A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Forum 'No to ISA' malam ini

Forum 'No to ISA' malam ini PDF Print
Posted by admin   
Monday, 01 December 2008 13:16

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 1 Disember - Forum Rakyat yang bertajuk 'No to ISA' (Tidak kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)) akan diadakan pada 8.00 malam ini di Bar Council di sini.

Antara ahli panel yang terlibat untuk program tersebut pemilik Bau Bau Cafe, Hishamuddin Rais, bekas calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohammad Sabu, bekas tahanan ISA, Teresa Kok dan Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Forum tersebut di anjurkan oleh Cakap Rakyat Group dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA.

Cakap Rakyat Group adalah sebuah inisiatif aktivis-aktivis non partisan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bijak dan bermaklumat dengan menganjurkan forum.

Menurut jurucakapnya, Amin Iskandar, forum sebegini diadakan untuk mengingatkan rakyat tentang kezaliman ISA yang telah memenjarakan ribuan rakyat semenjak Malaysia merdeka lagi.

"Biarlah muka yang sama hadir asalkan kezaliman ISA tidak dilupakan."

Forum ini juga sebagai draming up Demonstrasi Besar-besaran Anti ISA yang akan diadakan pada bulan March 2009," katanya yang dihubungi oleh Malaysia Today baru-baru ini.

Ditanya tentang harapan, kata Amin, forum ini diharapkan dapat menjelaskan kepada rakyat isu sebenar mengenai ISA agar tidak terkeliru dengan propaganda kerajaan untuk menghalalkan ISA.

"Diharap rakyat tidak kira apa fahaman atau ideologi politik dapat hadir beramai-ramai di forum itu nanti."

Sementara itu, beliau berpendapat, jika Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) tahu British juga pernah menggunakan ISA untuk membungkam pejuang-pejuang kemerdekaan negara, mereka pasti tidak sokong ISA. (ISA menjadi undang-undang pada 1960, tiga tahun selepas Merdeka - jadi ia bukan undang-undang British).

"Demostrasi sebegini berlaku kerana mereka mungkin belum begitu faham tentang ISA dan sejarah ISA itu sendiri."

"Jika mereka tahu ISA itu adalah warisan daripada penjajah British, mereka pasti tidak sokong," ujar kolumis Malaysiakini itu."

Beliau berkata demikian apabila mengulas tentang demostrasi Kekalkan ISA di ibu negara baru-baru ini. - Malaysia Today

Comments (1)Add Comment
...
written by ahmadneil, December 01, 2008 14:41:44
ISA should be used on Antu Shit Hamid and all those umno guys who bark racist noise.
report abuse
disagree 0
agree 7

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM