A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu: Uji Kemantapan Pas - Keadilan

Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu: Uji Kemantapan Pas - Keadilan PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 30 November 2008 10:10

Image 

Berdasarkan suasana ini saya kira tidak mungkin Mohamad Sabu akan diletakan semula. Tentulah seorang tokoh dari Terengganu akan diberikan tanggungjawab. Dalam hal ini tidak mustahil kalau Pas meletakkan Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad untuk menjadi calon.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

PILIHAN  kecil untuk kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan tidak lebih daripada 60 hari dari sekarang. Pilihan raya ini terpaksa diadakan ekoran kematian ahli Parlimennya, Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat lalu.

Pilihan raya ini adalah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Pilihan raya kecil pertama ialah di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang apabila wakilnya Dr Wan Azizah Ismail mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sama seperti pilihan raya kecil Permatang Pauh, pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu penting dan akan signifiken dan tafsiran tersendiri. Ia akan menjadi medan menguji kekuatan dua gergasi politik Melayu Umno dan Pas. Kedua pihak sangat terdesak untuk memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi seramai 80, 325 orang itu.

Pilihan raya kecil itu nanti juga memberi makna tersendiri kepada Pas khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya. Ia akan menguji sejauh manakah kekuatan semasa Pas. Ini kerana kerusi berkenaan adalah diperuntukan kepada Pas. Pas akan menjadikan keputusan pilihan itu sebagai satu kayu ukur baru untuk menguji kekuatannya selepas berlangsungnya pilihan raya umum.

Begitu juga dengan Umno. Parti itu pula merasakan penting kerana ia bakal menentukan apakah parti itu akan terus mendapat kepercayaan atau tidak. Kalah bermakna ia akan diterjemahkan Umno sudah mengalami penghakisan imej dan pengaruh sebagai sebuah parti yang dominan sebelum ini.

Kepada Umno usaha mengekalkan kerusi berkenaan dilihat lebih berat daripada Pas untuk merampas kerusi itu. Jika kalah ia memberi kesan psikologi tinggi buat Umno bukan saja di Terengganu tetapi di seluruh negara. Tambahan lagi BN/Umno baru saja malu dengan kekalahan teruk di Permatang Pauh.

Kekalahan itu nanti juga turut memberi kesan kepada Timbalan Presiden Umno Mohd Najib Razak secara peribadi. Kalah menang ia akan dikaitkan dengan Najib. Kalau kalah pemerhati akan melihat Najib tidak berkeupayaan untuk membawa perubahan dalam Umno. Kekalahan juga menyebabkan orang akan mengukur Najib masih tidak dapat menandingi pengaruh dan ketokohan Anwar Ibrahim seandainya Anwar turut sama komit dengan pilihan raya itu.

Dalam pilihan raya lalu, Allahyarham Razali Ismail (Umno) memenangi kerusi berkenaan mengalah dua calon, Mohammad Sabu dari Pas dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti kecil, 628 undi saja. Beliau mendapat 32, 562 menakala Mohamad Sabu 31,934 dan Maimun Yusuf 685 undi.

Daripada bedah siasat yang dibuat oleh pihak Mohamad Sabu kekalahan tipis beliau itu ialah disebabkan pengundi Melayu (Terengganu) tidak menerima calon luar. Rakyat Terengganu tidak seperti rakyat Kelantan akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada siapa juga calon yang diletakkan oleh Pas di negeri itu. Kesemua calon luar yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya lalu menang.

Penganalisa dari Terengganu berpendapat sekiranya anak tempatan diletakkan di kerusi berkenaan, kerusi itu mungkin menjadi milik Pas. Apa lagi pada pilihan raya 1999 Pas memenang kerusi berkenaan menerusi calon mudanya Syed Azman Syed Ahmad.

Persoalan kini siapakah calon yang bakal diletakkan oleh Pas? Walaupun sudah ada suara yang mahukan Mohamamd Sabu dipertaruhkan sekali lagi, nampaknya bukan senang untuk Pas Terengganu menerima permintaan itu. Pas Terengganu tentu perlu membuat perhitungan mendalam kerana pilihan raya itu penting bagi dijadikan penanda aras kepada pengaruh Pas masa kini.

Pesuruhjaya Pas atau bos Pas Terengganu, Mustafa Ali barangkali ada percaturan sendiri. Beliau juga harus berwaspada dan berusaha sebaik mungkin bagi merampas kerusi berkenaan. Dalam suasana beliau semakin dilihat tidak relevan dan ditolak di Terengganu kerana faktor terlalu 'veteran' Mustafa perlu melakukan sesuatu yang ajaib dalam pilihan raya kecil itu nanti. Sekiranya Pas berjaya merampasnya, tentulah kemerosotan wibawanya akan pulih sedikit dan ini akan meletakkan beliau masih relevan untuk terus berperanan dalam Pas.

Berdasarkan suasana ini saya kira tidak mungkin Mohamad Sabu akan diletakan semula. Tentulah seorang tokoh dari Terengganu akan diberikan tanggungjawab. Dalam hal ini tidak mustahil kalau Pas meletakkan Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad (foto) untuk menjadi calon. Apa lagi Syed Azman pernah menjadi ahli Parlimen di kerusi berkenaan. Kalau ini berlaku ia akan menjadi terbalik kod, di mana kalau di Permatang Pauh BN/Umno meletakkan seorang Adun untuk bertanding menentang Anwar, iaitu Arif Shah Omar Shah.

Tertakdir Syed Azman dicalonkan ia tidak sukar untuk Pas Terengganu menarik seberapa ramai pemimpin Keadilan untuk turun berkempen kerana Adun Batu Buruk ini mempunyai hubungan dan reputasi baik dengan Keadilan khasnya dengan Penasihatnya, Anwar Ibrahim.

Biarlah kita serahkan kepada kebijaksanaan Mustafa Ali dalam mencatur untuk meraih kemenangan kali ini. Tetapi persoalan yang besar dilihat di sebalik pilihan raya itu nanti ialah apakah ia mendapat sokongan padu daripada komponen Pakatan Rakyat? Ini yang penting.

Sekiranya kerusi itu diserahkan kepada Pas, apakah Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan sedia membantu? Apakah kekompatan sokongan kalangan Pakatan Rakyat akan berlaku? Mungkinkah keadaan yang berlaku di Permatang Pauh terjadi, di mana pilihan raya membabitkan Anwar itu tidak mendapat dokongan semua pemimpin daripada Pas!

Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu semacam ada pihak yang tidak memberi sokongan kepada Keadilan menghadapi pilihan raya berkenaan? Mustafa Ali sendiri bersama beberapa pemimpin lain tidak turun berkempen untuk Anwar? Apakah kali ini giliran pemimpin Keadilan pula berbuat demikian di pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu sebagai membalas dendam?

Persoalan ini sedikit sebanyak akan menentukan kalah menang calon Pakatan Rakyat (Pas)dalam pilihan raya kecil itu nanti. Justeru Mustafa Ali mempunyai tugas berat menghadapi pilihan raya berkenaan. Beliau perlu memerahkan kebijaksnaan bagai mana mengatasi masalah atau kerumitan yang bakal timbul. Penting juga, boleh dikatakan kesuksesan atau sebaliknya pilihan raya itu kelak akan menentukan masa depan politiknya baik di Terengganu maupun di peringkat pusat.

Justeru untuk kebaikan semua pihak pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu boleh dijadikan medan baru untuk menautkan kembali hubungan di kalangan sesetengah pemimpin Pas dengan sesetengah pemimpin Keadilan terutamanya antara Mustafa Ali dengan Anwar Ibrahim. Bagi Anwar dirasakan sekiranya beliau dijemput tidak ada sebab untuk beliau menolak kerana kemenangan calon Pakatan Rakyat nanti membawa tuah besar kepadanya.

Sekiranya Anwar masih terkilan kerana semasa beliau menghadapi musuh di Permatang Pauh tidak semua pemimpin Pas membantunya terutama dari Terengganu, namun beliau kena ingat kepada budi dan jasa dua orang besar dalam Pas iaitu Husam Musa dan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membantunya. Nik Aziz meskipun bertongkat masih mengagahi diri mengiringi Anwar ke penamaan calon.

Dan apa yang paling baik, Keadilan dan Pas yang kini kelihatan tidak berapa lendik wajar menjadikan pilihan raya itu kelak sebagai acuan untuk meluruskan semula salah faham dan salah silap mentafsir gerak politik antara keduanya sehingga membawa sedikit rasa gelisah di kalangan penyokong bawahan. Semoga!

Comments (8)Add Comment
...
written by ahmadneil, November 30, 2008 11:18:44
Long live PR.Down with umno and all its lapdogs!
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by Racheljansz, November 30, 2008 12:15:29
In 2004, PAS lost the state to BN just one term in office, which can be attributed to 'promises' by the then New PM!
In 2008, Hadi and his team still lost!
That in spite of UMNO's infighting and the Rakyat's Tsunami!
I do hope this time around PAS gets their act together
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by Sudahlah tu, November 30, 2008 13:34:04
PRU12 umno beli undian .... hingga terlupa membina pertahanan di PP, Kedah , Perak dan selangor . umno ingat Trengganu sahaj yang memepunyai saingan daripada pembangkang ... lalu mereka hantar 'agen tikam' beramai-ramai ke sana ..
Ini bukan pasal PAS tidak menang .. ini pasal umno yang menggunakan taktik kotor semasa PRU12 ...
sekarang medan ini dibuka lagi .... marilah kita sama-sama melihat monyet, anjing, beruk, tupai , badak umno berlawak di Trengganu nanti.
tengoklah dengan mata sendiri kepolisan yang rela menjadi anjing umno menjalankan tugas mereka nanti ..
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by alpha100, November 30, 2008 15:06:53
PR win this seat and BN esp UMNO will sweat and disintegrate further!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by CPY, November 30, 2008 17:05:19
Good luck PAS. There is a song in Youtube for you smilies/smiley.gif
http://www.youtube.com/watch?v=ux8n1UV6cFE
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by aplus, November 30, 2008 21:23:43
Talking about Kuala Terengganu, that reminds me of the forthcoming Monsoon Cup next week. What a bizarre situation the race would be if the current flood situation persists till that time. I would presume they will call the services of a bomoh so we shouldn't be unduly worried, should we? After all God loves all Malaysians, and He is ever ready to postpone His will.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by asguard, December 01, 2008 09:34:41
Do whatever you can ...
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by borneoman, December 04, 2008 20:34:15
pas was given the chance to govern trengganu but all that they did was busy 24/7 talking about religion and they forgot that religion should be left to the INDIVIDUAL believer and HIM.PAY ATTENTION TO YOUR JOB AS A GOOD,HARDWORKING AND HONEST POLITICIANS.
report abuse
disagree 2
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM