A+ | A- | Reset
Home

Penasihat PKR kecam 'hero' politik perkauman PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 29 November 2008 21:27

oleh Syukree Hussain

Shah Alam, 29 November - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pimpinan Umno yang terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu sebenar.   

Ketua Pakatan Rakyat(PR) itu berkata demikian dalam ucapan sempena Kongres Nasional PKR ke lima di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin pelbagai kaum dalam PKR tidak pernah mempertikai apa yang termaktub dan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Bagaimanapun sudah ada jaguh-jaguh baru Melayu yang cuba meniup sentimen perkauman dengan mengaitkan DAP sebagai anti Melayu ketika mereka berucap di Parlimen," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.  

Jelasnya, Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak tidak perlu apolegetik untuk bermaafan dengan mengatakakan kami (anggota PR) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.

"Itu dasar kita dan Kita harus jawab serangan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas ucapan dasar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menjelaskan bahawa, polisi PR jika menguasai Putrajaya ialah mengembalikan kuasa penentu Majlis Raja-raja bukan kuasa 'kebal' kepada golongan bangsawan tersebut.

"Kita tidak sesekali berkomprami atau toleransi dalam soal jenayah walaupun ia melibatkan golongan diRaja," tambah beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan Tian Chua dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Comments (4)Add Comment
...
written by kkselvam, November 30, 2008 09:41:18
Well said YM DSAI. Now lets identify these racial heros and kick them out of PR. We don't need these scumbags!
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by Cinakelate, November 30, 2008 14:51:12
Zoo! What say you? Don't agree with your boss? Go join Mad bendera!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by lovemalaysiarakyat, November 30, 2008 18:20:30
...anggota PR) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita...

Betul...diharap ini bukan saja cakap angin ataupun cakap politik tetapi diutamakan dan dipratis dalam perlembagaan kerajaan di Malaysia ( bila PR ambil kuasa).
smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Siapabohong, December 01, 2008 01:47:14
Sememangnya rakyat bukan-Melayu menjunjung Perlembagaan dan memahami perkara-perkara penting dalam Perlembagaan tetapi yang menjadikannya isu ialah seperti kata DSAI hero-hero baru Melayu yang sengaja mengungkitkan perkara ini apabila kedudukan mereka sendiri(bukan kedudukan orang Melayu)tergugat atau mahu memperalatkannya untuk meraih kuasa. Kemudian itu melaksanakan program-prgroam pembangunannya yang berat sebelah yang sengaja meniadakan hak rakyat yang lain. Apabila ditanya, bersemburlah kata-kata berhingus, berwasap yang menjadikannya bagai hero baru Melayu, tapi bila disiasat dengan teliti hanya kepentingan politik, ekonomi dan sosial peribadi... rakyat juga dijadikan alat kononnya membela rakyat terbanyak, pordah...
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM