A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow 'Projek 16 September' diteruskan, 'gegarkan' Sarawak! - Anwar

'Projek 16 September' diteruskan, 'gegarkan' Sarawak! - Anwar PDF Print
Posted by admin   
Monday, 01 December 2008 10:16

(Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan satu kenyataan.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata Anwar dalam ceramah khas malam tadi bersempena Kongres Nasional kelima parti itu selama dua hari di Shah Alam.

Ini merupakan kempen terbaru Penasihat KeADILan itu yang dilancarkan selepas pelan asalnya berhubung isu pertukaran kerajaan, berlalu 16 September lepas.

Difahamkan pengumuman itu berikutan sambutan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa ribuan para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli KeADILan dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang. Saya yakin, insya-Allah sebagaimana mana saya yakin sebelum 8 Mac," katanya.

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Anwar membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.

Comments (1)Add Comment
...
written by AUTAR, December 01, 2008 17:26:34
Tahniah DSAI, saya amat menyokong penuh andai Serawak menjadi pilihan DSAI. Memang pun Serawak lah tempat yang perlu digegarkan dalam menjana impian rakyat lagi pun Serawak ramai dikalangan orang orang cina. Mereka arif tentang ekonomi serta memerlukan pemimpin seperti DSAI.

Jika di Sabah, biarlah selepas serawak sebabnya Sabah masih lagi tidak terdedah dan agak ketinggalan dalam 10 tahun kebelakangan dari Semenanjung, itu pun tidak semua rakyatnya begitu. Maksud saya pada bagi yang jauh di pendalaman. Maafkan saya pada orang Sabah. Saya berkata begitu sebab saya pernah di Sabah dulu.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM