|
Kepada semua Anak Bangsa Malaysia, Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nada dan melodi yang mereka sedang lagukan kini.
Menjelang Operasi Lalang dulu, aku masih kecik. Tapi, melalui pembacaan bahan sejarah kini aku tau apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu. Apa yang berlaku? Beberapa pihak bertelagah di dalam UMNO. Bergaduh. Berebut jawatan. Untuk selesaikan masalah, mereka perlu mencari kambing hitam untuk dikorbankan. Maka, merekapun membangkitkan isu-isu perkauman. Orang MCA kecam orang UMNO, pemimpin UMNO mengutuk pemimpin MCA, dan polemik perkauman ini berterusan menghangatkan suasana politik di media dan surat khabar. Akhirnya, satu operasi menangkap beratus orang menggunakan ISA dilancarkan, kononnya untuk menenangkan keadaan (demi kententeraman awam?). Ironinya, mereka yang bertelagah dan kecam-mengecam tadi (yang membangkitkan isu perkauman) tidak terlibat dalam senarai tangkapan. Malangnya, beratus orang aktivis hak asasi dan ahli politik pembangkang telah disumbat ke dalam ISA yang zalim itu. Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa pelik kenapa Mahafiraun Kecil ini tiba-tiba mendesak supaya sekolah jenis kebangsaan ditutup. Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang UMNO dahulu. Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia tidak perlu berasa terperanjat kenapa Chua Soi Lek tiba-tiba menolak “ketuanan Melayu”. Beliau sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh orang MCA dahulu. Hari ini, semua Anak Bangsa Malaysia jangan gusar apabila GGMM mahu menyaman Chua Soi Lek. Mereka sedang mendendangkan lagu lama yang diberi nafas baru. Melodi lagu yang pernah didendangkan oleh kuncu-kuncu UMNO dahulu. Ini semua hanya lakonan belaka. READ MORE HERE: http://arifabdull.wordpress.com/
|
CSL is the guy full with guts and OTK is still hiding in the shell, who cares for MCA now? Just full of jokers.