A+ | A- | Reset
Home

Dr. Mahathir: Jangan jadikan fatwa yoga sebagai isu agama PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 26 November 2008 08:23

(Bernama) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa pihak tertentu supaya tidak menjadikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan yoga sebagai isu agama.

"Jika mereka (Majlis Fatwa Kebangsaan) percaya ianya salah, jadi ianya salah. Malanglah jika orang lain fikir keputusan itu mencela agama mereka.

"Ia sama lah seperti kita kata orang Islam tidak boleh makan babi, ia bukan menghina orang Cina. Dan ia adalah sama bila orang Islam tidak boleh melakukan yoga. Ia bukan kerana mereka menghina orang Hindu.

"Mereka tidak patut buat begitu. Sama ada orang Melayu ikut atau tidak, itu hal mereka, orang lain tidak boleh jadikannya sebagai isu agama. Seperti perkara lain yang dilarang di dalam Islam, ia bukan menghina orang lain. Tetapi ada orang yang mahu menjadikannya sebagai isu. Saya kesal.

"Saya sendiri tidak peduli jika anda berdiri di atas kepala atau berdiri di atas kaki anda. Ia bukanlah sematamata jika anda mengamalkan yoga, anda tiba-tiba menjadi orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Antarabangsa Pertama 2008 mengenai Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Minggu lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam mengamalkan yoga kerana ia bertentangan dengan agama.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau tetap dengan pendirian untuk mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang terbabit dalam politik wang menjelang perhimpunan parti Mac tahun depan.

"Saya perlu memastikan sebelum meletakkannya (nama-nama pemimpin) dalam senarai itu. Jika saya ada bukti dan Umno tidak mengambil sebarang tindakan saya akan letakkan (nama-nama itu) dalam senarai.

"Saya memberi tempoh dua minggu kepada Jawatankuasa Disiplin (Umno) dan berharap mereka akan mengambil tindakan dalam tempoh itu," katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa politik wang juga berlaku semasa Dr Mahathir menjadi Presiden Umno, Dr Mahathir berkata:

"Rasuah berlaku dalam zaman saya dan saya sentiasa mengaku mengenai perkara itu tetapi bukan dalam skala yang anda lihat sekarang."

Sementara itu, dalam ucaptamanya Dr Mahathir berkata kebimbangan sesetengah pihak berhubung pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris boleh menghakis Bahasa Malaysia adalah tidak berasas.

Dr Mahathir berkata beliau dikritik oleh nasionalis kerana mahukan kerajaan meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa di mana rakyat Malaysia boleh menimba ilmu dalam keduadua subjek itu.

"Sebelum saya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri saya perkenal sistem itu kerana saya berasa ia adalah perlu bagi kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Jika anda ingin terjemah semua kerja Sains dan Matematik ke dalam bahasa Malaysia, ia akan mengambil masa yang panjang dan kita akan ketinggalan. Tetapi sejak kebelakangan ini, ada perdebatan mengenainya bahawa kita perlu kembali kepada sistem lama menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar dan belajar Sains dan Matematik.

"Kementerian Pelajaran akan memutuskan perkara itu tidak lama lagi. Ada kebaikan dan keburukan mengenainya dan saya agak bimbang mengenainya. Orang kita patut tahu bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama untuk menimba ilmu pengetahuan mereka patut menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Katanya jumlah ilmu pengetahuan baru adalah "pantas dan hebat" dan rakyat Malaysia perlu merebut ilmu pengetahuan yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.

"Saya harap dapat menghalang kerajaan daripada berpatah balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk mengajar Matematik dan Sains tetapi saya tidak lagi memegang kuasa. Saya terpaksa menerima apa juga yang diputuskan walaupun ia mungkin tidak baik untuk negara ini," katanya.

Katanya kekurangan guru untuk mengajar keduadua subjek itu di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dijadikan alasan kerana ia boleh digantikan dengan perisian komputer.
Comments (13)Add Comment
...
written by miwaki, November 26, 2008 08:36:34
Sekarang baru nak kesal dah terlambat Mahathir.Dulu kamu buat salah,sekarang kamu nak patah balik dah lambat.Macam mana nak belajar Science dan Mathematics dalam bagasa English bila guru guru kita semua English illiterste ? "You say I say I no say" this type of English banyak susah-lah !
report abuse
disagree 2
agree 8
...
written by ylcc, November 26, 2008 08:39:02
Dr. M ... I have never been a fan of yours! Please excuse me, but my Bahasa Malaysia is passable, and if I get the gist that you seem to be saying the right thing ... then this is the first time I am presenting a bouquet of flowers to you, respectfully.
report abuse
disagree 3
agree 8
...
written by ssathia, November 26, 2008 09:35:01
What is the point of givng a status as national religion when not all people are not free to comment on such national matters, especially when this national religion is mostly funded by non-Muslim tax money? If you want to keep Islam as a matter solely for Malays only, then how could it be a deemed national matter and funded out of national budget? Are these positions reconciliable? Do you not think it would be more appropriate to fund all Islamic matters purely from funds raised from Muslims? No you want non-Muslim money for Muslim needs and that is not haram? Is that not hypocritical?
report abuse
disagree 3
agree 7
...
written by tanwi, November 26, 2008 09:43:27
errr only IDIOTS are thinking what you are saying ie Hindus feeling offended because of the yoga. From my view, non-muslims are only voicing their views

1) in sympathy for their Muslim friends,
2) in shock of the level of stupidity someone can get (ok ok ignore this point)
3) that the ruling is discouraging a healthy lifestyle

report abuse
disagree 3
agree 7
...
written by ylcc, November 26, 2008 10:37:16
tanwi ... plse don't get offended. I was commenting on Tun M's
"Jika mereka (Majlis Fatwa Kebangsaan) percaya ianya salah, jadi ianya salah. Malanglah jika orang lain fikir keputusan itu mencela agama mereka."
As I have said, my BM is not very good ... so please don't call me an idiot lah! Correct me if I understood that he meant "if the Majlis Fatwa K. believe practising yoga is wrong, then it is wrong ... otherwise the opinions of others are theirs!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by mountainking, November 26, 2008 11:54:43
you are right on this but you are wrong in so many things. i have to give you credit on this where credit is due.
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by tanwi, November 26, 2008 12:57:30
ylcc

u dont get my point. Im saying that DrM should not say that Hindhus are offended to the fatwa ruling because THEY ARE NOT. Im talking about what ive seen in the papers and comments from Hindhu friends. A lot of Hindhus are just making general comments to state that they disagree with the ruling (even if it does not apply to them). I dont remember seeing ANYONE stating they are offended with the ruling (with the exception of some Muslim ppl who were offended because the fatwa suggest they are easily deviated).

btw, theres no reason to get offended on anything here in MT. Its just expression of opinion. My opinions are usually open-minded and anti-extremism in any form. If people disagree, thats their right.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by tenang, November 26, 2008 12:59:21
Sekali lagi TDM menakut-takutkan orang-orang Melayu dengan menganggapkan bahawa mereka yang tidak setuju dengan Fatwa adalah semuanya daripada orang-orang bukan Islam. Dia membuat anggapan itu secara 'sulit' dengan membangkit bayang-bayang kewujudan anti-Islam. Sebenarnya ramai juga orang-orang Islam yand tidak setuju dengan Fatwa itu. Perkara Fatwa bukanlah perkara mengenai orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam. Perkara Fatwa ini adalah perkara hak-hak rakyat terutamanya penganut Islam ditindaskan oleh sekumpulan "pemimpin-pemimpin atasan".

Seni TDM mempermainkan perasaan rakyat memanglah hebat. Bukan sahaja dia tahu ramai orang-orang Melayu sangat mengutamakan agama and ada antaranya senang menjadi "defensive", dia terus membuat anggapan bahawa orang-orang Hindu juga menjadi "defensive" mengenai Fatwa yang menyentuh yoga. Dia nak menarung-tarungkan orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam. Sebenarnya, tiada orang Hindu yang tersinggung kerana yoga tidak ada kena-mengena dengan Hindu.

Adakah TDM tidak tahu bahawa yoga tidak ada kaitan yang ketat dengan agama Hindu (orang-orang putih seluruh dunia juga praktis yoga)? TDM bukannya bodoh atau katak dalam tempurung. Dia pandai sangat. Dia hanya nak mempermainkan perasaan orang-orang Melayu.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by citizenmy, November 26, 2008 14:16:01
"Ia sama lah seperti kita kata orang Islam tidak boleh makan babi, ia bukan menghina orang Cina. Dan ia adalah sama bila orang Islam tidak boleh melakukan yoga. Ia bukan kerana mereka menghina orang Hindu.

I agree this part.

One reason I always admire Tun M , is he can quickly straighten out the sensitive issues, rather than allowing it to become a serious cancer. Usually everyone can accept his logic.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Farouk, November 26, 2008 16:53:18
Response to Che Det:

Dear Sir, I have tremendous respect for you and I grew up during your administration. I read books by you and about you and I was tremendously proud to have you for my PM. However, I think you’re not considering the whole picture here. The National Fatwa council did not consider the feelings of these ‘certain people’ when they made the fatwa. Did any conciliatory word come from them, saying we do apologise if we offend you, but this is our sincere view?

No, none whatsoever. We treat ‘certain people’ as if they are not worth anything. And then we ‘regret it’ when they get offended. Well they are people too , sir.


http://www.peru.name/writing/?p=95
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by ylcc, November 26, 2008 18:17:14
Hi tanwi, pse do not misunderstand ... I did not disagree with your opinion (cannot do so as I didn't understand that part) ... I passed my BM 'O' level in 1968, and never practiced it overseas. I am trying to make an effort to read in BM. Other than what I have appreciated what Tun M said, the rest were too 'deep' for me to understand .. maybe better for me to stick to English sites b4 I am called an idiot by someone else! Cheers ....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Shimshon, November 26, 2008 18:57:22

If you guys didn't know, his wife Dr Siti Hasmah Md Ali practices yoga. She mentioned it herself. But I don't think Toon Dog practices it.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Vasily, November 27, 2008 00:32:32
Ada sesape tak nak bet ngan aku, bila mumak tua sial nie nak mampus??...aku bet macha nie akan idup sampai umur 100 tahun, bila nak mampus aje atar IJN, nak mampus ajer antar IJN...potong sana sini, by-pass sana sini...artifical organs sana sini....kira2 taraf "Darth Vader" laa org tua nie...
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM