A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow YA AMPUUN BAGINDA RAZAK

YA AMPUUN BAGINDA RAZAK PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 25 November 2008 12:56

DJ

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Ya ampuun Baginda Razak. Hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ianya dapat dibaca oleh anak cucu cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti maka anak cucu cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.

Ya ampuun! Ya ampuun Baginda Razak, hamba telah mendengar surah dongeng labun lentong tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syiok lagi tawaidok molopong dan terngaga apabila tuan hamba membuka mulut.

Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya di ketahui Allah maka meleleh air mata hamba hingga ke lubang peha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhlok tuhan yang bagitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang Syahdu, seorang Sufi, seorang Dukun dan seorang Bomoh dapat berkelentong seperti tuan hamba.

Cakap tuan hamba at the Press Conference itu adalah benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.

Ya ampuun Baginda Razak, hamba juga turut merasa gundah gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba di beritahu bahawa Puteri Mongol ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi Raja kita.

Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya Permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi dari Permaisuri. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpacar dari kopek layut Permaisuri Raja Muda.

Ya ampuun Baginda Razak, api murka Permaisuri Raja Muda ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap Permaisuri yang akan naik ke atas takhta maka badannya wajib di ukur dan dikira. Telah tersebar ke pelusuk kampong dan kota, telah di ketahui rakyat jelata tentang berita susuk gedempak Permaisuri Raja Muda melebihi saekor anak gajah simpanan Tun Bendahara.

Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap gedempaknya badan Permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia.

Mengikut yang empunya cerita cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balairong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil hitam mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di hadapan berkemudi di buritan.

Ya ampuun Baginda Razak, sahehlah dongeng berita Raja Muda 'makan di luar dan suka makan di dalam'. Makan di depan makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita.

Ya ampuun Baginda Razak, ' makan depan makan belakang' ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil yang hitam dari mulut tuan hamba sendiri. Ya ampuun Baginda Razak, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba ialah untuk memberi tahu saentero negara bahawa what you said at the press conference the other day was pure bullshit.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melapor duduk pekara. Adalah juga tanggung jawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang percaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata.

Ya ampuun Baginda Razak, kesah hikayat Puteri Mongol ini berpanjang hendak hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke penjara. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu saheh duduk pekara.

Ya ampuun Baginda Razak, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Mejapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk pekara.

Mengikut kesah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam, tuan hamba di lantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa di tegur tanpa di saman. Bukanlah rashia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera tuan hamba juga beligar ke kampong beligar ke kota mencari banyak anak-anak dara untuk dijadi gundek-gundek istana.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah kebangaan rakyat jelata melihat punai tuan hamba bercabang tiga. Se jantan jantan anak Melaka tidak ada punai yang bercabang tiga. Malam bergoncang siang berendut. Berselimut salah bergumpal pun salah. Tuan hamba akhirnya bermukah dengan Puteri Mongol gundek kesayangan Raja Muda. Ini bukanlah dongeng rakyat Melaka. Ini surah sumpah si Tamil hitam lagi legam yang punya angkara.

Ya ampuun Baginda Razak, biarlah hamba meneruskan cerita tentang Permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kesah Permaisuri kita yang dahulunya seorang Mak Janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka kangkang mencari mangsa.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongol musnah derita. Telah di ketahuilah rakyat Melaka betapa Permaisuri cemburu tersangat seperti gajah kena penyengat. Telah di ketahui juga rakyat Melaka Raja Muda sering berduka berkongsi katil memelok saekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan anak gajah berambut kontot.

Ya ampuun Baginda Razak, tuan hamba dikatakan amatlah ceredik bergeliga mencari untung membeli bahtera.

Ya ampuun Baginda Razak biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka rakyat tahu duduk pekara. Jangan cuba di bodoh jangan cuba di alpa rakyat sudah faham membaca warta berita. Tidak perlu bergelap tak perlu bersuluh pelita kesah tuan hamba membeli dua bahtera menggunakan duit emas kantung negara telah di ketahui rakyat jelata.

Al-kesah tun empunya cerita Permaisuri telah membadak gegak gempita , lagi marah lagi murka maka di arah Puteri Mongol disula , di seksa untuk menamatkan semua berita. Badan di letup rambut di bakar agar tidak di ketahui janin siapa. Dari atas angin sampailah berita, dari balairong hingga ke rakyat jelata semua ingin bertanya janin ini anak siapa. Anak tuan hamba atau cucu tuan hamba inilah punca murka Permaisuri yang membadak mencela.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita amat saheh lagi nyata tentang Raja Mongolia amat amarah tidak dapat dikata.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita si Tamil hitam lagi legam ditemui sudah. Dia bershaer lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita tentang isteri tuan hamba mendapat duit membeli bahtera.

Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi saheh lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan di sula rakyat Melaka.

Inilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampuun Baginda Razak tidak lah ada apa lagi yang hendah dikata. Hendaknya di ketahuilah oleh anak cucu cicit kita nanti tentang kesah murka seorang Permaisuri yang gemuk gedempol, kesah Puteri Mongol cantik bistari, kesah Raja Muda yang takut bini, kesah gundek bertukar ganti.

Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun temurun:

Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Your Press Conference
Is real poorah.

Comments (27)Add Comment
...
written by michael chick, November 25, 2008 13:01:49
report abuse
disagree 5
agree 141
...
written by ahmadneil, November 25, 2008 13:16:56
I know....I know.He knows that we all know Najis and Roastmah knows Aminah and met her before they C4 her.
report abuse
disagree 2
agree 65
...
written by ahmadneil, November 25, 2008 13:20:14
A liar who does not know the meaning of 'ashame', dares to call a press conference,thinking that we will bullshit his way out to be a innocent man.
report abuse
disagree 1
agree 71
...
written by CitizenBodohland, November 25, 2008 13:22:42
Bravo HR... Bravo!

Hamba sedang berfirasatkan bahawa Raja Muda Tempayan Najis serta Permaisuri Gajah Berkemban akan dipanah petir sebelum mereka sempat menaiki takhta. Sang Kera Jantan Ponorama akan merampas takhta. Lukisan Panglima Michael Chick menjadi bukti bagi semua rakyat jelata.
report abuse
disagree 3
agree 45
...
written by Kyle, November 25, 2008 13:36:07
Sungguh tak hamba sangka, dalam alam siber serba canggih
dapat juga hamba merasa baca sebuah cerita kisah benar bukan
dongeng orang Melaka dalam bahasa berbunga-bunga penuh klasik.

Eeiiyahhh, HR, gua caya sama lu lah.
report abuse
disagree 2
agree 45
...
written by Mee Udang, November 25, 2008 13:36:54
Love that pantun!!! And this my version:

TAM TAM TUN
TIPU TAK TERSUSUN
DAM DUN DAH
KANTOI TAK BERSUDAH
YOUR LOUSY KELENTONG
IS REAL TONG SAMPAH smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 54
...
written by norani63, November 25, 2008 13:49:00
Tuan hamba Hisham...tuan hamba ni kelakar lah..tak kering gusi hamba membaca surah tuan hamba ni...hahahahahaha....
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by carribeanking7, November 25, 2008 13:52:10
Saudara Rais,

Sakit perut aku ketawa........in mesti balas pantun 4 kerat


Pergi ke Mongolia makan mempelam
Perimekar beli kapal selam

Titah Razak Baginda mempelam, mongolia dan kapal selam tiada kaitan.
Perwatakan alim, dialah syaitan



Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 0
agree 45
...
written by miwaki, November 25, 2008 13:52:31
Ya ampuun Baginda Razak,hamba tidak percaya sama sekali "press conference" yang Tuan Hamba adakan baru-baru ini.Hamba percaya Tuan Hamba pasti ada sikit sikit ( actually a lot) kaitan dengan kematian puteri Mongolia yang cantik ini.
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by ahmadneil, November 25, 2008 14:03:30
His daughter Rotweller will have to live with his father's shame.
report abuse
disagree 1
agree 31
...
written by Colomboloner, November 25, 2008 14:07:15
Hoi Hang Tuah! Kemana kau, sudah dua punama kau menyergah. Tak tahan lagi rakyat jelata menanggung susah. Muncul lah kau dengan hululubalang gagah. Jangan biarkan Raja Muda dan Permaisuri mengambil singgah!
report abuse
disagree 0
agree 26
...
written by advocatusdiaboli, November 25, 2008 14:09:10
Michael Chick, is that a picture of General Urko holding the keris?
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by advocatusdiaboli, November 25, 2008 14:10:36
For a Mat Salleh u really know where that monkey belongs in our politics.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by nocrid, November 25, 2008 14:41:35
Oh my goodness...This is so brilliant. Make me miss my SPM days of looking for "isi tersirat" and "isi tersurat" in the Kesusasteraan Melayu and also my days envying my other Chinese friend who scoring A in BM and reading Usman Awang while others go for Nancy Drew and Enid Blyton . Simply magnificent!
report abuse
disagree 1
agree 20
...
written by carribeanking7, November 25, 2008 15:11:05
Razak Baginda's explanation :
She blacmailed me, I did not give in, this made her frustrated so she blew herself up with C4, right after she shot herself twice.
Trust me...I am telling the truth.



Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 0
agree 32
...
written by Siapabohong, November 25, 2008 15:13:54
Ramai lagi diluar sana yang macam dia jugak, malah lebih laknat, seperti yang buat kecoh sehingga heboh satu Melaka dan buat rakyat Melaka nak berperang saudara. Tak cukup laknat jugak yang kerjanya buat asap ala red indian yang sengaja buat heboh asap yang tak sepatutnya ditiupkan tapi dipadam asap yang patut ditiupkan untuk pemerhatian rakyat Melaka. Niat jahat nak lagakan rakyat Melaka berperang saudara maka dapatlah kunju-kunjunya bersemayam terus atas tahta Melaka dan mereka dapat mengaut sebanyak mungkin harta Melaka. Laknat dunia lebih ditakuti dari laknat dalam kubur, Raja Muda bagai disanjung macam tuhan dari takut kepada Pencipta abadi, tapi diheboh satu Melaka dan dunia merekalah pembela kepada amanah dari Pencipta, pantang disentuh, langkah mayat den dulu barang siapa berani mencaci, tapi sendiri yang mencaci dan mengaibkannya tidaklah pula diambil peduli, maka jatuhlah martabat di mata dunia.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by K W Waran, November 25, 2008 15:38:04

KAH KAH KAH!!!!! Ya Ampun Brader Hisham yang Cukup Kelakar(Pinjam sikit Gelak Tuan Hamba).

Al Kisah Cerita Baginda Razak Al-BullShit, Murka Bik Mama yang MenGajah lagi MengGedempol , Raja Muda BerDirty John(Bukan Roti John) dan serta Al Kisah Si Tamil yang Hitam Lagi Legam itu cukup mencuitkan hati sanubari Rakyat seantero pelusuk Bumi Malaysia.

Mungkin Brader Hisham dapat mengkaryakan dengan hati yang Murah Al Babak Kedua dimana Al Kisah Yang Sedih Lagi Menyedihkan dapat ditamatkan dengan Kemurkaan Illahi Yang MahaKuasa yang Tidak Dapat Menjadi Yang Maha Pengampun terhadap mungkee-mungkee yang Look Like Human, Sound Like Human but Not Sure That Those are REALLY HUMAN for what Those DID TO AN INNOCENT MOTHER.

Tentang AL KISAH SI Baginda Al Bullshit, mungkin dia terselamat buat seketika tetapi Undang-Undang Karma akan mengejar dia hingga keOxfort itu dan dia tidak akan terselamat walaupun dia menyorok dibawah Kangkang Bik Mama yang saiz gedempol lagi MenGajahkan itu. Namun, yang sedih, Anak Tunggal Si Baginda Razak, ROWellar itu juga akan jadi mangsa depan dan belakang akibat siBapa bermuka Barua dan sibekas magistret, Isteri si baginda itu yang bermuka kuda itu yang memilih untuk mendiamkan diri sambil makan gelojoh Duit Haram Belian Dua Bahtera tersebut itu. Sekian. Harap maaf sekiranya tersilap kata atau terkasar bahasa.

Tambi Pak Sibuk PPauh.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by manic_annie, November 25, 2008 16:40:21
Absolutely hilarious! Another brilliant one from the master.
This is the beginning of the end. We shall wait for what the Almighty has in store for liars like him. Seantero Melaka akan gegak gempita...Ya ampuun!!!
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by harryo, November 25, 2008 17:14:50
Ooi abang Hisham, you punya bahasa terlalu tinggi dan rumit sehingga baginda ke tak baginda ke tak boleh baca dan fahamlah, abang!
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by MinahManja, November 25, 2008 18:00:55
Wahai Abang Sham, menurut hikayat Razak Baginda, cerita pasal Puteri Mongolia tu hanya cerita dongeng. Kononnya si Raja Muda tu tak ada kena mengena, apa lagi si Permaisuri gempal gedempal. Agaknya, hikayat Razak Baginda tu lah yang cerita dongeng sebenar smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by arazak, November 25, 2008 18:33:36
“Mengikut kata yang empunya surah seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balairong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil hitam mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di hadapan berkemudi di buritan”.
-------------------------------------------------------------------------------

Ish, ish, ish. . ., tidak kusangka Raja Muda kita hebat berkemudi di hadapan berkemudi di buritan. Ketahui lah hamba sekarang kenapa hendaknya Si Kitol Saipol mengadap kebawah duli Raja Muda lima puranama yang lalu. Mungkin agaknya hendak mepelajari ilmu berpencak berkemudi di buritan. . ., ish, ish, ish!

report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by citizenmy, November 25, 2008 18:47:33
2 years ago I hated to read Hishamudin's writing. It was so bad, and at most of the time, I cant even finish reading it.

His current writing style ..mm I like it and always looking forward to read more. It hillarious and hurts those who ate the chili more, compared to direct word bashing.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by apanama, November 25, 2008 20:12:46
Ya ampuun Baginda Razak, biarlah hamba meneruskan cerita tentang Permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kesah Permaisuri kita yang dahulunya seorang Mak Janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka kangkang mencari mangsa.

GAJAH GEDEMPOL, KALAU BUKAK KANGKANG SURE PASTI LONGGAR. RAJA MUDA PUN TAK NAK BE!
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by uxzee, November 25, 2008 20:44:52
Hishamuddin, this is a beautiful piece.

It is good to reinforce to Razak Baginda, Najib & Rosmah that no one believe them.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Vasily, November 26, 2008 02:47:53
Mengikut tuan empunya cherita.....Kalau Bik Mama @ Permaisuri Gajah membukak kangkang...seluruh menteri2 kabinet boleh masuk dalam lepak2 sambil isap2 rokok...punya lah luas...siap ada water cooler lagi kat dalam tuh!!!

Bro Sham..B.E.A.utiful piece !!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by yellowwoman, November 26, 2008 22:08:08
Excellent!!! Excellent!!!
I love the commentors' sequels and penyambung cerita just as much as the maestro Rais' original masterpiece!

(I can actually visualise para menteri sekalian having a smoke by the water cooler, inside the cave! Kah kah kah!)

If only we can all joke in harmony like this all the time!
Syabas, anak-anak bangsa Malaysia!
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by jonath66my, December 02, 2008 00:19:59
By just holding a press conference, not statutory declaration or swearing to God, Razak truth seems more truthful than those who told the truth in similar media conference with one changing the truth within 24 hours, while a big Razak had to swear to God not once but twice to convince God perhaps.
Interesting read as always!!
So in BolehLand, BolehLanders are used to hearing all sorts of 'truths' declared in media conference only to turn out something else later. See 'The Truth Lies in the Blogs?' www.jonathan66-my.********.com
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM