A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Media pro Umno-BN tabur fitnah,kelirukan rakyat

Media pro Umno-BN tabur fitnah,kelirukan rakyat PDF Print
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:14

(Hrkh) - Pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno/BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.

Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno/BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.

Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.

Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.

Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.

"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno/BN.

Pada majlis itu, hampir semua ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir bersama beberapa pemimpin PAS, KeADILan dan DAP.

Comments (3)Add Comment
...
written by johanssm, November 21, 2008 11:20:04
Ini memang biasa dan sudah lama berlaku.
Tapi rakyat bukan semuanya ngook macam gook dan bodoh macam dulu.
Makin ramai rakyat yang baca dan minta berita bukan dari regime umno.
Sembang di kedai kopi ada ramai yang bincang berita yang datang dari Malaysia Today dan MalaysiaKini dan bukan nya dari utusan meloya atau mana mana berita regime umno lagi.
Yang baca internet dan yang fasih bahasa English banyak yang beritahu rakan kedai kopi tentang berita RPK juga.
Yang harus kita bimbang ialah rakyat kita yamg dari Sabah dan Sarawak. Ada kah Sabah dan Sarawak dapat berita yang tidak berat sebelah.
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by macaufan, November 21, 2008 13:16:14
kalau propaganda oleh corrupted regime racist umno's MSM is sucessful then Teresa will not b walking free !
it's crytal clear that regime's MSM were totally failed bcos rakyat will not terima their lies bulat bulat !
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by kkselvam, November 21, 2008 15:11:18
Kami Rakyat mahukan kerajaan PR yang bakal ditubuhkan menutup TV3 dan Utusan Malaysia dan panggil orang yang kerja kat sana pi menoreh getah, tanam padi ke atau jual badan kat Chow Kit lagi bagui!
Orang yang sebar fitnah dan penipuan harus didenda seberat-beratnya! UMNO goons are brainless creatures!!
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM