A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kayveas, jangan amal politik ugutan!

Kayveas, jangan amal politik ugutan! PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 02 December 2008 09:37

(mStar Online) - Tindakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas semalam yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum pilihan raya umum akan datang merupakan satu ugutan yang tidak diamalkan dalam BN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, jika parti itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak meminda ISA, PPP boleh terus keluar dari BN tanpa perlu menunggu sehingga pilihan raya akan datang.

"Setakat ini pun, seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar), kita tidak akan meminda ISA.

"Jadi tidak perlulah (tunggu) untuk pilihan raya ini. Lebih baik mereka keluar saja," katanya di sini semalam.

Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, tindakan PPP yang meminta pindaan terhadap akta itu merupakan satu usaha untuk mengalihkan kekalahan teruk parti tersebut kepada Umno.

"Kita mempertahankan ISA dan ini tidak berubah," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan yang dibuat oleh Kayveas itu tidak sesuai dengan semangat BN kerana perkongsian kuasa yang diamalkan BN pada masa ini bukan atas dasar ugut-mengugut.

"Kita datang bersama-sama kerana nak memimpin rakyat kita dengan cara baik.

"Setiap parti komponen mempunyai peranan yang penting. Bila ada parti komponen yang buat kenyataan sedemikian, kita kecewa," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan ugutan PPP sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“BN macam ahli keluarga, kenapa perlu mengugut-ugut macam ini? Sebagai keluarga tidak wajar kita buat macam ini.

“Kalau anak-anak dalam satu keluarga tak dapat benda yang dia mahu, dia boleh ugut ibu bapa. Macam itukah? Takkan kita nak buat macam tu pada keluarga kita,” katanya.

Tiong berkata, PPP sepatutnya berbincang dengan baik termasuk mengemukakan cadangan sebelum mengambil tindakan terburu-buru mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya rasa kita boleh berbincang cara elok, adakan forum. Kita luahkan rasa tidak puas hati secara konstruktif. Baru boleh selesai masalah,” ujarnya.

Katanya, masalah yang dihadapi oleh ISA pada masa ini adalah berhubung pelaksanaanya namun akta itu wajar dikekalkan.

“Saya lihat ISA ini masalahnya cuma satu, iaitu pelaksanaanya kena betul itu sahaja. Kita kena ingat bukan di Malaysia saja ada ISA, di Singapura dan Britain pun ada akta ini,” katanya.

Kelmarin, Kavyeas berkata, parti itu akan keluar dari BN jika ISA tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.

Comments (8)Add Comment
...
written by batsman, December 02, 2008 09:43:16
Politik ugutan invented by TDM not Kayveas. Pls do not confuse.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Lostsoul12, December 02, 2008 09:48:46
Memang kurang ajar bagi M keyveas mengamalkan politik ugutan kerana itu adalah hak ketuanan umno dan bukan untuk parti komponen lain.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by asguard, December 02, 2008 10:17:22
BN is totally screw -up ! Do expected them to change their ways of doing things answer is no... they prefer to stick what they are comfortable with !
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by alpha1, December 02, 2008 11:03:54
Who gives if you wanna leave BN. You and your party is irrevelant, regardless in BN or in Malaysia for that matter.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tompios, December 02, 2008 11:13:02
UMNO sejak dari dulu ANDA main ugut kepada semua parti lawan ANDA. Operasi lalang adalah satu bentuk ugutan nasional, issue perkauman yang selalu ANDA dendangkan adalah bentuk lain ugutan yang benar NYATA.

Seharam-haram ANJING dan BABI, mereka hanya tidak pernah mengugut musuh mereka. Mereka tahu haknya mereka. Selama 40 tahun, Sabah terus diugut oleh orang2 UMNO dalam sarung BN. Tun Donald Stephen adalah contoh nyata bagaimana ugutan menjadi pembunuhan well-planned.

Ugutan adalah tradisi yang diamalkan oleh UMNO dan sekarang UMNO menuai hasil kencing berdirinya.

UMNO perosak negara Malaysia.
report abuse
disagree 2
agree 6
...
written by amoker, December 02, 2008 11:13:18
only UMNO boleh ugut. Don't take away their role. Mukriz did the same the next day. Ugut jugak.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by LTn, December 02, 2008 12:09:05
AIYAA DATUK CANVES SINCE U ALREADY SAY IT YOU BETTER BRING YOUR PEEPS OUT OF BN LARRR DONT YOU KASI KALAH MALU, SUDA CAKAP MESTI BUAT KALAU TIDAK JANGAN JADI JANTAN LARRR!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, December 02, 2008 13:27:24
Dalam keluarga BN sekarang, anak anaklah yang banyak cakap nampaknya. Lama tak dengar berita dari Ayah (Dolah Bodohwi) dan Ibu (Najiss). Nak komen pun nampaknya takut. Jadi kita dah nampak bahawa seorang ayah dan ibu tak layak memimpin keluarga. Terkuburlah kamu kaum ameno.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM