A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Altantuya: Pelik, bagaimana Razak tahu?

Altantuya: Pelik, bagaimana Razak tahu? PDF Print E-mail
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:13

(Hrkh) - Kalangan aktivis rakyat melahirkan rasa pelik dengan kenyataan bekas tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Abdul Razak Baginda yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor memang tidak terbabit dengan kes tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin semasa dihubungi berkata beliau hairan bagaimana Razak boleh mengetahui bahawa Najib dan Rosmah tidak terbabit.

"Macama mana Razak yakin Rosmah dan Najib tidak terbabit dalam kes Altantuya, maknanya dia (Razak) tengok atau tahu bila Altantuya dibunuh.

"Saya menggesa kertas siasatan kes ini dibuka semula kerana timbul keraguan dalam kenyataan Razak yang terbaru," ujar Badrul Hisham.

Beliau juga menggesa agar polis menyiasat isi kandungan SMS Najib yang sebelum ini mencetus kontroversi selepas penyiasat P.Balasubramaniam membuat kenyataan bersumpah berhubung dakwaan tersebut.

Ujarnya lagi, rakyat tidak sanggup melihat permainan tertinggi dalam kes ini yang akhirnya memangsakan mereka yang bukan dikalangan 'high profile'.

Malah kata beliau lagi, wujud kebimbangan di kalangan rakyat akan imej Najib yang terpalit dengan dakwaan-dakwaan seperti ini yang akhirnya akan memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap bakal Perdana Menteri itu.

"Kalau dahulu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pun dengan jolokan 'Mr Clean' akhirnya kini terbukti tidak 'clean', inikan pula mereka yang baru nak naik tetapi dibayangi dengan pelbagai dakwaan skandal," ujarnya.

Jika benar Najib tidak bersalah, beliau harus melalui proses membersihkan imej melalui siasatan terbuka, cadang Badrul Hisham.

Razak kata Najib dan Rosmah tidak terbabit

Terdahulu, Razak yang juga bekas Penganalisa Politik membuat dakwaan Najib tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia.

Malah, katanya, Najib dan Rosmah tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, yang dituduh membunuh Altantuya, diperintah membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Bercakap dalam sidang akhbar penuh sesak, Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua.

Malah, katanya, mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh 'kerana sebenarnya tidak ada bukti".

Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan "keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.

"Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran," katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Comments (21)Add Comment
...
written by Dualties, November 21, 2008 10:33:49
Abdul Razak Baginda:
Please be informed your declaration cannot and will convince the Rakyat of Malaysia, you do not have the creditilbility being aborted murderer.
report abuse
disagree 0
agree 41
...
written by Ken Liew, November 21, 2008 10:40:23
tak-payah kita fikir banyak-banyak hanya ini perkataan yang keluar daripada penjernayah, tidak boleh dipercahayai!!!

soalan kedua, siapakah pembunuh sebenar atau siapakan yang teruntung dalam kes C4 ini??
report abuse
disagree 1
agree 26
...
written by SamSan, November 21, 2008 11:03:10
After hearing Razak Baginda's testimony I believe he is innocent just as I believe VK Lingam is innocent. I don't believe that there has been any tampering of official Migration records by the powers to be in Altantuyas and her relatives visits to Malaysia. I don't believe the judgement made by the Judicial Commission that seriously discredited VK Lingam, Che Det and the rest of eminent persons to have done judge fixing, etc. I also believe Che Det's statement that Anwar punched himself to pulp and again discredit the Federal Court judgment that implicated the former IGP for the crime. I believe in Malaysia Boleh. I believe Najib's statement that Malaysia is thorougly insulated from the Global Financial Crisis given Najib's immaculate financial wizardry in handling Malaysia's Finacial affairs, among others. Malaysia Gilang Gemilang.
report abuse
disagree 4
agree 24
...
written by mamak, November 21, 2008 11:06:00
Rojak baginda. Tell us the truth man. Tell us what you know man. Don't be a joker.
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by ohuat, November 21, 2008 11:07:28
Common sense will tell us that 2 completely non-related special force personnels, if without a directive from a very powerful person from top, dare to commit murder ? Don't think we are stupid la.
report abuse
disagree 7
agree 29
...
written by kent chong, November 21, 2008 11:07:48
Hey,i thought it's court case still pending, how come Razak you can conclude it? It's an offence ! Secondly, should ask IGP Musang to answer why his 2 dogs doin that?

*Let see how they answer it. It's really look bad to Malaysian! you go oversean people look down Malaysian nowaday like what we look at Myanmar.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by beijing, November 21, 2008 11:08:38
Blind justice of Malaysia
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by mamak, November 21, 2008 11:11:34
Rojak baginda, I do not trust you, I trust RPK.
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by rizzku, November 21, 2008 11:17:45
The theory is ...

RAZAK to Razak : Now I have help you out, you will definitely help to deny my involvement, otherwise another BALA will happen.

Wife and daughter didn't agree with the pact. Thus, delay of first press conference and their absence during the second conference.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by Vincent, November 21, 2008 12:16:20
Malaysia Buleh !!! Another winning wayang kulit from Bn.
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Colomboloner, November 21, 2008 12:37:11
Our beloved PM! Now we have Mr. "Clean". Next we have Mr. "Dirty"
"Menurutnya, mereka (Razak & Najib) sering bertukar "buku" dan berbincang mengenai apa yang mereka baca".
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by miwaki, November 21, 2008 12:57:29
Bapa ku cakap,orang yang nak mati akan cakap benar.Razak Baginda dah di bebas,apa guna dia tuduh Najib ada kaitan dengan Altantuya ? Jika Razak dihukum mati,apa yang yang dia cakap baru-lah boleh dipercayai.

Sekarang,kita tengok saja-lah sendiwara Razak dan dia punya kawan,si jahanam tu.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Alice, November 21, 2008 13:38:20
The trouble with these fellows - razak baginda, najib and rosmah - is that they think that MALAYSIANS are STUPID..and will buy this kind of pathetic story.

Actually their STUPIDITY IS TOTALLY UNBELIEVABLE.
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Fuminari, November 21, 2008 14:07:39
his facial expression thro' the entire course of press conferrence n the show of him n his lawyers keep on biting each other ears tell it all!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Rundukon, November 21, 2008 14:13:05
Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib. Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Isnt this all bullshit? A military adviser didnt have formal relationship with Najib (then Defence minister)? Razak is truly a liar! A womeniser, penzina!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by shamadz72, November 21, 2008 14:33:17
Next he will swear in a mosque that Mama Ros is still a virgin
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Malay Ultraman, November 21, 2008 16:06:39
Penzina Razak bukan saja menukar buku nota dgn kawan karibnya si Najis, bahkan bertukaR BETINA .... BEGITU AKRAB SEKALI.. HA HA HA
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by Malay Ultraman, November 21, 2008 16:09:15
VERY a very stupig reason, he still thinks he is innocent... Syariah Court patut tahan dan dapatkan ujian DNA untuk anak Altantuya dan Razak baginda.

Kalau jahat macam tu. pandai masuk harvard ka, oxford tak guna... the best suitable place he should study is HELL!!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by scorpion, November 21, 2008 17:56:35
Itu bukan fitnah, semuanya hakikat.

Opssss, saya sumpah bukan saya yang taip kenyataan diatas.

Malaysia Boleh, Bolehland
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, November 21, 2008 18:11:15
Razak kata Najis dan Rosmah tak terlibat. Takpe lah, nanti akan tau juga bila dua orang lagi ni masih kat mahkamah. Mereka bukan Imam Samudera dan Amrozi. Takkan dia orang nak mati katak. Mereka berdua ni tetap takut untuk mati. Nanti akan tau lah kita semua siapa yang merancang sebenarnya pembunuhan ni.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Bloodhound, November 21, 2008 19:22:03
Nobody, nobody could ever know if anyone is involved in the case or not.

The only person who could confirm for certain that anyone else was not involved would be the person who was actually at the scene at the time the murder was committed.

If you are not at the scene of the murder at the time of the murder, how can you confirm anything regarding the murder?

If you were at the scene of the murder, then, you would definitely know for sure and you would be involved either directly or indirectly - and withholding pertinent information regarding a crime committed is a criminal offence.

Now please repeat what you had just said to the public about the case!
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM