasia hanya ada taksampai 10 loghat melayu ..tapi di Indonesia ada lebih 2000 loghat bahasa tapi semua boleh .
tutur bahasa Indonesia

Pokoknya Orang Melayu tidak setegas pemerintah Indonesia dan juga di Thailand.

Banyangkan kalau semasa merdeka dulu orang Melayu jadi macam president sukarno...Pasti semua orang malaysia di melalukan.. dan yang tak nak ikut di hantar balik negara asal...

Kita rakyat malaysia tidak pernah bersyukur atas nikmat yang kita perolehi... mendapat betis nak peha...

Bahasa itu jiwa bangsa... kalau penulis diatas tidak megahkan bahasa negara dia sendiri maka itu lah sikap biadap dan tak berpariotik ...

Sungguh memalukan dan artikel macam ini pun boleh masuk MT...

Pada saya gagalnya bahasa melayu ada lah kegagalan kerajaan BN dan sikap rakyat yang tiada megah dengan bahasanya sendiri!!!
report abuse
disagree 46
agree 11
...
written by Horizonline, December 04, 2008 19:35:10
Saya mula belajar Bahasa Malaysia sejak dari sekolah rendah lagi. Setelah sekian lama saya belajar, saya sudah mula tahu menghayati dan menghargai BM sebagai bahasa kebangsaan. Malangnya isu bahasa ini sering dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mengdahagakan pengaruh dan kuasa. Pada pendapat saya, tanggapan bahawa BM sudah terpinggir adalah tidak benar sama sekali. BM amat dititikberatkan dalam usaha menyatukan seluruh rakyat Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, semua bangsa di negara ini juga diwajibkan untuk mempelajari BM di sejak di peringkat sekolah rendah lagi. adakah ini menunjukkan bahawa BM sudah terpinggir? adalah tidak adil jika mengatakan BM sudah terpinggir hanya kerana BM telah diselitkan dengan perkataan asing. BM telah muda wujud sejak sekian lama dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebelum Za'ba memperkenalkan sistem ejaan rumi yang seperti kita gunakan sekarang, BM adalah dalam berbentuk tulisan jawi dan pada masa itu jugalah BM sudah mula menggunakan unsur bahasa asing dalam bahasanya. adakah ini bermaksud BM akan menjadi lebih 'BM' jika bentuk hufufnya berbeza? Kita tidak dapat mempertikaikan identiti BM kerana 'BM' yang macam inilah dipanggil 'BM'! Tidak relevenlah jika saudara memikirkan BM dapat diperkasakan hanya dengan menukarkan ejaannya sahaja! BM sangat penting di Malaysia sebagai bahasa perpaduan, sebab itulah ia wajar dipertahankan. Tapi bukannya masalah ini dapat diselesaikan dengan menyalahkan sesiapa sahaja. Masalah ini berlaku kerana anda memikirkan ia berlaku, tetapi sebenarnya tidak.
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by cylee, December 04, 2008 19:38:30
Firstly, i had no intention to insult our Bahasa melayu. However sadly, we had to face to the above facts. In Malaysia, BM had became a Bahasa Ciplak. And Malays also became a Bangsa Ciplak too. Today I'm 40 years old, as far as i can remember, within the past 3 decade, many of the original Malays Beautiful culture had lost or not being heritage to the new generation. I can't imagine what else had been lost for the past few hundred years and will be lost for the coming few decade.
Anyhow, i believe the most damaging are during under the rule of BN. During this BN Dark age, Many Malays culture has been systematically Erased, Ban and dying naturally just for the sake to control the Malays in order to cling on Power. And all those thing are done in the name of Islam.
The once friendly, honourable, joyful, optimistic, open minded and trust-able malays are now became more extremist, hatred, pessimists, narrow minded, untrustable and so many others negative elements (sorry to say, its ARAB ciplak Culture) This all have to thanks to the Good job Of UMNO.
So, Dear all Malays, only yours can save your self. The others had no room to help yours at this moment, as any one who tried, will brand as enemy to Malays by the UMNO. The only solution is to kick out UMNO and to revamp the total education and administration system in order to save
the Malays race. Else, the malays race will disappear from Malaysia and become Arab ciplak race within another 50 years of UMNO ruled.
So now, the question is, are the Malays dare to take up the challenge?? How long the malays still willing to be continue sodomised by UMNO?
report abuse
disagree 3
agree 30
...
written by Msiasky, December 04, 2008 19:39:08
Kata saudara Noor memang betul

"Bahasa itu mencerminkan bangsa"…..kalau hanya tahu memelayukan bahasa lain dengan mengubahkan ejaan sahaja …. Bagi saya, sikap ini jelas menunjukkan bangsa itu

1. tidak mengambil berat tentang bahasa sendiri.
2. sikap tidak-apa, iaitu tiada sikap hendak membuat sesuatu kerja / perkara dengan bermutu (harap mereka masih tahu apa makna mutu – bukan nama orang Hindu)
3. tak mahu berfikir, (bukan bodoh tapi tak mahu berfikir)

Juga memelayukan bahasa lain dengan mengubah ejaan, secara tidak langsung ia juga menggalakkan penggunaan bahasa lain yang dipinjam dan tidak bahasa Malaysia sendiri.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by borneoman, December 04, 2008 19:50:12
many sarawakian and non malays are the victim of bahasa malaysia because it is not our mother töngue and we were educated in an english medium government schools.is it a case of born at the wrong place and the wrong time?i dont think so because the status of bahasa malaysia is not the official language to sarawakian.i consider bahasa melayu sial as a tool of the neo colönialist of malaya .i will curse the language for aslong as i live because i am its innocent victim.INDEPENDENCE FOR SARAWAK.
report abuse
disagree 8
agree 18
...
written by borneoman, December 04, 2008 20:23:59
majulah bahasa melayu untuk bangsa malasia @bangsa melayu malaya?BAHASA MELAYU adALAH BAHASA PENJAJAH.
report abuse
disagree 7
agree 7
...
written by MalaysianUnited, December 04, 2008 21:05:58
Borneoman..

Saya rasa anda tidak faham satu perkara..iaitu gagasan negara lebih kecil yang merdeka adalah TIDAK RELEVAN BAGI ALAF BARU..rasanya anda dah tua benar untuk mengikuti arus politik dunia lewat masa ini. Kalaupun benar Sarawak merdeka anda hanya akan jadi seperti Timor Leste.jadi 'patung hidup' oleh negara2 kuasa besar. Lihatlah sendiri perang saudara Timor Leste. apa sudah berlaku?

US tuduh kumpulan proIndonesia tapi anda fikir secara logik. Tentera Aus&US boleh sahaja menangkap militan kecil2 ini kenapa tidak mahu? oklah itu pendapat saya.berbalik kepada negara kita.

Anda perlu faham kenapa idea Tunku yang ingin menggabungkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ketika itu iaitu ingin menggabungkan suku2 bumiputera termasuk gologan minoriti seperti Penan dll kebawah satu bangsa. Mana negara yang tidak bermasalah borneoman? beritahu saya. Orang Melayu sejak dari kurun 15 telah menerima kedatangan bangsa2 lain sedangkan negara2 Barat ketika itu mengamalkan dasar penindasan kepada kaum pribumi.

-berapa ramai yang dibunuh di Amerika Selatan? -Berapa jumlah sekarang bangsa peribumi Amerika Utara?

Jelasnya, Melayu atau kaum2 lain dari Semenanjung tidak pernah melakukan pembunuhan! hingga membuat anda benci kepada Semenanjung! Anda tanya generasi muda Sarawak.apa yang mereka mahukan? Itu yang penting.

Jika setakat duduk di Kuching dan mengaku memikirkan soal Sarawak baik tak payah. Beritahu saya, berapa banyak NGO Sarawak datang masuk ke dalam pedalaman Sarawak untuk membantu orang2 peribumi minoriti di sana?

Jelaskan.
report abuse
disagree 12
agree 8
...
written by cklife, December 04, 2008 21:35:41
http://ckgord.blogspot.com
Gord’s Guide to the Word ‘STIM’ in Malaysia
Origin
Malaysia’s official language; Bahasa Malaysia has always been borrowing foreign words to complement its inadequacies. In modern time, more words are borrowed from the English language.

‘Stim’ is actually a borrowed word from the English ‘Steam’. This unique word had been distorted from its original meaning to more diverse usage. Its growing complexity had made it one of the ‘most original uses of foreign word’ in the Bahasa Malaysia.

The use of the word ‘Stim’: More than Just Vaporized Water
(Sorry to those who don’t understand Bahasa, get someone to translate the followings for you)

Check out the various use of ‘Stim’:

To mean the exact English word Steam-Vaporized Water:
-E.g. -Penjanakuasa elektrik ini mengunakan kuasa Stim.
-Jangan bermain dengan Stim yang keluar dari cerek air tu.

To express anger:
-E.g. -Perangai babi kawan kau tu buat aku Stim je.
-Aku stim betul dengan polis tu. Tak pasal pasal kena saman.

To express indulgence:
-E.g. -Makwe aku stim semasa makan ais krim Baskin Robbin tadi.
-Aku sudah cukup stim dengan bir yang you beli tu.

To facially express satisfaction:
-E.g. -Aku nampak muka Stim dia masa kena urut awek tu tadi.
-Tengok muka Stim kawan kau tu. Mentang mentang baru main satu round saja.

To express tastiness:
-E.g. -Lauk tu… Nampak macam Stim je.
-Susu lembu Mak Kassom memang Stim.

To express amusement/enjoyment:
-E.g. -Aku memang Stim bermain Nintendo Wii.
-Hari ni aku Stim bermain kat Sunway Lagoon.

To express arousal:
-E.g. -Fulamak, sexy betul awek tu. Stim siut!
-DVD aku kasi hari tu, semasa tengok, you ada stim tak?

To express male genital erection:
-E.g. -Sayang, aku sudah cukup Stim. Jom start.
-Chong sudah tak boleh stim. Doktor cakap dia mandul.

To Stim or not to Stim

Due to the complexity of the word ‘Stim’, it would be easily misinterpreted by anyone. So, if you plan to use the word ‘Stim’, here are some cautionary details you need to know:

- If you’re a male, please exclude someone’s wife, mother, daughter or girlfriend in your conversation when you’re using the word. …or.... Vice Versa. (E.g.: When you tell your friend “Bini lu Stim dengan Ais Krim I” to express his wife’s indulgence in the ice cream you brought for her)
- Refrain from using the word repetitively; unless you’re trying to figure out some problem with your wife or husband. (E.g.: “Aku Stim, Aku Stim, Aku Stim” is really annoying)
- Refrain from using it officially.

It’s Stimmy Time

The word ‘Stim’ is so cool. You can use it in anyway you like. This is definitely a word to be officially included in the Dewan Bahasa & Pustaka.

Jom… Mari kita STIM!
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by Kotadamansara73, December 04, 2008 21:44:46
dragonheart adalah orang Melayu yang suka jerit HIDUP! MELAYU! HIDUP! ISLAM! tetapi tidak menyumbang apa-apa perkembangan kepada kaum Melayu. Orang Melayu inilah yang manghalang orang Melayu yang rajin maju kehadapan.

Dragonheart,

Orang Cina dan India dipanggil kaum pendatang. Panggil sesuka hati kamu orang UMNO melayu. Tetapi orang bukan melayulah yang menyumbang paling banyak tenaga dan otak kepada perkembangan Malaysia. 90% peratus SME diMalaysia adalah dibina oleh orang bukan Melayu. Bangunan - bangunan yang berdiri di Kuala Lumpur, kebanyakannya dibina oleh orang Bukan Melayu. Kilang-kilang membuat bata, cement, PVC pipe, steel pipe dan aluminium adalah diperolehi oleh orang Melayu.

Kita orang bukan Melayu, kaum pendatang, menyumbang kebanyakan wang, otak dan tenaga kepada perkembangan Malaysia dan Orang Melayu seperti dragonheart, sedikit pun tidak berterima kasih. MENDAPAT BETIS NAK PEHA.

Orang Melayu seperti engkaulah yang menyebabkan orang Melayu sampai sekarang tidak progresif. Kasihanya.
report abuse
disagree 4
agree 10
...
written by Kotadamansara73, December 04, 2008 21:45:41
typo error for the above.

Kilang-kilang membuat bata, cement, PVC pipe, steel pipe dan aluminium adalah diperolehi oleh orang bukan Melayu.
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by Sudahlah tu, December 04, 2008 21:49:03
kini bukan lagi masanya untuk kita berbincang keadaan sebenarnya kerana kerosakan terhadap bangsa itu terlalu dahsyat dan zalim.
kita harus bersatu dan menyakinkan diri agar bangsa Malaysia yang merupakan bangsa yang paling mulia dipelihara dan dididik dengan hati yang suci kepada semua lapisan rakyat agar perpaduan negara dapat ditingkatkan lagi.
Budaya dalam bangsa terutama di Malaysia selalu menarik perhatian mata dunia .... dan saya percaya kita boleh lakukan semua ini dengan berjaya selagi kita percaya akan perpaduan rakyat dalam satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by binarytan, December 04, 2008 23:40:13
I have no problem with our language system. Listen you folks out there. I studied Chinese during my primary school in SJK, then studied full BM subject and mandarin and english as second languages in secondary SMK and I studied tertiary in overseas total English. Today I could manage these languages very well, even not as good as some who learn BM and English since childhood.

I am happy as I could read and speak multi-language and even I could speak hokkien, hainam, cantonese, hakka and bit of tiochew. At one time I tried to write Jawi but too difficult for me to pick up due to age. Ask our Malay friends and many under graduates, they only learn BM, and some even have sommunication problem in using English. What is wrong with above? It is truly the wrong education system we are having in Malaysia.

And UMNO has all the while trying to prevent Malay to learn more than BM alone. Even universities nowadays are full with racist and political deans and lecturers and many subjects are in BM. Are Malays not good? No, it is the wrong system that prevent you from learning. How are these Malay group goinnng to face the global challenge? Who to blame? Answer is very clear!
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Sabahfan, December 05, 2008 00:46:48
if the language is really sideline, it is not becos of the people but becos the put up, made up language is USELESS anyway....

it is the very cause of the low standard of education in Malaysia, and no matter how the malays argue about it, or threaten me for writing this comment.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by MalaysianUnited, December 05, 2008 01:22:20
Bro cklife,

SPM Bahasa Malaysia dapat berapa? cukup2 makan ker? Itu semua kalau anda tulis dalam peperiksaan.dapat TELUR atau KOSONG! Sebabkan anda ini begitu taksud dengan English.meh sini.

antara 'Telur' dan 'balls' merujuk kepada buah zakar mana lebih tepat? balls? sfera ker buah zakar tuh? -Oh saya salah. orang putih semuanya betul.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by MalaysianUnited, December 05, 2008 01:28:32
binarytan,

Yeap, I agree with u.is about ur systems. But, itz enough by make the UMNO and mahathir as 'the devils'? Maksud saya selain dari salahkan orang lain, parti etc etc etc..apa yang anda tahu tentang institusi pendidikan tanah air? apa yang kurang? apa yang perlu ditambah? saya rasa setakat nak cakap tentang orang itu salah, orang ini salah semua members dalam M2day ini boleh cakap.

sekarang ini nak tengok apa yang anda mahukan dalam membina kekuatan institusi pendidikan kita?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by borneoman, December 05, 2008 06:05:25
MalaysianUnited,
...Borneoman..
Saya rasa anda tidak faham satu perkara..iaitu gagasan negara lebih kecil yang merdeka adalah TIDAK RELEVAN BAGI ALAF BARU..rasanya anda dah tua benar untuk mengikuti arus politik dunia lewat masa ini. Kalaupun benar Sarawak merdeka anda hanya akan jadi seperti Timor Leste.jadi 'patung hidup' oleh negara2 kuasa besar. Lihatlah sendiri perang saudara Timor Leste. apa sudah berlaku?
hoi bangsat penjajah malaya yang bernama malaysiaunited,kenapa tak guna malaysiabersatu untuk nama you?what do you know about sarawak?you talk exactly as anticipated....like a penjajah!tell me what are the best thing malaya has ever done for sarawak apart from forcing us to learn your language,religion,culture and traditions and stealing our oil,gas and timber revenue to develop malaya?
why do you compare our situation to timor leste? are you threatening us sarawakian?kalau benar sarawak sudah merdeka we would be 3 times richer even than singapore and brunei.get your calculator and add up all our oil,gas and timber revenue for the past 47 years and devide it with 2million sarawkian=?you stupid nuts you only think that you can decide what is right and good for us.how you feel about the british and english language is exactly how we felt about orang melayu malaya and dan bahasa melayu mereka.KEBENCIAN KAMU TERHadAP PENJAJAH BRITISH DAN BAHASA INGGERIS adALAH SAMA DENGAN KEBENCIAN SARAWAKIAN TERHadAP KAMU ORANG MELAYU MALAYA DAN BAHASA MELAYU MALAYA KAMU.
USSR was a super power once upon a time but look a what happened now?alaf baru membolehkan negara2 kecil islaM YANG PERNAH DI KUASAI DAN DITAKLUKI OLEH KOMUNIS USSR kini sudah merdeka.
i think you are the one who should read and listen to more reliable current international news and not listen and believe what ever your RTM radio tuan melayu tells you.GET OUT OF YOUR TUAN MELAYU COCOUNUT SHELL NOW.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by MalaysianUnited, December 05, 2008 09:59:33
hoi bangsat penjajah malaya yang bernama malaysiaunited,kenapa tak guna malaysiabersatu untuk nama you?

_______________________________________________________ ________________

Relax bro..tak payah la nak bangsat bangsatkan orang. Orang yang anda label 'bangsat' inilah antara kumpulan2 NGO yang bergerak aktif di Sarawak.

U?..what u do for Sarawak bro?..with all of ur labels..im sure u active in ur community..or just sit on front of ur computer, talks about independent, freedom etc etc etc?..

_______________________________________________________ __________________

USSR was a super power once upon a time but look a what happened now?alaf baru membolehkan negara2 kecil islaM YANG PERNAH DI KUASAI DAN DITAKLUKI OLEH KOMUNIS USSR kini sudah merdeka.

Alaf baru?..alaf baru is 2000 la bro..who need to read news bro?..takkan alaf pun tak tahu?..tahun bila komunis USSR jatuh?..i think i just have to read form three history book to explain it for u bro.

Kalau anda lihat, EU dah mula membentuk blok ekonomi dan termasuk sosial. Mereka pun dah membina kekuatan ketenteraan..lihat dalam askar pengaman UN. ini gagasan apa bro?..apakah mereka dah mula membentuk satu perikatan yang diluar aspek kewilayahan?..

Am I right?..

More government servants expecially from Semenanjung serve for Sarawak bro..so, have the respect for them.

Berbanding dengan minyak dengan pendidikan yang diberi oleh tenaga pengajar yang masuk ke pedalaman Sarawak berbakti untuk anak2 Sarawak..apakah ia tidak berbaloi saudara?..pada saya, berbakti di tempat bukan kawasan sendiri dan mula tinggal bersama penduduk tempatan adlaah pengorbanan yang suci.

Apa pendapat anda?..

report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by CPY, December 05, 2008 10:04:38
Aiya. BM terpinggir kerana yg bukan Islam tak boleh pakai BM utk beribadat. Kena pakai BI, BC & BT pulak. Kalau kita tak boleh cipta kata baru, pinjam dari bhs lain spt Bahasa Cina, Tamil, Arab ataupun lain-lain.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by adamckteh, December 05, 2008 11:10:00
Bahasa Melayu Terpinggir – Salah Siapa?
Bahasa Melayu tidak terpinggir – Bahasa Melayu did not advance or progress because BN government put their people in the Dewan Bahasa dan Pustaka just to receive salary. The first thing struck their mind is who they should put there to receive the good salary but not thinking of how to improve the standard of bahasa Melayu - So whose faults?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ChotS, December 05, 2008 12:24:31
Yo borneoman..
u stupid or what..if really don't like penjajah why most of sarawakian vote for Umno..why not support PKR..if u guys who don't want to change..just know how to talk..stupid..people like you give nothing except "air liur"..

I'm a malay..yes bahasa Malaysia for this generation is become more and more stupid..really agree with the writer..why we need to hold at bahasa jiwa bangsa??for me knowledge is power..

Usually if chinese or indian they can at least speak 3 language.English,bahasa and their mother language..but most of malay can only speak bahasa..

So how far malay can go in this global..So I'm taking step by learning other language..and urge my fellow malay bro to take the same step also..

For a better Malaysia..




report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by borneoman, December 05, 2008 13:53:53
ChotS,
bila ada umno di sarawak?kalau tak tahu tak payah masuk campur hal oranglah.i think you are referring to sabah.any way this is typical of you orang malaya.macam katak di bawah tempurung.no use to explain to numbskull like you.
MalaysianUnited,
ramai lagi orang sarawak yang lebih berkelayakan yang sepatutnya berkhidmat di negeri sendiri tetapi oleh kerana mereka tidak ada kelulusan kepujian dalam bahasa melayu a.k.a.bahasa malaysia maka peluang mereka untuk berbakti kepada anak sarawak terbatas.anak saya pernah diajar bahasa inggeris oleh seorang guru melayu yang bahasa inggeris nya sama standard dengan pelajar sekolah menengah rendah di sarawak.adakah itu yang orang malaya bangga sangat?dasar kerajaan tuan melayu umno lah yang memaksa orang sarawak terima orang2malaya berkhidmat di sarawak.kami mempunyai lebih ramai lagi pilihan jika di beri peluang untuk memilih orang yang layak berkhidmat di negara kami.
Sarawak berbakti untuk anak2 Sarawak..apakah ia tidak berbaloi saudara?..pada saya, berbakti di tempat bukan kawasan sendiri dan mula tinggal bersama penduduk tempatan adlaah pengorbanan yang suci
....pengorbanan yang suci....itu kerana you cari makan di tempat oranglah.
adakah anda harap orang negara asing yang lain seperti di amerika ,europah dll perlu berterimakasih dan tunduk kepada orang malaysia yang mencari nafkah dinegara mereka? they hate foreigners because they take away job opportunities from their own local citizens just like the malayan did in sarawak.you should be thankful to us for giving you job opportunities otherwise you would be jobless in malaya.get it?
orang malaya membawa lebih banyak keburukan ke sarawak daripada kebaikan.mereka datang untuk memelaya dan memelayukan SARAWAKIAN ESPECIALLY'the natives'.thanks but no thanks.given a choice we will never accept any TOM,DICK AND HARRY OF MALAYA.do not 'jajah' us with your language,traditions,culture and religions.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by borneoman, December 05, 2008 14:20:18
ChotS,
hello orang malaya dibawh tempurung,sejak bila ada umno di sarawak?dont talk nonsense if you are not sure about your facts.get loss under your coconut shell lagi bagus.
MalaysianUnited
U?..what u do for Sarawak bro?..with all of ur labels..im sure u active in ur community..or just sit on front of ur computer, talks about independent, freedom etc etc etc?.
want to know what i do?what about you?by posting my views in m2d i am doing exactly what need to be done for my people in sarawak.is this cyber world exclusively for orang malaya?so you masih pakai computer untuk access internetlah? poor fellow you...sekarang orang guna fonlah ...sambil duduk dijamban pun boleh access internet.apahal you ni ,dah ketingagalan zaman agaknya.tulah,lain kali jangan pandang rendah orang lain.

More government servants expecially from Semenanjung serve for Sarawak bro..so, have the respect for them...respect for what ?my foot?we dont need you at all.because you actually datang dan ambil peluang pekerjaan dari orang tempatan di sarawak yang konon tidak layak hanya kerana mereka tidak dapat kelulusan kepujian dalam peperiksaan bahasa malaysia!ramai lagi sarawakian yang lebih layak tetapi mereka tidak berpeluang kerana nama,agama dan bahasa mereka.how can you ask me to show my respect to a malayan English teacher whose standard of English is no better than a form three student in sarawak?if you want respect you must earn it but unfortunately nothing extra ordinary come forth from you malayan in sarawak so no respectlah.
Berbanding dengan minyak dengan pendidikan yang diberi oleh tenaga pengajar yang masuk ke pedalaman Sarawak berbakti untuk anak2 Sarawak..apakah ia tidak berbaloi saudara?..pada saya, berbakti di tempat bukan kawasan sendiri dan mula tinggal bersama penduduk tempatan adlaah pengorbanan yang suci.
WHAT PENGORBANAN?sarawakian korban peluang kerja kepada kamu orang.you should be humble and thank full to sarawakian because we provide you with job opportunities otherwise you would be jobless in malaya.we made a very big sacrifice and not you. you deprived sarawakian the chance of earning a good income to take care of our families.THANKS BUT NO TRHANKS.WE WOULD BE BETTER OFF WITHOUT YOU.the malayan came to sarawak thinking they are far superior in everything but unfortunately you dont realise that you are being used by the umno led bn to colonized sarawak.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ChotS, December 05, 2008 15:00:30
Thats why i said you stupid..any component party in BN is still led by UMNO..

people like who don't have respect, only think other people fault makes u nothing..

I have a lot of sarawakian friends here in penang and in fact my housemate also chinese from sarawak..why he dun want go back to sarawak and take the job there??easy..because of people like you..better he work here as an architect and we never have problem in communicating in whatever language..hopefully the teacher that teach you or your family is not from semenanjung..becuase I'm sure u dun want your children to be teach by a penjajah..haha..

By the way if have time come to penang..see how we live..what internet in Jamban..haha..

adios
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ChotS, December 05, 2008 15:39:32
But anyway I'm sorry if anybody feel anything about my comment..din't meant to hurt anybody..just my thought..

For a better Malaysia..
Borneoman if you really come to penang I also don't mind to take you around as a fellow malaysian..
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by borneoman, December 05, 2008 15:45:04
ChotS,
stupid people call other people stupid to cover their own stupidity.,yes the teacher that taught my son is from malaya.i know penang like the back of my hand but you know nothing about sarawak and idiots like you are not welcome here at all.if you dont know about sarawak as much as i know about penang please dont tell me how penang look like.sarawakian has to go to other places to look for job because the people of malaya stole all our oil,gas and timber money to develop malaya and left us undeveloped.by keeping sarawak undeveloped the people of malaya think that they can suppress sarawakian and monopolize their life.....internet in jamban....why not if you use a 3g mobile like mine.why should i waste my office time to access internet through a computer which can be used for other purposes.your english is so bloody poor you cant even read in-between the lines.i feel so sorry for your poor english poor penangite.BTW my company employed 2 penang chinese because they have been jobless for almost 4 years after graduating from university.i really pity them because they came from poor families so i offered them some job .and i have an office in penang too.you are lucky because you are from penang and dont look down upon others if they dont look down upon you.please behave yourself for your own good in the near future.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tornado, December 05, 2008 15:58:00
Memang setuju dengan tulisan dalam karangan saudara.

Bahasa Melayu aka Bahasa Malaysia dipinggir oleh orang Melayu sendiri terutama di kalangan Menteri kaum Melayu. Lihatlah bagaimana cara mereka menjawab setiap pertanyaan atau membuat kenyataan di Peti Gambar (TV). Pak Menteri Melayu lebih kerap guna bahasa Inggeris aka Mat Salleh berbanding bahasa ibunda mereka sendiri.

Pak Menteri kaum Melayu ini sepatutnya merasa malu kerana rakan menteri lain dari bukan Melayu (termasuk bumiputra Sabah & Sarawak) lebih mengutamakan bahasa Melayu dalam menjawab pertanyaan atau membuat kenyataan. Buktinya lihat sahaja bagaimana Presiden MIC aka bekas Menteri Kerja Raya yang sedaya upaya bertutur dalam bahasa Malayu/Malaysia walaupun adakalanya menggunakan perkataan salah sehingga menimbulkan lelucon kepada sesiapa yang mendengarnya.

Tabik juga perlu diberikan kepada pemimpin dari MCA, GERAKAN dan DAP seperti Chua Soi Lek, Chua Jui Ming, Koh Tsu Kun, Lim Guan Eng serta Lim Kit Siang yang menggunakan Bahasa Melayu/Malaysia dalam hampir setiap pertuturan rasmi atau membuat kenyataan rasmi.

Walaupun tidak semestinya perkara ini mampu menjejaskan Bahasa Melayu/Malaysia namun sebagai pemimpin, yang mewakili umum secara rasmi, adalah kayu ukur kepada rakyat sendiri berkenaan kedudukan Bahasa Melayu/Malaysia. Jika pemimpin sendiri dari kaum sendiri sudah menyisihkan bahasa sendiri yang telah dijadikan bahasa kebangsaan, tidak mustahil rakyat sendiri akan berpandangan serong terhadap bahasa tersebut.

Malaysia Go For Blog...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MalaysianUnited, December 05, 2008 16:52:27
bro borneoman,

kalau hebat sampai ada 3g dalam jamban..tapi 'alaf baru' dan sejarah USSR pun tak tahu..apa hebat sangat!!

Harap peralatan sahaja canggih..tapi fail sejarah..apa gunanya..betul tak?..hehehhee!! Buang sahaja telefon tuh dalam mangkuk jamban..tak ada gunanya..
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Beautiful Mind, December 07, 2008 17:18:29
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kedua duanya adalah penting. Jangan kita pandang rendah 'the power of language'. Lihat apa yang telah terjadi kepada Zainuddin Maidin..Election menjadi Erection. Bukankah itu memalukan negara. Orang orang Malaysia yang telah menuntot diluar negara, masih ramai yang tidak boleh berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris dengan baik kerana ingin menunjokkan ' Bahasa Jiwa Bangsa '.

Kalau pun kita orang Melayu, Cina atau India, Kadazan dan Iban, kedua dua Bahasa Melayu dan Inggeris patut di utamakan.

You need to master both languages.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM