A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Segera wartakan Fatwa Haram Rokok - Teras

Segera wartakan Fatwa Haram Rokok - Teras PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 04 December 2008 11:42
(Hrkh) -Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok.

Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok.

"Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes penagihan dadah dari sehari ke sehari di kalangan generasi tunas ini.

"Kita juga tidak dapat menafikan kos penyelanggaran untuk memungkinkan perokok disediakan tempat merokok dan membersih sampah dari rokok yang juga menelan belanja yang sepatutnya disalurkan kepada urusan masyarakat yang lebih bermanfaat," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakah.

Bahaya rokok yang menyebabkan kebakaran juga tidak kurang memperkukuhkan mudharat kenapa fatwa ini bukan sahaja mempunyai nas naqli malah juga nas akli, kata Azmi

Lantaran itu katanya penyemakan semula terhadap fatwa ini tidak wajar diadakan sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah mempastikan perwataan fatwa menjadi undang-undang yang rasmi dan menentukan mekanisme penguatkuasaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang tersebut.

Negara seperti Thailand, Singapura dan Kanada sudah jauh kehadapan dalam memperketatkan undang-undang mengenai rokok dan merokok berbanding kita malah Malaysia sendiri telah menjadi salah sebuah Negara yang menandatangani sebuah Konvensyen antarabangsa mengenai kawalan rokok, kata Azmi

"Kita tidak dapat menerima alasan mereka yang bertanggungjawab yang masih melengah-lengahkan tindakan untuk mewartakan fatwa ini di peringkat kerajaan negeri.

"Fatwa ini akan memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh umat Islam memandangkan hukum agama, walaupun ada yang melanggarnya, namun boleh memberi impak yang kuat untuk membasmi tabiat yang memudaratkan ini dari terus dibudayakan," katanya.

Comments (19)Add Comment
...
written by sisa, December 04, 2008 11:53:09
KuatKuasakan Fatwa in dahulu.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by amoker, December 04, 2008 12:04:41
Aisay, sure cannot le this fatwa. Politicians and mufti also smokes. majority is always protected.
report abuse
disagree 0
agree 24
...
written by smeagrooo, December 04, 2008 12:14:16
u lit up a cigarette and the cigarette does the smoking. And you the sucking, why be a sucka???

If this Fatwa really takes off, then what they can do is lit up a cigarette and inhale the smoke.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Tompios, December 04, 2008 12:30:37
Indonesia and Malaysia are among heavy smoker Moslem countries. Thailand? those street smokers considered by Thais as lower status. Out of 100 local people in Bangkok, probably you can see only 10 people smoking in publicly.
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by cklife, December 04, 2008 12:39:16
This fatwa... SUPPORT!!!!!

I think this will not only deter people from smoking.. It'll wipe out smoker altogether..

This is GOOD FATWA.
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by Rozlan, December 04, 2008 14:13:46
A fatwa I believes had been given already by prominent scholars such as the late Abdullah Nasih Ulwan.Smoking is taking one step closer to drug abuse...All drug addicts were ciggerette smokers..Well then Isuggest we should put smokers in smokers red light districts where they could smoke their lungs out.At least they dont affecting others...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Zym Zym, December 04, 2008 14:20:49
Of all the fatwas, this one has my support! Why are you waiting for. Let's fatwa it.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Qcumber, December 04, 2008 17:18:41
Gua situju halam itu lokok. Gua mau udala besih, gua tak mau asap lokok. Itu anak kicik2 pun sulah hisap asap lokok, lokok manyak jahat.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Legion, December 04, 2008 18:08:11
Sure fail wan this Fatwa because those in power have interests in the tobacco companies, big and small smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by The dragonheart, December 04, 2008 18:58:58
Jelas TERAS tidak faham apa dia Jurispruden Islam. Menghukum sesuatu menjadi haram atau makruh bukan ikut suka hati. Tidak ada nas dan dalil yang kuat yang boleh membuat Tembakau itu menjadi haram.

Sekiranya ianya memudaratkan kesihatan maka kemungkinan ianya boleh menjadi Makruh dan tidak haram.

Sekira nya di fatwakan bahawa menghisap rokok menjadi haram, maka menyedut asap rokok itu juga menjadi haram. Ini akan memisahkan orang yang hisap rokok (yang tidak terikat hukum haram ini) dari orang Islam.

Membuat fatwa bukannye macam buat undang2 di parliamen seperti kebanyakan orang fahamkan.

Perundangan Islam Harus strict kepada 4 sumber perundangan utama ia itu AlQuran, Al Hadist, Al Ijmak dan Al Qias.

Rokok boleh diQias kan dengan makan sireh, makan Tapai, Makan gula terlalu banyak, makan lemak terlalu banyak dan lain..semua mendatangkan kemudaratan kesihatan tapi substance itu tidak haram.

adalah menyedihkan jika orang Islam sendiri tidak faham konsep perundangan Islam itu sendiri.

Apabila sesuatu itu Haram di masukan dirongga, maka haram nya itu sama seperti makan daging babi, minum arak dan sebagainya.

Hisap rokok Ganja bolih di Qias kan haram sebab asap ganja memabokkan sama seperti minum arak.

Kalau rokok buang duit, dan boleh mudarat kesihatan maka kerajaan harus ban semua jenis rokok dan tembakau di malaysia, dan ini bukan hukum Haram dalam Islam, kalau makruh saya setuju. Petai, bawang pun makruh. Beli kereta mewah satu juta pun membazir duit, tidak gitu?

Harap TERAS pikir sebelum cakap. Melihat dan berada di pusat yoga tak haram tapi melakukan yoga adalah haram sebab ia di qiaskan sebagai syirik, tidak kira orang itu menukar agama nya atau tidak... perbuatan nya tetap syirik dan syirik adalah haram walau sebesar zarah sekalipun.

Walahualam...
report abuse
disagree 6
agree 4
...
written by simply_say, December 04, 2008 19:07:13
"Smokers, male and female, inject and excuse idleness in their lives every time they light a cigarette." - Sidonie Gabrielle Colette 1873-1954, French Author

Easily insert famous quotes and jokes in your writings at http://www.xlpert.com/quotes.htm
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by OilMan, December 04, 2008 19:24:17
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid, are you seeking for popularity or what? Or maybe you're on eof the retards that is asking for the moon. A Fatwa on smoking? It will be the 1st in the world. You will be the hero for the generations to come. Fight for it and I would really like to see the outcome of your stupidity.
report abuse
disagree 3
agree 4
...
written by OilMan, December 04, 2008 19:26:46
Btw,

The dragonheart: You're so right
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid: You're so wrong and confused.

smilies/cool.gif
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by Aragon, December 04, 2008 20:45:53
you can issue as many fatwa as you want.. I'd rather go to hell than to follow your the fatwa..

What came out thus far has been diabolically stupid, i.e no yoga..

sheesh..
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by citizenmy, December 04, 2008 22:18:27
sokong 100%
report abuse
disagree 2
agree 2
...
written by Malaysiaputra, December 04, 2008 22:31:40
I have seen posters relating to the Fatwa on smoking, but mind you , no muslims smokers I met bothers about it. I tried reminding them but they just brushed it off and are not interested.

I would love to see this Fatwa promoted again and see how many of the muslims are going to follow it.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by journeyman, December 05, 2008 01:33:18
"Sekiranya ianya memudaratkan kesihatan maka kemungkinan ianya boleh menjadi Makruh dan tidak haram."

panjang lebar berhujah dengan ilmu yang sedikit mempertikai ulama2 yang mengambil masa bertahun2 dengan hati yang lapang dan tulus memikir, menyemak, menyelidik, solat malam tak henti2, beristighfar dan tak putus2 berdoa semata2 untuk memikul tanggungjawab merungkai dan menangani masalah2 yang dihadapai muslimin sejagat.

semata-mata kerana kepentingan diri sendiri.

dah tak ada modal nak berhujah, pertikai asap orang yang hisap rokok vs. orang yang tak hisap rokok menghidu asap rokok. berkias dengan tapai, gula, sireh, asam, garam, ganja, kereta mewah, babi, arak, yoga, petai dan bawang.

a clear- cut case of self- denial.

kalau dah dasar naga, 24 jam berasap, sedut lah sampai mampus. tak ada orang kesah pun. tapi kalau awak seorang muslim, sesuatu yang difatwakan oleh sekumpulan ilmuan yang di atas dasar fardhu kifayah berijtihad dan menghabiskan hidup mereka tawadhu' dengan kerdil di hadapan Allah, awak cemuh, caci, cela dan perlekeh dengan hujah bodoh seperti "beli kereta mewah 1 juta pun membazir duit, tak gitu?" atau " Melihat dan berada di pusat yoga tak haram tapi melakukan yoga adalah haram sebab ia di qiaskan sebagai syirik, tidak kira orang itu menukar agama nya atau tidak", apa yang nak diharapkan daripada awak sebagai khalifah di muka bumi yang diwajibkan berjihad di jalan Allah ini?

awak lebih pandai daripada yusuf al-qaradhawi?

awak kononnya sedih kerana menganggap ramai orang islam tak pandai dan tak memahami juripruden islam itu sendiri. saya lebih sedih melihat awak menempelak, membantah, menyanggah, membangkang, menghenyak, melanyak dan merabakkan pendapat sekumpulan manusia yang hidup mereka dihabiskan menghambakan diri mereka dengan rasa takut dan kecut di hadapan Allah, demi menjaga maslahah dan kebajikan muslimin zaman ini, sebagai pewaris Rasulullah; hanya kerana akal pendek awak tak boleh menerima hakikat bahawa sesuatu yang memberi keseronokan dan awak suka buat selama ini rupa2nya haram. patutlah, dengan tindakan awak ini, telah membuktikan yang para non- muslim yang memusuhi islam tak payah berbuat apa2 untuk menghancurkan kita. orang2 seperti awak dengan rela, melalui sikap bodoh sombong awak, membedil kaki awak sendiri.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by journeyman, December 05, 2008 01:40:24
"you can issue as many fatwa as you want.. I'd rather go to hell than to follow your the fatwa.. "

i assume you are a non- muslim. if so, famous last words. thankyou for posting a comment.

if otherwise, all i can suggest is the same suggestion i always make to fft, which is stand in front of a full sized mirror with your clothes off, legs slightly apart. flick a lighter on, hold it in upright position in between your legs so as the tip of the flame just touches your scrotum. now hold it perfectly still for a few minutes...
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by adamckteh, December 05, 2008 08:56:35
We already have the constitution laws, what is the purpose of having another law making body? Is this to restrict the advancements of the Muslims?
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM