A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Anwar kecam tindakan polis halang ceramah bantah ISA di MPAJ

Anwar kecam tindakan polis halang ceramah bantah ISA di MPAJ PDF Print
Posted by admin   
Monday, 24 November 2008 13:40

Wan Nordin Wan Yaacob, Harakah

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan polis mengganggu dan menahan beberapa aktivis dalam ceramah perdana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) malam tadi.

Menurut Anwar, ceramah yang dianjurkan PAS itu diganggu polis sebelum ia sempat dimulakan, dengan menggunakan ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis cawangan khas kerana didakwa menganjurkan himpunan tanpa permit.

"Kita buat ceramah membantah akta yang zalim diganggu polis, tetapi jika Umno buat himpunan, polis tidak pernah ganggu, inikah demokrasi?," katanya ketika mengadakan sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Bendahari KeADILan, William Leong; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar seterusnya mempersoal kecenderungan polis yang mutakhir ini kerap menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan aman anjuran Pakatan Rakyat.

Sedangkan pelbagai himpunan yang dianjurkan Umno yang membawa isu perkauman yang dikhuatiri mengundang masalah ketenteraman awam tidak diambil peduli, katanya.

Beliau turut mengecam beberapa pertubuhan dan individu yang menyokong pelaksanaan ISA sebagai akta yang kononnya didakwa mempertahankan orang Melayu.

Walhal, akta tersebutlah yang sebenarnya banyak memenjarakan orang Melayu yang akhirnya memangsakan anak-anak dan keluarga Melayu, kata Anwar.

Dalam kejadian di Padang MPAJ malam tadi, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub dilaporkan cuba berunding bagi membenarkan program ceramah diteruskan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak polis.

Pihak polis hanya membenarkan Mohamad Sabu berucap selama lima minit sebelum meminta orang ramai bersurai dari kawasan tersebut. Beliau sempat membuat pengumuman ceramah kempen untuk himpunan 100 000 mansuhkan ISA seterusnya akan diadakan di Stadium Selayang.

Difahamkan belum pun sampai seminit Mohamad Sabu berucap, beberapa orang anggota polis yang berpakaian biasa cuba menangkap Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

Dilaporkan suasana menjadi lebih kecoh apabila polis menyergah dan menolak orang ramai dengan menggunakan perisai dan kayu. Beberapa orang yang hadir tersungkur apabila polis menarik dan menolak dengan cara yang agak keras.

Menurut laporan kira-kira sembilan oarang ditahan yang di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid. Bagaimanapun kesemua sembilan yang ditahan telah dibebaskan jam 4.30 pagi tadi.

Comments (8)Add Comment
...
written by middlepath, November 24, 2008 13:49:50
Ini memang Polis dan Umno, dan BN, mereka ada masa, tangkap peaceful demostrasi, tetapi, jenayah, rompak, jenayah Altantuyah, semua tak ada masa. This is the nature of Umno, Police, BN, and all the Federal Government, they have time to catch the peaceful demostration, those that do no harm to the public, but they the police, the Umno, the BN have no time for the crime, actual crime, terrorist, the thief, the snatch thief, the murderer, the killer, all the murderer are getting loose, the Altantuyah, no peoblem, let the murderer get away, all the famous killer, or murderer are getting away, this peaceful demo, they send so many FRU to take them...what kind of world is this ?
we all know what to do in the next general election, the BN, Umno only have less than 4 years to go, they are very racist, they are very much the old style, they can not change, they only take care of the cronies, the relative, the son in law, they are the Umno, BN that can not change. they are Corrupt, Arrogant and Greedy CAG bunch...
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by Wahyu, November 24, 2008 13:52:51
Seramai 500 orang dari PEWARIS (NGO kerajaan) yang berhimpun protes pada hari yang sama, tidak adapun seekor yang ditahan polis. Polis practise Double Standard!!
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by carribeanking7, November 24, 2008 13:55:27
Datuk Seri,

Saya sarankan supaya akta pilihanraya dipinda -dimana semua pengundi yahnd mempunyai IQ dibawah tahap 50 tidak dibenarkan mengundi. Ini adalah untuk megelakkan orang bodoh mengundi kembali kerajaan yang bodoh.

Sekian, terima kasih
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by DreamLady, November 24, 2008 13:59:28
My dear PR members and anwar, we have every reason to rejoice. The very action of the police is an indication of the fear you all have created in them.

The fear of being overpowered by PR,

The fear of loosing their power as law-enforcement people when PR take over!!

report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Susanna, November 24, 2008 16:29:57
BN shelf life is expiring soon. So they need to do some aggressive campaigns to stir trouble and give food poisoning to extend the shelf life a little longer. So corrupt of ideas, any which way also can!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Tompios, November 24, 2008 16:45:53
I give you Two words Police Diraja Malaysia! "KURANG AJAR"
report abuse
disagree 0
agree 6
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Ken Liew, November 24, 2008 16:54:11
Kebaikan UMNO tak sama dengan Kebaikan Negara. jika kamu, Polis polis sekalian masih degil dengan duit RM, apakan gunanya, jika RM telah merosot sampai kertas biasa UMNO mengalirkan asset asset negara ke luar negara. tak tau kah? Baik awak fikir untuk anak-anak atau cucu-cucu. Dimanakah kau nak mereka duduk.
report abuse
disagree 0
agree 8

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM