A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan esok

Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan esok PDF Print
Posted by admin   
Friday, 28 November 2008 07:54

(Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan Kongres Tahunan pertama selepas kemenangan terbesar kuasa rakyat pada 8 Mac lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam, katanya.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Gerai Rembau di Karnival Rakyat

Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.

Bahagian Rembau akan membuka sebuah gerai dalam karnival tersebut. Semua dijemput ke Gerai Bahagian Rembau. Pengunjung ke gerai akan disajikan Pameran bergambar yang mengenengahkan aktiviti keADILan di Rembau.

Turut diadakan ialah jualan amal. Di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Rembau bagi menampung aktiviti bantuan dan kemasyarakatakan yang sememangnya menjadi teras utama aktiviti keADILan di Rembau.

Perbagai barangan boleh didapati dengan harga lebih murah dari pasaran seperti 'Butterfly Masagger', Jus Manggis, Tshirt Reformasi dan perbagai cenderahati.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan Pakaian Terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga boleh berbuat demikian di gerai tersebut. Barangan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan.

Comments (4)Add Comment
...
written by ahmadneil, November 28, 2008 08:01:48
Gabriel Adit,the YB for Ngemah is leading a group of potential dayak MPs, who will be joining PKR in December,to PKR congress tomorrow.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by DreamLady, November 28, 2008 09:07:14
GOD BLESS PAKATAN RAKYAT, may He strengthen PR with unwaver strength to withstand all obstacles!!!!

God bless the people of Malaysia; God bless us all !!!!
report abuse
disagree 1
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by kksam, November 28, 2008 14:43:13
i'm going with my NO TO ISA shirt smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM