A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Salehuddin: Tiada cadangan peralihan kuasa Anwar dan Azizah

Salehuddin: Tiada cadangan peralihan kuasa Anwar dan Azizah PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 26 November 2008 08:21

(Bernama) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bercadang mengadakan peralihan kuasa antara penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres nasional tahunannya Sabtu ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim berkata, perkara itu tidak timbul meskipun Dr Wan Azizah telah melepaskan jawatannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar, untuk bertanding.

"Cadangan itu tidak ada sama sekali dalam kongres nasional kita nanti. Kenapa nak tukar pula? Dia (Dr Wan Azizah) adalah orang yang sesuai untuk mengendalikan parti," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini ketika diminta mengulas desas desus kononnya ada cadangan untuk peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin itu pada kongres parti kali ini.

Pemilihan parti akan hanya berlangsung pada tahun 2010.

Sementara itu, Salehuddin berkata secara peribadi beliau bersetuju dengan usul Wanita parti itu yang mahukan manamana Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dengan skandal seks dan rasuah meletak jawatan.

"Pada dasarnya ia baik tetapi perlulah dibuktikan dahulu yang mereka ini bersalah. Tak boleh letak jawatan begitu sahaja," katanya.

Dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak PKR Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi kini menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Ipoh berhubung projek pembangunan di Seri Iskandar yang bernilai RM180 juta.

Selain itu, Anwar juga sedang menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lepas.

Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor pada 29 dan 30 November ini, akan disertai 1,900 perwakilan daripada 180 bahagian di seluruh negara.

Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR akan mengadakan kongres nasional tahunan masing-masing pada 28 November juga di Shah Alam.

Comments (3)Add Comment
...
written by AO Musa, November 26, 2008 12:15:39
To be very frank, I started to get irritated with Anwar as he just talk only but no action! Waited too long to see his promise but all I get is just empty talk.

I propose Anwar should not say anything about forming new government until he is really having the figures in hand! Don’t be like average politician who good in empty promises but when come to implementation, they keep quite and come out with excuses.

I believe many of us sharing the same thoughts but just keep it inside. So Anwar, better do something or soon you also will be sealed as Talk Cock Politician. I believe you are not like that.. So prove it!!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by nanakassim, November 26, 2008 12:22:55
AO Musa, if you had been a thinker, you would have been aware that the country is still under Emergency. Think about that.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by shamsulnizam, November 27, 2008 09:10:23
Guys.. look at Thailand..... You want to be like them???? I dont think so... Better go for next election.... put your vote on the paper.....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM