A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Ku Li: Pemilihan Umno ala pilihan raya mampu selesai masalah politik wang

Ku Li: Pemilihan Umno ala pilihan raya mampu selesai masalah politik wang PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 02 December 2008 09:39

(Bernama) - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semalam mencadangkan supaya pemilihan Umno dilakukan secara ala pilihan raya, yang membenarkan semua anggotanya daripada peringkat cawangan hingga ke bahagian membuat pilihan siapa yang layak memimpin parti itu, sebagai langkah mengatasi masalah politik wang.

Beliau berkata pemilihan parti tidak sepatutnya dilakukan perwakilan sahaja, dan cadangan ini menyukarkan mereka yang cuba menabur wang untuk meraih sokongan kerana terpaksa merasuah semua anggota Umno yang layak mengundi.

"Lakukan pemilihan parti seperti pemilihan dalam pilihan raya, baru tak timbul politik wang. Kalau tiga juta ahli Umno yang layak mengundi, mana nak cari duit nak beri pada tiga juta (anggota Umno) ini. "Apa salahnya cara ini dilaksanakan. Kita sudah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali, kita boleh tadbir pemilihan untuk 10 juta pengundi. Ini perkara kecil bagi Umno, tidak perlu badan khas untuk uruskan, jentera parti pun boleh buat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun berkata kaedah pemilihan baru itu hanya boleh dilaksanakan jika Perlembagaan Umno dipinda, dan ia bukan perkara yang sukar untuk dilakukan jika pemimpin dan anggota Umno benar-benar mahu menghapuskan politik wang.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemilihan pemimpin parti dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan yang menghadiri persidangan bahagian masing-masing, dan bukannya terhad kepada 2,500 perwakilan pada perhimpunan agung parti itu, bagi membanteras politik wang dalam Umno.

Menyentuh isu perebutan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno antara penyandang Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Tengku Razaleigh berkata pertandingan itu akan menyuburkan demokrasi dalam parti.

"Pada saya Wanita (Umno) akan bertambah baik kalau ada pemilihan. Tidak semestinya akan berlaku perpecahan, tapi ia perlu dilakukan secara sihat," katanya yang sudah 'tutup buku' berhubung episod bertanding jawatan Presiden Umno setelah hanya mendapat satu pencalonan iaitu daripada bahagian yang diketuainya, Gua Musang pada mesyuarat perwakilan bahagian awal bulan lepas.

Comments (5)Add Comment
...
written by banjarbp, December 02, 2008 09:46:46
Saya setuju adakan pemilihan ala pilihanraya umum. Tapi masalahnya nanti ada pulak pengundi hantu sebab puak AMENO ni cekap belaka bab tipu menipu ni.....hehehe
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by cheekhiaw, December 02, 2008 10:52:45
Pemilihan ketua pencuri ala pilihan raya boleh tukar kelakuan pencuri?
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Democrats, December 02, 2008 11:18:03
i think the idea will not worklah Kuli. The modus operandi for UMNO is already there. It can only propegate the scale of corruption.

If there are 3 million members that can vote, then all you need is RM900 million to pay each idiot RM300 to vote for you to become PM. Then when you become PM, you make helicopter orders and submarine orders by the billions and receive commision to not only cover your investments but to quadruple your initial investments. And chances are they won't have the money, so they will borrow from greedy investors who ask for projects at balloon prices or charge exorbitant interest rate for their loan.

Then the plundering is quadruple and the general rakyat becomes poorer. Less get done with the same amount of money because of "leakages". But the plus side, is every three years, 3 million idiots get an "ang pow" of Rm300 each for their vote.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by cheekhiaw, December 02, 2008 12:10:34
Kuku Li may not get that...

xxx
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, December 02, 2008 13:34:53
Jangan lah buat macam ala pilihanraya, lagi bagus buat pilihanraya umum terus. Apa nak takut, kita boleh lihat samada Najis bolih dapat tak jadi PM. Kalau tak silap saya ameno ni pantang dicabar, nah! saya nak cabar pada ameno sekarang. Ada berani ka?
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM