A+ | A- | Reset
Home

ALERT

Umno tidak mampu bertahan, biar ia reput PDF Print
Posted by admin   
Monday, 01 December 2008 10:17

(Hrkh) - Talian hayat pemerintahan Umno sudah tidak mampu bertahan lama justeru Pakatan Rakyat perlu menunggu sedikit masa dengan persiapan untuk menguasai pemerintahan di Negara ini kata Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Menurut Ustaz Ahmad,sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap PAS amat mengusarkan pemimpin Umno.

"Pertumbuhan kelab penyokong PAS macam cendawan sekarang membuktikan semakin ramai golongan bukan Islam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Keadaan ini amat membimbangkan Umno.

"Umno pun kini tak ada kekuatan untuk perintah kerana mempunyai kelebihan kerusi Parlimen yang amat kecil di semenanjung. Mereka hanya bergantung atas kekuatan rakan Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak. Inilah talian hayat Umno saja lagi. Kita tak payah buat apa kita biar dia reput sendiri,"katanya dalam lawatan kerja ke negeri Pahang di program dialog bersama ahli kelab penyokong PAS, di Pusat pentadbiran PAS Kawasan Temerloh, Taman Temerloh Jaya, dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Ustaz Ahmad Awang, kekangan ekonomi yang teruk akibat ketidak tentuan politik Negara semakin menyempitkan kehidupan rakyat dan ini menambah kegusaran pemimpin Umno.

"Ekonomi Negara begitu teruk kerana keadaan politik dalam Negara yang semakin kacau ditambah pula kejatuhan ekonomi dunia yang jatuh. Ini menjadikan kedudukan Umno sebagai kuasa pemerintahan tidak diyakini rakyat,"katanya.
Comments (3)Add Comment
...
written by The dragonheart, December 01, 2008 13:25:35
PAS telah melakukan perkara yang sepatutnya.

Kekuatan politik seseorang bukan terletak pada bertapa kuat, kaya atau pintarnya sahaja.

Kekuatan politik bergantung kepada berapa ramai penyokong yang setia yang sesuatu parti itu boleh himpunkan dengan secara sukarela tanpa membayar upah.

UMNO mempunyai kekuatan grassroot ini sejak 50 tahun dahulu. tetapi UMNO membiarkan penyokong nya miskin dan meminta2. UMNO memberi sogokan untuk menerajui negara tapi pada masa yang sama UMNO memberi sogokan untuk jawatan dalaman juga.

Memang susah untuk dapat sokongan tanpa upah tapi PAS sudah lebih 50 tahun mampu bergerak dengan konstan kearah mendapat sokongan terutamanya dari kalangan yang cerdik dan professional. Yang paling peting PAS bejihad dan bergerak terus ke jalan ALLAH.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by middlepath, December 01, 2008 13:41:41
Yes we can. we the rakyat of malaysia, must united, under the PKR, RPK, DSAI, PAS, DAP to ensure, we are the malaysian that work together for better malaysia. we must throw away the old thinking of UMNO BN, they are out of date already. We must think forward, work together as a bangsa malaysia, now the USA also voted the new President, a black, so orang putih pun sudah no more racist, orang putih already wake up, we must united for our country malaysia. so let's start from today, vote out the BN, Umno peacefully, and we will have a new gov, with new vision, new way going forward. together with USA, we will have new strategy to build a united malaysia, where diversity is strength, no more racial, racist gov.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, December 01, 2008 17:05:45
Muka Najib dah nak biru dik kelemasan, bak lemasnya dia di sungai Pekan. Sekarang Ameno kena tekan dik kayu bercabang disungai. Nak idup pun susah dan nak mati pun susah. Hanya tunggu tengelam kedasar menjadi kubur tak bernisan.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM