A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Anwar gempur Terengganu esok!

Anwar gempur Terengganu esok! PDF Print
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:15

(Hrkh) - Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Terengganu pada 22 November 2008 ini (Sabtu) bagi rasmikan majlis penutup Seminar Harapan Baru Malaysia (Seharum) peringkat negeri Terengganu di Qurata Resort, Kuala Ibai, dekat sini.

Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Pejabat Badan Perhubungan KeADILan Negeri Terengganu di Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu.

Setiausaha KeADILan Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata Seminar Seharum itu diadakan secara tertutup khusus bagi para perwakilan KeADILan di seluruh kawasan di negeri ini.

"Kita adakan seminar ini untuk mendapat suntikan semangat baru dari kepimpinan tertinggi parti sebagai persiapan menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

"Kita sedar selama ini KeADILan Terengganu masih kekurangan tenaga dan melalui program ini diharapkan dapat mengumpul kekuatan dan tenaga baru," ujarnya ketika ditemui di Pejabat KeADILan negeri Terengganu, semalam.

Menurutnya, Anwar akan merasmikan pejabat baru Badan Perhubungan KeADILan Terengganu yang akan menjadi induk pergerakan parti itu.

Beliau yang juga bekas calon KeADILan Permaisuri pada PRU ke-12 lalu menyeru agar rakyat di negeri ini berfikiran terbuka serta tidak terlalu fanatik dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat wajar berfikiran merdeka yang berhak mendengar dan melihat perkembangan semua parti secara sihat.

"Kami menyeru semua rakyat di Terengganu berfikiran terbuka dan berjiwa merdeka untuk melihat perkembangan semua parti di Negara ini.

"Rakyat usah terlalu fanatik dengan Umno-BN sahaja yang boleh memerintah dan menolak parti-parti lain," jelasnya.

Katanya, rakyat boleh melihat serta mendengar sendiri ucapan dan pandangan Anwar yang akan berucap pada majlis Ceramah Perdana tersebut.

Menurutnya, dua pemimpin besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali akan menyampaikan amanat kepada rakyat di negeri ini.

Comments (5)Add Comment
...
written by antiilluminati, November 21, 2008 10:27:02
DSAI,
Jangan asyik gempur atau gempaq saja.
Pls from now on act on something concrete.
Do devise good takeover strategy from now onwards. If you cannot think on your own do consult the right saviors. I do hope you know your saviors right?. Let me remind you they are RPK and your wife.
I expect no more careless steps coming from you. No more Saifool, bloodyfool or April fool..okay.
report abuse
disagree 5
agree 39
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by kkselvam, November 21, 2008 15:23:24
Beijing! Otak hang ni penuh dengan Najis UMNO ka? Kalau tak de otak, MT bukan tempat hang lepaskan pendapat sampah lagi kusut ok? Nak comment macam mana kritikal pun mestilah pakai fakta atau pun dengan moderation.Pi berambus la!
report abuse
disagree 3
agree 11
...
written by ckone, November 21, 2008 15:48:04
Its time for Pakatan to do some work and not just rhetoric. Show to us that you can lead the states with efficiency, meritocracy-based, prudent spending and above board. Penang is heading the right direction and to a certain extend Selangor (shown by the PKNS fiasco) but we hope to see more and also from other states too. If good work are done at those states, the next GE would be a fatal tsunami/gempur to BN.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by raven1958, November 22, 2008 02:09:22
Kedah looks real screwed up just as Kelantan is.....The PR must ponder....are you chaps in the right direction....do you know how to goven your local towns or councils or know how to be budak kecil in parliment only....and importantly...you may want to think of another leader to lead you instead of Anwar.......both Anwar and daughter are taking it far too easy....the Bangsar constituency is one of the most important urban post....killing Sharizat there means ...also killing off UMNO.....it's time they stood up and be more active....
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM