A+ | A- | Reset
Home

Surat terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim PDF Print
Posted by admin   
Monday, 01 December 2008 10:27

USIR KELUAR EJEN UMNO DARI KALANGAN BARISAN PEMIMPIN PERHUBUNGAN PKR NEGERI SABAH

Semoga sentiasa peroleh keberkatan Allah SWT.

 

Saya terpanggil membuat surat terbuka ini setelah membaca satu berita terbitan sebuah akhbar tempatan menyatakan kononnya Tuan Hj Ansari telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah dan keluar parti.  Siasatan saya menunjukkan berita tersebut adalah fitnah rekaan En. Awang Ahmad Shah dibantu oleh beberapa individu lain termasuk En Kanol Gindol – yang telah disingkir daripada parti kerana menjadi dalang di sebalik banyak pergolakan parti sebelum ini, tetapi dikhabarkan masih berkhidmat kepada seorang pemimpin PKR bertaraf 'Heavy Weright" secara sembunyi-sembunyi.

 

En. Awang Ahmad Shah reka fitnah tersebut sebagai reaksi teguran terhadapnya ketika mesyuarat perhubungan PKR Negeri Sabah. Dalam majlis rumah terbuka Hari Raya En. Awang Ahmad Shah telah umumkan dalam ucapannya bahawa PKR telah pilih Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai calon sekiranya pilihanraya kecil diadakan di Pensiangan. Pengumumannya itu menimbulkan keadaan tegang di kalangan ahli parti terutama mereka daripada  pedalaman yang berharap hero mereka, En Danny Andipai, yang berjaya mendapatkan pengistiharan daripada Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu membatalkan kemenangan Datuk Joseph Kurup, dipilih semula sebagai calon.

 

Angkatan Muda Keadilan, walaupun telah membuat keputusan tidak menyokong Dr Jeffrey dipilih sebagai calon di parlimen Pensiangan, tidak menyiarkan keputusan mesyuarat mereka sebab pucuk pimpinan PKR pusat belum membuat sebarang keputusan. Perbuatan En. Awang Ahmad Shah adalah hasutan supaya pemimpin PKR Sabah terus bertelagah dan curiga-mencurigai antara satu dengan yang lain.

 

Penyiaran berita Hj Ansari Abdullah keluar parti ini bukan fitnah pertama pernah dilakukan Encik Awang Ahmad Shah bersama beberapa yang lain. Ramai ahli PKR tahu banyak bahagian Parti Keadilan dulu yang telah tersusun dan berfungsi dengan baik telah dijadikan kucar kacir. Akhirnya ahli parti menjadi lesu dan bahagian terbabit hilang kepercayaan terhadap hala tuju perjuangan Parti. Kesan paling ketara akibat perbuatan kuncu Datin Saidatul Badru ini, Para pemimpin PKR Negeri Sabah telah terus menerus membazir tenaga, masa dan wang ringgit, bukan untuk melebar luas pengaruh Parti menghadapi lawan tetapi bercakaran sesama sendiri.

 

Barisan pemimpin PKR Sabah adalah terdiri dari individu yang cukup matang dalam politik tetapi pendekatan.pucuk pimpinan Parti menutup kedua belah mata bila barisan kepimpinan PKR Sabah diadu domba oleh En. Awang Ahmad Shah bersama beberapa lain amat mendukacitakan.   Kesannya pengkhianatan mereka berkenaan yang ramai ahli kini label sebagai 'ejen-ejen UMNO' - bukan saja  PKR Sabah  telah kalah teruk dalam beberapa pilihan raya lalu malah ramai ahli yang ingin melihat Parti Keadilan membentuk kerajaan Negeri Sabah telah berhenti aktif. Ramai ahli menganggap kegiatan budak-budak suruhan Datin Saidatul Badru ini sengaja dibiar berterusan oleh pucuk pimpinan PKR pusat.

 

Secara ringkas, sambutan dingin rakyat Sabah terhadap perjuangan Parti Keadilan (PKR sekarang) bukanlah disebabkan UMNO amat berpengaruh di kalangan rakyat Sabah. Sebaliknya kegagalan PKR menawan walau satu kerusi dalam mana mana pilihanraya lalu adalah hasil peranan geng Datin Saidatul Badru yang dibiar bertapak dan memainkan peranan melemahkan Parti  dari dalam.

 

Sandiwara terakhir mereka adalah menjadikan perlantikan Tuan Hj Ansari Abdullah sebagai isu menyebabkan status kepimpinan perhubungan PKR Negeri Sabah sentiasa berada dalam situasi 'Hidup segan Mati tak mahu".
 
Situasi ini telah lama wujud dan berjaya dilaksanakan oleh ejen-ejen UMNO ini  bemula dengan Datin Saidatul Badur mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah daripada Ust Hj Abdul Rahman Yakob. Komplot kumpulan gunting dalam lipatan ini kemudian berlanjutan apabila Hj Awang Tengah dipilih mengganti Datin Saidatul Badru.

 

Sebilangan besar ahli PKR Sabah perpendapat kombinasi tenaga Datin Saidatul, Hj Awang Tengah, En Awang Ahmad Shah bersama beberapa dalang lain adalah punca mengapa PKR kecundang di Sabah. Bagaimanapun kehampaan ramai ahli PKR Negeri Sabah terubat seketika apabila Tuan Hj Ansari Abdullah diberi mandat menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah.
 
Malangnya harapan ahli  berkecai apabila pucuk pimpinan PKR pusat gagal menangani pengkhianatan mereka berkenaan sebaliknya  tunduk kepada ugutan 'ejen ejen UMNO' ini disaat PKR membuat persiapan menghadapi pilihanraya umum lalu. Perlantikan Tuan Hj Ansari Abdullah sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah bukan isu rumit tetapi telah sengaja  direka dan dibesar besarkan. Menjadi persoalan kenapa Steering committee diwujudkan sebagai penyelesaian. Di semenanjung juga ada bahagian PKR menghadapi krisis tetapi tidak ada mana mana kumpulan diberi layanan seperti yang dihulur kepada ejen ejen UMNO ini.  

 

Kini sudah ada segelintir ahli PKR Sabah merumuskan penubuhan Steering Committee ini adalah taktik pimpinan PKR pusat yang sama dan serupa seperti pemimpin UMNO pusat - pecah dan diperintah orang Sabah. Betul atau tidak anggapan ini bukan perkara penting sekarang.
 
Masalah utama yang memerlukan penyelesaian segera tertumpu kepada kehadiran sisa sisa geng Datin Saidatul Badru, terdiri daripada Hj Awang Tengah, Awang Ahmad Shah, Jalumin dan kini turut dianggotai En. Kanol Gindol - sebagai ejen UMNO, telah berjaya menjadikan barisan pemimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Sabah bahan ketawa pengundi Sabah.

 

Melalui surat terbuka ini saya syorkan supaya pucuk pimpinan Parti dapat segera tubuhkan sebuah Jawatankuasa khas Parti di peringkat pusat dengan kuasa menyiasat, adili dan ambil tindakan sewajarnya terhadap semua mereka yang saya senaraikan. Kehadiran mereka adalah beban kepada Parti.  
 
Era menutup kedua belah mata terhadap khianat sumbangan kumpulan ini yang sentiasa mahukan pemimpin  PKR  Sabah berkonfrontasi perlu segera diambil tindakan dan diberhentikan dengan serta merta.

 

Lawan Tetap Lawan.

 

 t.t.

 

ABDULLAH MADON   

AJK dipilih Mesyuarat Agung Bahagian

PKR Batu Sapi

 

Sk;

            Semua Pemimpin PKR

Comments (2)Add Comment
...
written by binarytan, December 01, 2008 11:17:10
PR should work hard to win the nation and lead us out of UMNO nightmare, if not we will feel another BN in making.

PKR must work hard as we strongly feel this multi-racial party is better than a lot of single race party, moreover one with extremist thinking PAS.

So far we only feel Selangor, Penang and Perak are working well towards ketuanan rakyat.

In Kedah and Kelantan wise, still full of bull shit with ketuanan islam agenda without any clear development under PAS.

I used to blame UMNO for the disaster to our country and will not support PAS over their under-qualified performance, just another gang of racist in making and will be worse than UMNO.

PKNS is a clear example, my foot non muslim could not become head and you idiot PAS has recommended 2 candidates without any knowledge and experience.

We better put all muslim as our heads and malaysia will lead to dead end.

smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 9
agree 11
...
written by Iliyas, December 01, 2008 13:12:26
I had posted a comment on an earlier article,rather similar in nature about the PKR Leadership in Sabah.But ironically,the writer that posted this article has chosen to be rather malicious,with no provisions on constructive alternatives.

The PKR Leadership in Sabah needs to reform,re-brand,re-package and re-invent itself in order for any impact to happen.I had suggested as well in my earlier comment,DSAI seek and you will find.There are an abundant amount of dynamic Corporate and Businessman leaders in Sabah,who are unconvinced about the leadership of PKR Sabah.Some have put their heads out in supporting the party,thus damaging whatever business possibilities,considering that Sabah is under UMNO-BN.

Are the current leadership so deaf,dumb and blind to notice this or are they so embroiled in outdated politics to cling on to power?I have yet to hear of any constructive people orientated things done,sadly only who should be in the leadership line-up.How Pathetic.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM