A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Letters/Surat arrow Usul Ketua Pembangkang berkenaan Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing

Usul Ketua Pembangkang berkenaan Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing PDF Print E-mail
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:11

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih  FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami  penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang  laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih  Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion."

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan.

PEJABAT KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

Comments (2)Add Comment
...
written by Ken Liew, November 21, 2008 10:35:55
Jika, seorang ahli kerajaan boleh membawa duit keluar dari negara dan beralasan, saya tak tahu Bahasa English.... jadi, berapakah kali orang itu dapan mengeluarkan duit??

sila tanya orang yang berkuasa, berapakah duit yang mereka ada, di luar negara??? Jika berkerja di luar negara, tak cintai negara, namun urang berkuasa tu, mengalirkan duit keluar dati negara, Bagaimana??
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by batsman, November 21, 2008 10:54:38
add a few millions for shopping spree in the US to the deficit.
report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM