A+ | A- | Reset
Home

Gila sungguh perilaku Dollah PDF Print
Monday, 21 January 2008 19:34

Malahan belum pernah terjadi sebelum ini seorang Perdana Menteri melakukan adegan kucup berkucup, cium mencium di hadapan khalayak ramai, tetapi yang pasti Abdullah Ahmad Badawi boleh melakukannya.

KAMAL AMIR MENULIS

Active Image

BELUM sempat persoalan pita video diledakkan di kawasan Parlimen Kepala Batas seperti yang diperkatakan oleh sebegitu ramai kalangan “bloggers”, tiba-tiba Abdullah Ahmad Badawi sendiri meledakkan nafsu serakahnya di khalayak ramai sebaik sahaja selesai menghebahkan kesediaanya memberi cuti umum sempena sambutan perayaan Thaipusam di Dewan Badminton Cheras, petang semalam.

Sebaik melafazkan ucapannya petang itu Abdullah Ahmad Badawi segera merangkul isterinya untuk dihadiahkan sebuah kucupan mesra, maka berkucup-kucupan dan bercium-ciumanlah sepasang laila dan majnun tua dengan disaksikan oleh beberapa orang pemimpin dari parti MIC.

Active Image

{mosgoogle right} Sehari sebelum itu, laporan saudara Akhiruddin Attan melalui laman webnya “Rocky Bru” turut mendedahkan peristiwa kucup berkucup, cium mencium antara Abdullah Ahmad Badawi dengan seorang wanita di khalayak ramai semasa hadir di satu majlis di Pulau Pinang hingga mengakibatkan seorang Datin segera menghubungi Tingkat empat Putrajaya supaya mempastikan agar media perdana tidak menyiarkan gambar tersebut.

Kalau sebelum ini Abdullah sekadar pimpin tangan, geletek menggeletek, cuit mencuit isteri barunya, janda anak dua yang dikahwini selepas diceraikan oleh adik iparnya sendiri, kini sudah mula adegan cium mencium, kucup berkucup di khayalak ramai.

Esok lusa entah apa pula agaknya yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri yang sudah mulai memperlihatkan gambaran “mental disordernya”. Sungguh tidak masuk akal perlakuan seorang imam mazhab Islam Hadhari boleh mempamerkan gelodak nafsu serakahnya di tengah-tengah khayalak.

Memang Jeanne Danker adalah isteri barunya, walaupun janda beranak dua itu sah di sisi agama untuk digomol, dipeluk, dicium atau di apa-apa saja semuanya boleh, namun budaya Timur yang sekian lama tersemat di sanubari rakyat khususnya penganut agama Islam tidak mungkin boleh menerima perlakuan sedemikian.

Kalau anak muda yang baru menjalani kehidupan berbulan madu berpeluk cium di khalayak turut dilihat tidak sopan, apakah tindakan seorang Perdana Menteri yang juga imam mazhab Islam Hadhari boleh berkelakukan sedemikian.

Tahun lalu Abdullah menggemparkan seluruh rakayat bila jari-jemarinya terlekap di bahu mongel bintang filem hingga menjadi bualan kalangan masyarakat Islam apakah diizinkan bukan maharam bersentuh-sentuhan tanpa ada seurat benangpun dilapikkan di bahu mongel tersebut?

Ramai tidak percaya tindakan “sasau” Abdullah selaku Perdana Menteri melekapkan jari-jemarinya di bahu mongel aktres Michelle Yeoh dengan wajah angkuh ala “firaun” mahu meratah setiap tubuh yang berada di hadapannya.

Hari ini Abdullah Ahmad Badawi melakukan tindakan cukup “tidak siuman” di sudut budaya Melayu berkucup-kucupan, cium mencium atau cumbu mencumbui isteri barunya janda beranak dua yang dikahwini olehnya selepas adik iparnya bernama Osman menceraikan Jeanne.

Persoalan pernikahan Abdullah dengan Jeanne sudah menjadi buah mulut kerana inilah pertama kali dalam masyarakat Melayu seorang abang ipar menikahi isteri adik iparnya sendiri. Selama ini yang ada cuma budaya “bersalin tikar” di mana seorang abang ipar menikahi adik kepada isterinya.

Belum pernah terjadi dalam masyarakat Melayu pernikahan antara janda adik ipar atau biras seorang suami, namun Abdullah Ahmad Badawi melakukannya. Belum pernah juga tersiar gambar jari-jemari seorang perdana Menteri yang menjadikan Islam sebagai agama resmi terlekap di bahu mongel seorang wanita cantik.

Active Image

Malahan belum pernah terjadi sebelum ini seorang Perdana Menteri melakukan adegan kucup berkucup, cium mencium di hadapan khalayak ramai, tetapi yang pasti Abdullah Ahmad Badawi boleh melakukannya.

Menyanggah sopan dan santun budaya bangsa seringkali mengakibatkan seseorang itu dikatakan “gila” atau “sasau”. Malahan lebih jelek lagi jika perlakuan sumbang-mambang dicetuskan di khalayak maka orang ramai segera mengutarakan perkataan “perlakuan tersebut sebagai perbuatan gila babi”. Namun bolehkah rakyat meledakkan kenyataan tersebut kepada seorang Perdana Menteri yang sewajarnya mempertahan dan menjaga nilai santun peradaban Melayu.

Sebelum ini rakyat digambarkan Abdullah Ahmad Badawi bagaikan “maksum” serta terlalu suci jiwa raganya. Bukan sahaja hadirnya dari keluarga alim ulama kerana Allahyarham Datuknya seorang ahli falaq yang dijadikan tempat Tunku Abdul Rahman berunding bagi menentukan tarikh pengisytiharan kemerdekaan.

Di samping itu gelaran “Mr.Clean” yang dilabelkan musim awal diangkat sebagai Perdana Menteri membuatkan seluruh rakyat benar-benar teruja dengannya. Paparan media arus perdana menggambarkan lakonannya mengimamkan sembahyang di masjid dan madrasah turut menambah sahamnya sebagai pemimpin maksum terhindar dari sebarang tingkahlaku jelek.

Saat mengumumkan mazhab barunya Islam Hadhari menjadikan kemuncak kepada “penobatannya” sebagai seorang pemimpin Islam yang diyakini mampu membawa era kepimpinan serba maksum, maha suci serta lebih sempurna dari kesemua empat Perdana Menteri sebelumnya.

Begitu juga saat melafazkan sajak “Mencari Abadi” yang dilontarkan olehnya dengan pernyataan untuk tidak mahu mengumpul harta berjuta berserta iltizam mahu mencari sunnah nabi serta membongkar rahsia Shafie dan Al Ghazali dan tidak mahu hidupnya penuh dengan budaya berfoya-foya.

Namun, seusai pembacaan puisi tersebut terjelma satu persatu pembohongan dari seorang pemimpin yang menjadikan Islam hanya sebagai topeng mencari pengaruhnya apabila pelbagai peristiwa datangnya bertalu-talu menggambarkan cakapnya tidak satu boleh dipakai atau dalam bahasa pasarnya “cakap tak serupa bikin”.

Di sebalik tidak mahu mengumpul harta berjuta, Abdullah menjadikan anak menantunya terus membolot harta kekayaan Negara. (Lihat kenyataan syarikat Scomi milik Kamaluddin dan ECM Libra milik Khairy Jamaluddin). Bukan sekadar itu sahaja Patrick Lim yang menumpang tuah kerana Kamaluddin bernikah dengan sepupunya turut memperolehi sebegitu banyak projek bernilai berbilion ringgit sementara rakyat sekadar melopong.

Untuk tidak mahu hidup berfoya-foya, Abdullah Ahmad Badawi sanggup hadir dalam Pesta Arak musim Monsoon Cup di mana seluruh rakyat Terengganu dapat melihat sebegitu ramai pelayar dari seluruh dunia bertarung disiang hari menongkah ombak monsun, tetapi pada sebelah malamnya ada pesta menogok arak dan Abdullah Ahmad Badawi turut hadir.

Kerana tidak mahu berfoya-foya, Abdullah juga melampiaskan nafsu serakahnya untuk meletakkan jari-jemarinya di atas bahu mongel seorang bintang filem yang membelai mesra perlakuannya. Begitu juga dengan pesta muzik Jazz serta pertunjukan hiburan yang dibawa masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri (Seri Perdana) sedangkan sebelum ini sama ada era Tunku, Tun Razak, Tun Husein Onn mahupun Dr. Mahathir, semua itu tidak pernah terjadi.

Dalam membongkar kitab suci, mencari sunnah nabi dalam ajaran Al Ghazali dan Shafie, rupa-rupanya Abdullah Ahmad Badawi mungkin terjumpa nas-nas tertentu yang membolehkannya bernikah dengan bekas isteri adik iparnya sendiri. Meskipun belum pernah terjadi dalam masyarakat Melayu namun bagi Abdullah semua itu halal baginya.

Beginilah rupa sebenar wajah Mr. Clean yang dianggap maksum sebelum ini, dan ternyata tindakannya menggambarkan celarunya minda Abdullah untuk dilihat “mental disorder” hingga rakyat merasakan mungkin Dolah sudah sasau atau gila…… fikir-fikirkanlah.

Comments (25)Add Comment
...
written by mikefonz, January 21, 2008 20:07:09
Our PM aka Pee Miang. Maybe his religion condons it .. i don't know.
report abuse
disagree 1
agree 11
...
written by Long Man, January 21, 2008 20:08:29
Gila sungguh perilaku Dollah...
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by doggone, January 21, 2008 20:09:39
I wonder if the Islamic faith condone such display of behavior in public.

If that is the preaching of Islam Hadhari, we sure would like to see the verses and its teaching in print.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by Umar Rentaka, January 21, 2008 20:21:51
Dear Friends who knows the Malay culture,

does that mean Bodowi married someone who is related to him as a sister? Is that what abang ipare marrying isteri adik ipar means?
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by educationist, January 21, 2008 20:27:57
As one with a western style education but yet considered conservative, I do not on a personal level find the PM's actions offensive. But as the author pointed out, in light of the Malay cultural background and Islamic values those actions can indeed be questioned. Well and good, hope this will help towards denying BNthat 2/3 majority.
report abuse
disagree 1
agree 18
...
written by armageddon, January 21, 2008 20:37:21
Maybe the PM feels that showing affection to his wife in public may not be such a big deal & may even boost his public image as a loyal & loving hubby. However some muslims may not agree. I have no problems with that although it may look a wee bit pretentious. Nevertheless, I hope he steps down as PM as he lacks the capabilities to carry on. The longer he stays on, the more tax payers money and national wealth will be wasted and plundered, not to mention the economic and social problems that will accumulate. The damage has already be done. It will take a lot of efort to reverse it. I hope he realises that and do us all a big favour.
report abuse
disagree 0
agree 27
...
written by Mama Juwie, January 21, 2008 20:37:38
Remember the Chinese couple who were arrested in KLCC for hugging and kissing, and charged for indecent behaviour in public area? Well, now we know that you can only do it if you are the Great Imam of Umno al-Hadhari.
report abuse
disagree 0
agree 44
...
written by DezMalaysia, January 21, 2008 20:49:56
It's fated that the Islam Hadhari is a FAILURE ! Making the whole situation worse and even extreme. He's his own 'halal' role model...

Maybe Khairy also happened filmed / caught this immoral Bodohwi just like Soi Lek's acts. And maybe Khairy forced his father-in-law to submit and installed him to the Dept. UMNO Youth's post ! Haha... Maybe... Hopefully not... What a laughing stock ! Low Q PM !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by zanie, January 21, 2008 21:18:28
Marrying his brother in law's ex-wife isn't something forbidden in Islam. But marrying her while the brother is still alive and kicking would certainly raised some eyebrows..I agree that the act of kissing and hugging in public is still a taboo in this society of ours. He should have known this and be very very careful to whatever he does.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Thomas47, January 21, 2008 21:40:31
If this had happened in India there will be a public outcry as the incident between an American actor kissing an Indian actress. But this is Malaysia and the person is the PM and the woman is his wife. I don't think he's worried about the publicity that it will caused. I think he is quite aware cameras are zeroing on him from all angles. For the conservatives it's wrong but maybe to the general public it's no big deal.

Yang untung ialah beliau kerana anda secara tidak langsung telah membantu beliau mempromosikan imej kesederhanaan beliau kepada orang ramai.

report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by MalaysianIAm, January 21, 2008 21:50:49
if holding hands in public is not appropriate, i dont know what this is.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Puterimaya, January 21, 2008 22:19:55
just give them a chance be4 he is force to stepdown. Lagipun pengantin baru what!!? aiyer so gelila yuks..yuks
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tompios, January 21, 2008 22:35:14
Jangan cemburulah kawan. Dia mahu kitaorang ikut sifatnya yang sayangkan isteri dikhalayak ramai. Itu namanya gentleman depan isteri. Kalau menteri2 yang lain, tahu hanya main isteri orang lain atau main perempuan simpanan. Islam Hadhari itu lebih asli kepada agamanya Nabi Adam dan Hawa. Suka bermesra-mesraan depan umum ala Amerika. Sadarlah wahai orang Melayu yang belum Hadhari, orang sudah maju di atas Quran Anda pula masih terkial-kial di bawah Quran mu. Siapa kata dalam Quran tidak boleh cium isteri depan umum? Budaya Timur itu bukan budaya Quran.

Astaga! Kalau PM peluk-pelukan dengan isterinya depan umum bukan dosa. Dosa itu kalau Anda berzinah di otak dan kontak fizikal. Kebanyakan orang Melayu betul2 belum merdeka otaknya. Maaf!
report abuse
disagree 6
agree 5
...
written by Puterimaya, January 21, 2008 22:56:54
written by Tompios, January 21, 2008 | 22:35:14

Jangan cemburulah kawan. Dia mahu kitaorang ikut sifatnya yang sayangkan isteri dikhalayak ramai. Itu namanya gentleman depan isteri. Kalau menteri2 yang lain, tahu hanya main isteri orang lain atau main perempuan simpanan. Islam Hadhari itu lebih asli kepada agamanya Nabi Adam dan Hawa. Suka bermesra-mesraan depan umum ala Amerika. Sadarlah wahai orang Melayu yang belum Hadhari, orang sudah maju di atas Quran Anda pula masih terkial-kial di bawah Quran mu. Siapa kata dalam Quran tidak boleh cium isteri depan umum? Budaya Timur itu bukan budaya Quran.

Astaga! Kalau PM peluk-pelukan dengan isterinya depan umum bukan dosa. Dosa itu kalau Anda berzinah di otak dan kontak fizikal. Kebanyakan orang Melayu betul2 belum merdeka otaknya. Maaf!

Puterimaya> I suppose imam besar al hadhari tak sepatutnya meramas bahu wanita yang bukan muhrimnya di khalayak ramai! Seorg PM mestilah bersopan dlm segala hal. Apatah lagi di depan umum.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by united, January 22, 2008 00:33:22
Saya tidak nampak sebarang kesalahan mengenai perilaku PakLah ini (bukan lah saya ni sokong dia !). Tapi Apa salahnya? Kalau ada yang salah, tolong nyatakan nasnya, bukan tohmahan atau mengumpat begini..berdosa tu.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by evilbunny, January 22, 2008 00:42:16
go and visit the monorail/lrt/ktm during peak hours and you will find out what kind of people are the ones doing indecent acts... these are the wolves in sheep disguise... pretending to be holy but turns out to be a demon
report abuse
disagree 0
agree 1
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by zizjaa, January 22, 2008 02:18:22
These LITTLE glitches could easily get blown...a normal wise person should have known while there are simply too many of those that read between the lines. Small incidents tell about the entire inner judgement and wisdom. PEITY is not something no one could inherit but many children a ride on, exploiting. GRANDPA spanks you. YOU GAVE LOVE A BAD NAME..he said!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Tompios, January 22, 2008 03:48:10
Puterimaya> I suppose imam besar al hadhari tak sepatutnya meramas bahu wanita yang bukan muhrimnya di khalayak ramai! Seorg PM mestilah bersopan dlm segala hal. Apatah lagi di depan umum.

Ya benar Puterimaya. Siapa pun tidak sepatutnya meramas bahu wanita yang bukan muhrimnya apalagi kalau di kalangan muhrimnya sekalipun tanpa kerelaan. Menurut saya, promoter Islam Hadhari PM bukan meramas tetapi menyentuh daerah bahu seorang icon Malaysia untuk menunjukkan bahawa dia tidak jijik dengan industry hiburan di negara ini.

Kalau sentuh dan meramas itu perkara berbeza. Sentuhan promotor Islam Hadhari itu merupakan 'healing touch' atau lebih dikenali 'test power'. Whatever! Sentuhan itu penting.
report abuse
disagree 2
agree 1
...
written by Long Man, January 22, 2008 08:36:21
Abdul Wahib: Tua Kutuk... Tak Sadar Diri....
Abdul Wahab Abdul Wahib: NAK MAMPOSSS...
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by Kal El, January 22, 2008 10:46:28
...
written by Tompios, January 21, 2008 | 22:35:14

Jangan cemburulah kawan. Dia mahu kitaorang ikut sifatnya yang sayangkan isteri dikhalayak ramai. Itu namanya gentleman depan isteri. Kalau menteri2 yang lain, tahu hanya main isteri orang lain atau main perempuan simpanan. Islam Hadhari itu lebih asli kepada agamanya Nabi Adam dan Hawa. Suka bermesra-mesraan depan umum ala Amerika. Sadarlah wahai orang Melayu yang belum Hadhari, orang sudah maju di atas Quran Anda pula masih terkial-kial di bawah Quran mu. Siapa kata dalam Quran tidak boleh cium isteri depan umum? Budaya Timur itu bukan budaya Quran.

Astaga! Kalau PM peluk-pelukan dengan isterinya depan umum bukan dosa. Dosa itu kalau Anda berzinah di otak dan kontak fizikal. Kebanyakan orang Melayu betul2 belum merdeka otaknya. Maaf!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
aiseh bro! i think u must b one of those 'perasan western educated' lah or maybe i'm a modern person..no need to follow my ppls values kind of person...u stupid or what?
of course in the Quran u wont find this thing & lots of things u wont find such as Islam Hadhari concepts & principals..
the prophet asked u to hold on the Al-Quran, sunnah & hadiths but here u just hold the Quran only..some more apart from the Al-Quran..u r holding the Islam Hadhari concept & not the sunnahs & hadiths...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Kal El, January 22, 2008 10:51:39
nuff said...like they say...masuk kandang kambing mengembekkkk...masuk reban ayam mestilah berkokok..takkan menaum kot...
if u r a malay..try act like one & respect the values...thats what we are known for...
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Jay Krish, January 22, 2008 11:02:05
Mengarut ah... benda remeh-temeh macam ni pu nak di api-api kan. Grow up lah, this is a social world now, ni macam komen-komen katak bawah tempurung. Dah 2008 dah... bukan 1908!
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Kal El, January 22, 2008 11:50:14
Well i guess what the documentary by National Geography was right in the 'extinction of the world cultures' where all ppl r becoming global & using world culture instead of own ethnic culture...

Jay Krish..i recommend u go back to your roots lah before talking crappy 2008..not much changed in terms of mentality..just clothings & technologies only...fart!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by bayan, January 22, 2008 14:52:07
Imam Besar Islam Hadari boleh buat macam tu cium bini di kalayak ramai . Dia boleh buat fatwa dia buat undang dia boleh padam . Majlis agama Islam tak boleh buat apa apa sebab Imam Besar mereka yang bercium
Apa kata tok mufti tak ada fatwa kah .Oh silap tok mufti mana boleh lawan Imam besar.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM