A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow DARI TOK PEKONG KE MELAWATI

DARI TOK PEKONG KE MELAWATI PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 03 December 2008 08:51

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Saya masih teringat lagi majlis perasmian pergabungan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina pada 3hb Ogos 2003. Tiga hari sebelum majlis peresmian, Kumpulan Teater Bukan Teater telah di minta untuk memberi pesembahan yang mengintpretasi makna dan tanda pergabungan. Tiga hari? Iya, kami hanya diberi masa tiga hari sahaja. 

Teater Bukan Teater tidak menolak. Kami lakukan persembahan kerana kami di bayar dengan harga yang bagitu mahal sekali - kami di bayar dengan api dan semangat perjuangan.

Saya juga masih teringat Kongress Pertama Parti Keadilan Rakyat pada bulan Disember 2003 di sebuah Tok Pekong di Ipoh. Iya, di sebuah Tok Pekong, bukan di dewan hotel atau gedung mesyuarat yang mewah tetapi di sebuah Tok Pekong. Pada bulan Disember itu saya telah memastikan diri saya ke Ipoh untuk bersama sejarah.

Ketika di Ipoh saya dapat merasakan ombak dan semangat juang membakar terus. Apabila Kongres pertama PKR di adakan di rumah sembahyang Cina maka implakasinya cukup dalam. Inilah tanda-tanda permulaan retaknya konsep Ketuanan Melayu. Inilah juga tanda keberanian sebuah parti politik untuk memulakan politik baru – politik yang bukan berasaskan sokongan bangsa atau agama.

Di Tok Pekong ini jugalah Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya berkemungkinan untuk hadir sama setelah bebas dari penjara.

Saya ke Kongres PKR bukan sebagai anggota parti. Saya ingin melihat siapa yang datang. Saya sebenarnya tidak mengenali ramai para pemimpin parti sama ada gedebe nasional mau pun gedebe dari negeri atau bahagian. Untuk saya mereka ini tidak penting. Apa yang ingin saya lihat ialah muka dan rupa betuk rakyat mana yang datang ke Kongres.

Ada satu pekara yang wajib saya perhatikan. Saya hendak melihat apakah ramai anak anak-anak muda yang turut sama merayakan kongres ini. Untuk saya ini adalah kunci. Kekuatan satu satu gerakan – gerakan apa sahaja pun jika tidak ada anak muda yang meminatinya pasti gerakan ini akan gagal. Dalam semua pejuangan merebut kuasa politik tanpa anak muda tidak mungkin ruyung dapat dipecahkan. Sejarah dan pengalaman menjadi guru kita yang terbaik

Pagi Sabtu 29 Novemeber 2008 ini saya ke Shah Alam. Saya amat jarang meninggalkan bilik di hari Sabtu terutama diwaktu pagi. Pagi itu saya memaksa diri saya bukan untuk mendengar ceramah dan ucapan yang gah-gah dari para politkus. Saya datang untuk mencari ambience dan suasana. Saya hendak melihat suasana PKR dan Pakatan Rakyat satelah berjaya menawan 5 buah negeri.

Bila saya melintasi pintu gerbang di sebelah Universiti Malaya dan meninggalkan Wilayah untuk memasuki Petaling Jaya saya mula ternampak bendera, banting dan iklan Kongres. Hebat. Sepanjang Lebuh Raya Peseketuan hingga ke Stadium Melawati iklan-iklan terpasang di sepanjang jalan untuk menjemput sesiapa sahaja datang merayakan Kongress Parti Keadilan Rakyat.

Selangor negeri terkaya di bawah Pakatan Rakyat telah menjadi Tuan Rumah. Kerajaan Selangor telah menyediakan abang-abang berbaju hijau dari pasukan Rela untuk membantu keselamatan. Pekerja majlis Shah Alam yang beruniform siap sedia mengarahkan para tamu. Saya jangka tidak mungkin ada sesiapa yang akan tersesat mencari tempat Kongres walau pun untuk pertama kali turun ke Shah Alam. Pesediaan kelihatan lumayan dan tesusun.

Nah… ini amat jauh sekali dengan apa yang berlaku di Ipoh. Di Ipoh dahulu para Polis trafik ditugaskan untuk menyaman sebanyak mungkin apa sahaja yang bergerak. Malah ketika para wakil bersidang polis trafik telah datang untuk menyaman kereta yang terletak di pinggir jalan. Polis bersenjata pula tercacak disana sini bukan untuk mengawal tetapi hadir untuk memberi tekanan dan menakut-nakutkan orang ramai yang datang ke Tok Pekong. Di Shah Alam semuanya berbeza.

Ketika saya masuk ke dalam stadium seorang politikus sedang berucap. Sambil memasang telinga mata saya ingin melihat siapa yang datang. Saya tidak ambil pot muka-muka siapa yang duduk di atas pentas atau siapa yang duduk di barisan depan. Mereka ini semua pastilah para gedebe.

Apa yang ingin saya lihat ialah orang yang duduk di bawah pentas. Saya kagum apabila melihat rakyat biasa yang memenuhi stadium di pagi Sabtu itu. Mereka tidak berbatik lengan panjang seperti budaya gerombolan. Mereka juga tidak berdasi dan bertali leher. Majoriti dalam stadium adalah rakyat biasa yang mukanya sering saya temui di pehentian bas, di warung-warung atau di pasar malam.

Yang lebih mengkagumkan ialah kepelbagian bangsa-bangsa yang hadir. Untuk saya ini bukan kongres Melayu, bukan kongres Cina, bukan kongres Islam, bukan kongres India, Dayak, Iban atau Kadazan. Kongres di Stadium Melawati dihujung minggu akhir November ini jelas memperlihatkan ke Malaysian - kongres rakyat Malaysia - rakyat biasa.

Saya tidak nampak muka Mak Datin atau muka Minah cun a la Umi Ufilda yang datang berbedak dan bergincu. Atau Mak Datin yang datang dengan tas tangan Prada atau lelaki gendut berbaju batik bercincin besar seperti Ahmad Ismail dari Bukit Bendera. Tidak juga ada kelihatan bentuk Abang Zak yang memakai kaca mata hitam Gucci.

Saya senang hati apabila melihat bahawa Parti Keadilan Rakyat masih lagi dimiliki oleh rakyat Malaysia. Parti muda ini masih dalam keadaan selamat belum menjadi barang dagangan - masih belum lagi ( sic).

Bila sesi persidangan berhenti rehat saya menebeng di tepi pintu untuk memerhatikan muka-muka yang berkongres dengan lebih rapat. Ada Mak Cik berbaju kurung, Pak Cik bersongkok berbaju Melayu, Nyonya dan Amoi memakai gown, wanita India bersari, Pak Lebai dan Punjabi yang berserban rapi. Ada juga yang memakai baju batik berlengan panjang, saya menganggap mereka ini seperti tersalah masuk Kongres.

Di luar stadium pula makanan telah disediakan. Tidak lagi nasi bungkus seperti di Ipoh. Kini mereka yang berkongres dan sesiapa sahaja yang datang mencari ambience seperti saya akan di pelawa makan. Ada masakan Melayu, ada masakan India, ada masakan Cina dan ada masakan sayuran untuk yang tidak memakan hidupan – malah ada banyak pilihan.

Makan tengah hari ini bertambah lumayan kerana satu kumpulan pemusik terus menghibur para tamu dengan lagu-lagu keroncong untuk merehatkan kepala sesudah mendengar ucapan-ucapan dari para pemimpin.

Ketika saya hendak beratur mengambil makanan , saya melintasi satu khemah khusus dengan empat meja besar. Kipas angin terpasang ligat. Sudu dan garpu tersusun rapi. Terhidang indah di meja ini ialah makanan yang pastinya untuk para gedebe.

Saya hairan kenapa para gedebe ini tidak beratur sama seperti orang biasa untuk mengambil makanan. Nampaknya hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation itu telah menyerap. Ada garis pemisah yang amat jelas diantara para gedebe dengan orang biasa. Lalu saya teringat beberapa minit tadi pemimpin parti telah berucap mengatakan bahawa kemenangan 8 March yang lalu adalah kerana sokongan rakyat bukan kerana kekuatan dan jentera parti.

Nampaknya menyuarakan retorik politik baru ini cukup enteng tetapi melakukan budaya politik baru ini masih amat jauh dari hati para gedebe. Mungkin mereka tidak memahami politik baru juga wajib membawa budaya baru yang bukan budaya feudal.

Setelah makan saya meleser untuk melihat gerai-gerai jualan. Tidak banyak yang menarik. Malah hanya ada satu dua gerai yang berstatus keilmuan menjual buku yang lainnya hanyalah warung-warung biasa yang menjaja khazanah Reformasi yang sering saya temui di ceramah-ceramah besar.

Anak muda ? Mereka kelihatan berkeliaran. Ini seakan-akan pesta untuk mereka. Malah ada yang agak terlalu muda untuk tahu apakah yang sedang berlaku di dalam stadium. Mungkin kerana becuti sekolah, ada anak-anak sekolah kelihatan menjual beg biru untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan ketika berkongres di Stadium Melawati.

Lalu timbul persoalan - apakah api dan semangat perjuangan masih membara? Jawabnya iya dan tidak. Ketika mendengar ucapan pemimpin di dalam stadium masih ada laungan reformasi kedengaran. Tetapi laungan REFORMASI tidak mengegarkan stadium. Mungkin kerana Angkatan Muda sedang sibuk mengisi borang melamar kerja atau mengisi borang kontrek dari 5 kerajaan Pakatan.

Kongres tahun hadapan saya bercadang untuk datang lagi kerana saya ingin bertanya apakah Angkata Muda telah mendapat pekerjaan atau telah mendapat kontrek. Jika telah mendapat 'yang diminta' pasti tidak ada lagi laungan reformasi.

Comments (9)Add Comment
...
written by michael chick, December 03, 2008 08:55:44
UMNO patut dihukum dan Dipenjarakan kerana Mencuri.
report abuse
disagree 4
agree 12
...
written by ahmadneil, December 03, 2008 09:03:29
Jangan undi umno.umno telur rosak
report abuse
disagree 3
agree 15
...
written by CitizenBodohland, December 03, 2008 09:57:20
Saya juga berkongsi kebimbangan saudara HR bahawa budaya gerombolan AMENO akan meresap ke dalam PKR. Para Gedebe yang menjamu selera secara berasingan merupakan salah satu tanda menuju ke arah budaya gerombolan. Harap saudara HR dapat menasihati gedebe-gedebe dalam PR agar berperibadi seperti seorang RAKYAT YANG BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.

Peribadi LGE boleh menjadi contoh sebagai permulaan.
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by arazak, December 03, 2008 10:36:51
“Ada Mak Cik berbaju kurung, Pak Cik bersongkok berbaju Melayu, Nyonya dan Amoi memakai gown, wanita India bersari, Pak Lebai dan Punjabi yang berserban rapi”.
----------------------------------------------------------------------

“Anak Malayu, anak saya . . .,anak India, anak saya. . ., anak Cina, anak saya. .. .!”(Anwar Ibrahim , Permatang Pauh, 22 Ogos 200smilies/cool.gif.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by nafis, December 03, 2008 10:53:30
setuju, Pak!

no mean to disrespect, but what Pak H said about the gedebe klan should shed that "higher status than the rest"...sebab bila masa lagi nak tunjuk penghargaan pada rakyat marhain yang telah memastikan Selangor berkuasa bawah PR?

masih ingat lagi pic DSAI makan sambil menyangkung bawah pokok sewaktu jadi TPM dulu....that is the spirit that the leaders should always adopt as often as possible when attending functions with the rakyat...barulah kami semua jatuh cinta dan sayang pada pemimpin smilies/grin.gif

report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Tornado, December 03, 2008 11:28:45
Diharap para gedebe PR memahami dan mengambil ikhtibar dari coretan saudara Hisham ini.

PR perlu ingat kekuatan mereka datang dari sokongan pelbagai lapisan rakyat terutama para petani, nelayan dan pekerja kolar biru. Maka perlulah sentiasa ingat untuk melihat ke bawah apabila sudah berada di atas.

Politik Malaysia pada masa hadapan bakal berevolusi. Bukan lagi atas dasar ketuanan atau hak berasas kaum & agama tetapi dasar khidmat kepada semua. Politik Malaysia mendatang bakal menyaksikan pertembungan antara golongan elit & aristrokrat dengan golongan borjuis & Marhaen...

Jika PR mengabaikan apa yang dicoretkan oleh saudara hisham ini maka PR bakal menjadi satu lagi bentuk yang perlu ditentang oleh rakyat, seperti yang berlaku pada BN kini.

Maka, nasihat saya kepada para gedebe PR, ingat kata-kata ini...

Dari rakyat kepada rakyat...
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by MalaysiaBaru, December 03, 2008 13:45:26
Amaran saudara HR diharap mendjadi "Wake-up call" untuk gedebe Angkatan Muda PKR yang asyik meminta pangkat and kontrek. DSAI patut memberi kesedaran bagi para gedebe muda ini supaya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang amanah.

Gedebe ini patut mengambil inspirasi dari pemimpin jujur yang dikasihi rakyat jelata. Tok Guru Nik Aziz tidak mahu kerajaan negeri menggunakan bajet untuk membina kediaman mentert besar untuk dia. Dia masih tinggal di rumah kampungnya yang biasa, bukan istana Zakaria kediaman Mat Deros yang mati katak. Apabila saudara LGE menjalankan tugas di luar negeri, beliau memilih untuk terbang di kelas ekonomi, bukan seperti Tomboy Minister dan gerombolan besar yang pilih untuk terbang ke Paris dengan Singapore Airlines kerana Malaysia Airlines tidak ada First Class untuk penerbangan ke Paris.

gedebe benggil PKR, jangan lupa tanggungjawab kamu terhadap rakyat dna negara smilies/angry.gif
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Rozlan, December 05, 2008 11:10:01
Good observation Hisham... smilies/wink.gif
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by macakmy, December 05, 2008 17:33:07
Wahai CitizenBodohland, budaya Ameno memang terpahat kukuh dalam PKR yang kebanyakannya bekas Ameno yang kecewa tak dapat jawatan. Saya tidak pernah menyokong BN. Tetapi saya juga tidak pernah yakin dengan kejujuran PKR. PAS dan DAP memang telah kita kenali. LGE dan Tok Nik memberikan contoh terbaik. Tapi, bagaimana yang lain? Malangnya "beggars can't be choosers". Ini saja pilihan yang ada. Harap mereka akan insaf dan benar-benar berjuang untuk rakyat.
report abuse
disagree 1
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM