A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kerajaan Perak sediakan RM2 juta bantu mangsa ISA

Kerajaan Perak sediakan RM2 juta bantu mangsa ISA PDF Print E-mail
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:16

(Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi Tabung Khas Kebajikan Rakyat dalam Perbelanjaan Bajet 2009 terhadap kes-kes seperti penderitaan penahanan mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarganya.

Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan demikian dalam pengulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di Ipoh baru-baru ini dan perkara ini dinyatakan oleh Exco Agama, Pendidikan Islam,Wanita dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Mohd.Yusof ketika berucap merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti Pakatan Rakyat di Bandar Baru, Bagan Serai kelmarin.

"Kerajaan Perak menubuhkan tabung khas untuk membantu rakyat ditimpa nasib malang seperti memastikan dapat memberi bantuan tetap terhadap kebajikan anak-anak dan isteri mangsa keluarga tahanan ISA selagi suaminya di dalam tahanan,"kata Mohd. Zainuddin.

Tegasnya, dana itu bertujuan membantu dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak dan saraan isteri mangsa ISA yang keseorangan menanggung bebanan hidup keluarga.

Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan bahawa ISA adalah akta yang zalim di mana mangsa tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Itulah sebabnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf ISA malah berusaha untuk menghapuskan akta tersebut dan setidaknya kem ISA di Taiping itu dinyahkan dari Perak segera,"katanya.

Tegasnya, ISA ditubuhkan di zaman penjajahan British di Tanah Melayu dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk membanteras pengganas komunis.

"Bukannya seperti dilakukan oleh umno-BN sekarang tangkap sesiapa sahaja dengan sesuka hati dan kenakan akta ISA itu dengan menyumbatkan mangsa di dalam Tahanan Kem Kamunting, Taiping tanpa bicara," jelas Zainuddin.

Comments (6)Add Comment
...
written by kent chong, November 21, 2008 11:08:36
SYABAS PAS and PR!
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by johanssm, November 21, 2008 11:08:55
Ini memang patut di buat dari awal. Semua negeri PR mesti buat seperti apa yang di rancang oleh PR Perak.
1- Harap PR juga sedia kan para peguam untuk bela kes-kes ISA . Semua kes ISA mesti masuk court .
2- PR mesti buat lawatan spot check tahanan ISA , sebab lawatan spot check di buat oleh Suhakam memang tak berbaloi.
3- PR mesti dan harus ingatkan para rakyat dan rakyat asing bahawa akta ISA ada lah tidak telus , tidak adil , tidak ikut Constitution negara dan ada lah haram ikut agama islam atau mana - mana agama di dunia.
4- Anti ISA atau mansuhkan ISA mesti dalam manifesto semua parti PR dan harus di pamerkan di semua pejabat negeri PR .

Harap dalam semua acara negeri , kempen anti ISA di masuk bersama dan juga kempen anti rasuah.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Dongra Dude, November 21, 2008 13:58:24
Sybas MB Nazar. You had walk the talk. If possible allow and help the family of ISA detainees reside in Taiping. So that they can see their loved one without much hassle to drive all the way from distant places.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by kkselvam, November 21, 2008 15:50:16
Good job PR goverment!! Keep it up!! Thank you to MB Nizar and their PR MP's.Other PR lead state government should emulate this!
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Democrats, November 21, 2008 17:24:08
MB Nizar, kudos! But make sure the money goes to them accordingly and just sufficient to cover their expenses and cost of living..... PR must be seen to be caring and spendtrift and not extravagant.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by DreamLady, November 23, 2008 23:18:26
Million thanks to Nizar. You are one of the rare species of human race who answer the plight of the families of ISA detainees.

The UMNO goons in Perak were creating big scenes on TV to show how wrong you are to waste the state money helping the families. But you stand firm and go ahead with your decision.

All the rakyat are proud of you and PR. Please keep up with the good work and our prayers are always with you !!

We love you and your courage, WE SALUTE YOU !!!
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM