A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow KeADILan perlu jelaskan kegagalan 16 September

KeADILan perlu jelaskan kegagalan 16 September PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 27 November 2008 11:02

(Hrkh) - KeADILan perlu memberikan penjelasan berhubung kegagalan pelan 16 September yang dicanangkan kepada umum pada Kongres KeADILan peringkat nasional yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 November akan datang.

Seorang pensyarah sains politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata, parti tersebut perlu membuat penjelasan mengenai kegagalan tersebut bagi menjaga sokongan masyarakat umum khususnya para pengundi pembangkang yang berharap ia menjadi kenyataan.

"Mereka mempunyai sokongan dan kepercayaan pengundi khususnya yang amat berharap akan berlaku perubahan selepas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan apabila 16 September gagal apa alternatif baru," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan oleh Pakatan Rakyat diperincikan.

"Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu," ujarnya.

Walau apapun, apa yang penting ujarnya, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia.

"Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya lagi.

Tambahnya lagi, KeADILan perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

Kongres KeADILan Nasional akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam bermula 28 hingga 30 November akan datang.

Comments (5)Add Comment
...
written by johntyc, November 27, 2008 11:48:14
16 September? Apa lagi. BN BBC punya pasal lah!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by muddie, November 27, 2008 12:03:52
It's not the issue of show cause. Ain't PAS in the same boat in Pakatan? Why blame the boat sinking when you are in the boat?
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by eow_eow, November 27, 2008 12:43:27
Sept. 16 bukan isu lagi. Yang penting tanda-tanda rakyat mahu perubahan sudah boleh dinampak. Justru itu kita tunggu masanya, samada melalui tekad ahli politik BN buat 'cross-over' maupun melalui proses pilihanraya raya ke 13. Awal atau lambat Allah akan menentukannya.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by DreamLady, November 27, 2008 16:18:11
We have got to learn to appreciate the long-overdue improvement brought along by PR in the 5 PR states, instead of harbouring on the issue of missed dates for taking over the government. What the rakyat wants is a change for the better, and they could not care less who takes over what, what they want is a clean government.

Wahai pensyarah, I do expect a person in your position to have a broad eyeview instead of focusing on the negative, you disappoint me real bad.

Have you ever ponder the reason why a person like Anwar chooses not to keep the self-imposed deadline?? Do some analysis why things happened as it is, I bet you will be too thrilled to learn the truth eventually, and shall feel remorseful for your outdated way of thinking.....

Pensyarah, have you looked around to see what PR are doing right now ? For your info, eversince PR take over the 5 states, they have been very busy cleaning up the trash and garbage left behind by UMNO goons. Without the presence of PR members, there is no way for the rakyat to know the extent of corruption committed by former menteri besars of PR states.

At the same time, PR members are straightening crooked administration to make life easier and pleasant for the rakyat. If anybody fails to see what PR members are trying hard to do their best in the good name of fairness and justice, then I am at the loss to know the type of mentality you have...

What the PR members have done so far within 10 months are commendable. Credits should be rightfully accorded to those who deserve them.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Sudahlah tu, November 27, 2008 21:49:03
haruslah kami semua memahami tahap kezaliman umno dan genggaman syaitan mereka dalam semua agensi perlembagaan negara. kaedah berasuah di semua peringkat kakitangan penting telah merosakkan sistem kerajaan.
ramai melayu yang rela menjadi anjing umno daripada hidup berdikari berpeluk pada ajaran Allah telah dapat menikmati kekayaan serta hidup bergaya asalkan mendengar arahan umno.
untuk rakyat Malaysia yang benar-benar memahami kemerdekaan dan kebebasan jati daripada jajahan umno , perjuangan perjalanan ini lebih sukar berbanding dengan jajahan negara lain keran umno yang sedang menentukan segala peraturan dalam negara ini. Ini bukan bersama dengan sistem perundangan antarabangsa mahupun negara-negara kommonwealth yang bertauliah.
impian tdm yang zalim dan tamak yang menipu orang melayu dan menghancurkan masa depan ramai rakyat Malaysia atas dasar kerajaannya sudah cukup bisa dan membinasakan aliran rangkaian generasi serta keturunan nilai kekeluargaan.
tdm telah membutakan ramai anjing-anjingnya dengan wang dan gaya hidup yang begitu senang hinggakan mereka menganggap dia sebagai tuhan.
semua yang digambarkan olehnya sebenarnya telah merosakkan struktur perlembagaan negara dan kita semua 'diperbodohkan' dan 'diperalatkan' olehnya dengan niat yang zalim. dia begitu pandai berselindung di kulit Islam dan mendorong orang melayu menyokong ketuanan melayu yang sebenarnya hanya menguntungka ngolongan elit dan konco-konconya.
kini dia mencabar pula struktur perlembagaan dan kezaliman umno dan tidak ada seorang anjing-anjing umno yang berani menahan dia.
apa yang harus rakyat buat ialah membiarkan umno dikuburkan oleh anjing dalaman sendiri , itu sahaja .
anak razak terpaksa membayar hutang nyawa beribu-ribu rakyat yang terkorban semasa 0513. tdm , anak-anak dan cucu -cucu terpaksa membayar hutang berjuta-juta rakyat yang kehilangan masa depan yang cerah kerana polisi perkaumannya yang zalim.
segala anjing-anjing dalam sistem kerajaan umno terpaksa membayar hutang nyawa kepada semua penduduk yang dipinggirkan atas nama pembangunan teutamanya di Sabah dan Sarawak.
Bumi Malaysia tidak perlu ajing-ajing umno serta kesemua anjing-anjing lain dalam sistem kerajaan dan perlembagaan negara.
Kita tidak perlu melakukan sebarang tindakbalas secara keras kerana Allah telah memalukan hukuman kerasNya ke atas kesemua anjing - anjing zalim ini dan rakyat akan dibebaskan olehNya dalam masa yang singkat nanti.
anjing - anjing umno ini akan mati dengan pembunuhan sesama diri keran tamak dan takut kehilangan kuasa mereka.
saban hari mereka tidur tidak lena dan bertengkar selalu , sistem kekeluargaan yang tida kbercirikan ajaran Islam kini sudah mula berkecai ... mereka kini berpegang kepada kekayaan wang mereka hingga sanggup membeli kuasa dan sokongan.
mereka tidak mengenali Allah seperti Allah mengetahui mereka dahulu.
Jadi , ini bukan pasal PKR mahupun PR tidak dapat mengambilalih kerajaan Malaysia.
ini pasal Allah Yang Maha Berkuasa dengan anjing - anjing umno.
Hukuman Allah mengatasi segala kehendak umatNya di bumi Malaysia.
Dan sebagai umatNya , kita harus bersabar dan percayakan tindakan Allah lebih berkuasa dan keputusanNya pastinya memberi kebebasan yang berkekalan kepada umatNya daripada jajahan umno.
Bersabarlah ..!!!!!
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM