A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Najib tidak semestinya PM, Abdullah masih berminat?

Najib tidak semestinya PM, Abdullah masih berminat? PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 03 December 2008 15:15

(Hrkh) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa wujud desas-desus bahawa walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Presiden Umno,tidak semestinya beliau akan jadi Perdana Menteri malah dikatakan dikatakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawimasih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Situasi itu katanya tidak mustahil akan berlaku jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno yang tidak akan menentang Abdullah kerana amat selesa dengan kepimpinan beliau dan mendapat 'nikmat' tertentu darinya.

Sebelum itu, Mahathir menjelaskan dalam laman blognya bahawa adalah satu tradisi sahaja Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen sedangkan katanya jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

"Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian juga Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan," katanya dalam blognya itu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa bahawa Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang bakal memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah.

"Dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.

"Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009," katanya

Comments (7)Add Comment
...
written by wartank, December 03, 2008 15:21:03
Ahh..tak habis lagikah isu ini? Muak! To quote RPK, Munafiq ... munafiq ... munafiq..!
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Fuminari, December 03, 2008 15:23:31
the minute najis called for no to mahatahism,the old creature is showing his fang n claws start steering the shi.t!!as now,his ego is hit.
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by Frankfurtguy, December 03, 2008 15:47:00
In terms of
corruption,
press freedom,
less womeniser,
less wife interference,
Bodowi is much much better
Mahathir.....just can't stop talking, can you?
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by Debbie, December 03, 2008 18:05:59
This guy doesnt give up does he? I would rather have bodowi run this country even if he puts it on auto pilot than have the rascals run it. Speak no more you are a sight for sore eyes, and your goons too. thought i would not comment whenever he made a statement but I just couldnt help myself from taking this final shot.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Sudahlah tu, December 03, 2008 18:18:23
kalaulah RM yang menjadi pm nanti , baik kita kekalkan pak tidur ...
lagipun pak tidur sudah kehilangan kepercayaan daripada anjing-anjing umno.
kalaulah RM yang menjadi pm nanti , banyak anjing-anjing tua akan dihapuskan olehnya sebab tidak mendengar arahannya.
si suami pula tidak ada masa memimpin kerana terlalu asyik dengan perempuan muda dan berair ..... tabiat lamanya yang tidak dapat diubati lagi.
jadi , siapa yang sebenarnya mengetuai kerajaan negara ... dahsyat tu.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by asguard, December 03, 2008 21:28:57
Don't worry he will be entertain more of his wildest conspiracy from time to time...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MAMR, December 04, 2008 08:24:37
"Dalam pada itu, beliau mendakwa bahawa Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang bakal memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah."

Berpandukan petikan diatas yang yang di laungkan olih MANTAN PRESIDEN UMNO DAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA untuk saya paparkan pada semua AHLI AHLI DAN PEMIMPIN UMNO SERTA BARISAN NASIONAL akan kedudukan serta pandangan KEBANYAKAN DARI 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA, LEBIH LEBIH LAGI 2 JUTA PENGUNDI MUDA. Sebab Rakyat " HENDAKAN PEMIMPIN YANG BERMARUAH DAN BERPEKERTI YANG BOLIH DI CONTOHI ".
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM