A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow Melayu berkrisis dan dalam delima!

Melayu berkrisis dan dalam delima! PDF Print
Posted by admin   
Friday, 21 November 2008 10:08

Image

Maksud krisis atau delima di sini ialah krisis keyakinan kepada kekuatan orang Melayu dan krisis itu kemudian meletakkan Melayu dalam delima – dalam serba salah dan berkucah sesama sendiri sehinggakan hulang punca untuk mengatasinya.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

JIKA dilontarkan pertanyaan apakah orang Melayu kini dalam krisis atau dalam delima, yang mana satu betul dan tepat dengan situasi dan kondisi orang Melayu kini? Ataupun kedua-dua sekali - berkrisis dan dalam delima! Persoalan itu sebenarnya kuat berlegar dalam lingkiran minda orang Melayu mutakhir ini.

Hari ini perbicaraan mengenai masa depan Melayu, mengenai nasib Melayu dan kedudukan Melayu terancam dan berpecah belah sering diperkatakan. Ia sudah menjadi menu utama perbualan harian orang Melayu baik dalam majlis ilmuan atau secara santai dan rileks di mana-mana saja.

Melihat betapa isu perpecahan Melayu ini menjadi topik utama, ia seolah-olah masalah masalah sosial, ekonomi, pendidikan dan hambatan-hambatan lain yang mengekang orang Melayu sejak lama dulu tidak penting lagi. Walhal segala permasalahan sampingan itulah yang mewujudkan masalah utama kepada orang Melayu.

Manakala parti politik paling kerap memperkatakan dan membangkitkan soal ini ialah parti Umno. Seolah berhubung nasib orang Melayu ia tanggungjawab peribadi tergalas di belakang Umno saja. Parti-parti lain bersikap menyerahkan kepada Umno untuk menyelesaikannya!

Barangkali ada baiknya tindakan Umno itu. Dan Umno pula jadi begitu bimbang dengan keadaan itu adalah bertolak daripada keputusan pilihan raya umum lalu yang telah memberi kesan politik yang teruk kepada parti itu. Umno jadi sedar diri dan menyalahkan kepada orang Melayu. Mungkin kalau Umno tidak kalah, masalah Melayu ini tidak timbul! Ini jelas kerana bila di masa aman Umno jadi lupa langsung untuk memikirkan soal Melayu dan lebih obses kepada dunia global, bercakap fasal liberalisasi dan sebagainya!

Kalau begitu elok juga dengan keadaan itu menyebabkan parti yang tegar memperjuangkan Melayu itu bingkas dari lena lantas menimbul dan menyebut perkara itu! Ada benar juga sindiran oposisi, Umno menjadi mabuk memperkatakan soal perpaduan Melayu apabila parti itu dalam keadaan tertekan. Konotasi kata-kata oposisi itu, pembicaraan mengenai nasib Melayu itu tidak tulus dan bermotif politik sepihak.

Kembali kepada perbicaraan asal apakah Melayu bermasalah! Dan apakah kerana bermasalah itu orang Melayu sedang berkrisis dan berada dalam delima? Maksud krisis atau delima di sini ialah krisis keyakinan kepada kekuatan orang Melayu dan krisis itu kemudian meletakkan Melayu dalam delima – dalam serba salah dan berkucah sesama sendiri sehinggakan hulang punca untuk mengatasinya.

Mengapa dikatakan begitu? Kerana jika dilihat kepada peralatan atau benteng, orang Melayu mempunyai peralatan jauh lebih baik daripada kaum lain untuk mempertahankan dirinya. Dengan peralatan itu sebenarnya orang Melayu tidak perlu risau lagi. Sekurang-kurangnya ada dua faktor yang boleh orang Melayu jadikan senjata atau mekanisme bagi mengukuhkan kedudukannya atau untuk tidak merasa walang mengenai masa depannya.

Pertama ialah sejarah dan kedua perlembagaan atau kuasa politik.

Hal ini diungkitkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga seorang tokoh nasionalis yang terkemuka dalam Umno. Ketika menyampaikan ucaptama pada satu persidangan mengenai oang Melayu di Kuala Lumpur minggu lepas Rais menarik perhatian agar orang Melayu memperhatikan kepada kedua factor ini bagi mengukuhkan Melayu.

Ujar Rais, sejarah menjadi faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays).

Apa yang ingin ditegaskan Rais ialah bahawa keabsahan tanah air ini adalah Melayu sebagai tuannya yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sisi sejarah.

Memang dari perspektif sejarah tidak dapat siapa mempertikaikan mengenai kedudukan itu. Banyak fakta dan kajian ilmiah atau dokumen klasik baik bersifat akademik dan kreatif menjelaskan bahawa orang Melayulah yang mula-mulai mendiami Semenanjung Tanah Melayu ini.

Justeru jika fakta sejarah boleh dijadikan asas dan kekuatan kepada orang Melayu, orang Melayu tidak perlu bimbang, dan mana-mana pihak tidak wajar cuba mempersoalkan lagi hakikat ini. Bagaimanapun yang menjadi persoalannya sejauh manakah fakta itu diguna pakai?

Memang sejarah dan susurgalur itulah yang dijadikan modal dan bukti mempertahankan kedudukan Melayu. Ironisnya sejarah yang digunapakai itu pula ditulis oleh bangsa lain. Bermakna kita mempertahankan kekuatan kita dengan senjata yang ada kepada kita tetapi senjata itu diperbuat oleh orang lain. Mungkin keadaan ini menjadikan ada pihak yang berani mempertikaikan status quo orang Melayu menurut sejarah dan helaian dokumen berbagai itu.

Selain faktor sejarah menurut Rais Yatim kedudukan Melayu itu diperkemaskan oleh undang-undang atau perlembagaan yang dibuat menerusi kuasa politik. Perlembagaan cukup banyak memberi kekuatan dan ruang kepada Melayu untuk merasakan mereka kuat dan terpelihara!

Beliau lantas menghuraikan terdapat sekurang-kurang enam Perkara mutlak disebut dalam perlembagaan yang kesemuanya memberi ruang dan jaminan pembelaan kepada Melayu. Perkara-perkara itu ialah; Perkara 38 (majlis raja-raja), Perkara 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen),  Perkara 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja),  Perkara 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri),  Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan) 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera)  181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu).

Jelas sekali jaminan menersui perlembagaan itu memberi benteng bagi orang Melayu mempertahankan kedudukan dan keberadaan mereka dalam tanahair ini. Seharusnya orang Melayu tidak merasa bimbang dan ragu lagi mengenai masa depan mereka. Tetapi kenapa dua faktor itu masih tidak boleh memberi keyakinan kepada orang Melayu daripada tidak membimbangi nasib mereka?

Keadaan inilah yang saya mengandaikan Melayu berkrisis dan berdelima. Ketidakyakinan kepada diri. Dalam konteks ini delima dalam menentukan arah dan menggunakan kekuatan bagi mengukuh diri sendiri. Melayu tidak berani menggunakan seoptima hak-haknya untuk membela dan melindungi diri sendiri. Dalam bahasa yang mudah orang Melayu sudah ada payung tetapi malu untuk membuka payung walaupun hari sudah hujan.

Malu ini ada berbagai sebab. Antara kerana malu takut ianya dikata oleh kawan lain yang tidak mempunyai payung. Takut diejek sebagai orang yang takutkan hujan walaupun kegunaan payung itu fitrahnya untuk melindungi hujan dan panas. Malu takut kita menggunakan kemudahan itu untuk diri sendiri. Keadaan atau pemikiran sebeginilah yang melemah dan merugikan Melayu.

Maksudnya orang Melayu bukan tidak tahu kepada kuasa itu. Tetapi mereka tidak mahu menggunakannya. Keengganan ini disebabkan orang Melayu tebal dengan sikap tolak ansur, berbudi bahasa, menghormati kawan yang mana sifat ini sudah menjadi satu sifat negatif dalam dunia orang banyak kurang ajar kini.

Selain itu orang Melayu kini sudah meninggalkan adat dan budaya berpakat, berat sama dipikul ringan sama dijinjit, hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Orang Melayu kini hidup secara berkelompok dan berfikir secara nafsu nasfi.

Misalnya semua orang Melayu baik yang mendiami organ siasah Pas atau Umno menyedari betapa perlunya kepada kekuatan politik. Tetapi kerana masing-masing lebih melihat kepada kepentingan kelompok menyebakan mereka tidak membina kekuatan. Kedua pihak lebih mempercayai kepda pihak lain – bukan Melayu untuk membantu mereka. Ideologi yang menjadi anutan parti telah mengasingkan sesama sendiri.

Bagi Umno mereka tidak berani untuk berbaik dan bersedia melayan rakan mereka bukan Melayu kerana bimbang takut kehilangan kuasa. Mereka bersedia berbalah sesama Melayu walaupun tindakan itu menyebabkan bukan Melayu bertepok tangan. Demikian juga dengan Pas, mereka takut untuk berbaik dengan Umno kerana untuk meraih simpati bukan Melayu dengan harapan mereka akan berjaya mengambil alih kekuasaan politik. Walhal dalam masa sama bukan Melayu mempermainkan kedua entiti berkenaan secara tersirat dan tersurat.

Keadaan inilah yang meletakkan Melayu dalam keadaan delima dan krisis yang mana akhirnya nanti merugikan semua orang bernama orang Melayu.

Justeru, untuk keluar dari kemelut ini ia bukan sesuatu yang mustahil. Orang Melayu mulai hari ini harus buang bahawa faktor sejarah dan perlembagaan tadi mampu mempertahankan mereka. Sebaliknya mereka harus bingkas dan sedar bahawa yang boleh mempertahankan mereka ialah persatuan (ukhwah) dan kuasa politik. Sejarah dan perlembagaan tidak lebih dari sebuah nostalgia yang berpaksikan kepada kebenaran saja.

Dari itu yang penting orang Melayu kena ada senjata atau ikatan berterusan untuk menguatkan kedudukan di samping bersedia menggunakan kuasa yang ada dalam perlembagaan dengan sepenuhnya tanpa bertolak ansur kepada apa-apa elemen lain. Melayu kena meletakkan keutamaan kepada diri sendiri daripada kepentingan lain.

Orang Melayu juga kena ubah semula persepsi pemikiran mereka daripada melihat kepada nasib orang lain kepada melihat nasib sendiri. Orang Melayu tidak boleh menjadi tukang tilik nasib yang arif mengenai lakaran di telapak tangan orang lain tetapi jahil mengenai makna dan erti urat tangan di telapak tangan sendiri.

Saranan yang dikemukakan oleh Rais, supaya Melayu – Bumiputera kena mempunyai kuasa yang besar adalah satu cadangan yang sangat pratikal dan boleh memberi kesan segera. Untuk mencapai ini kedua parti orng Melayu Umno dan Pas harus bergabung. Sudah pasti kalau Melayu dan Bumiputera ada kuasa politik yang besar ia akan digeruni oleh pihak yang cuba meruntuhkan kekuasan dan keagungan Melayu.

Comments (13)Add Comment
...
written by batsman, November 21, 2008 10:49:08
There is an important question to consider - whether to use force or to gain real respect. but although this is an important question it is often not an option. If you cannot gain real respect, you have to use force. Is this what has become of Malays?
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by beijing, November 21, 2008 11:13:40
Ini salah siapa? Hari hari mau ketuana Melayu.. yang jadi mangsa pula iala bangsa bangsa lain.. smilies/cry.gif
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by alpha100, November 21, 2008 11:40:19
I wonder what crisis Malay really having? They over reacting due to political ploy to win votes! I really pity them! They have everything and every advantage but made to feel they have nothing and develop inferiority complex with potential aggressive reaction.
My apology for this statement!
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by qwerty, November 21, 2008 11:46:15
Sdr. Sayuti,

Kecewa sungguh rasa di lubuk hati bila membaca rencana sdr...

Siapakah yang nak runtuhkan kekuasaan dan keagungnan Melayu? Jikalau benar anggapan sdr, tak payah orang lain nak berbuat demikian, orang Melayu sendiri akan memastikan kehancuran darjat dan martabat kaum sendiri!

Pernahkah terlintas pada pandangan sdr bahawa payung yang digunakan untuk berselindung dari bahang matahari telah melemahkan kaum sendiri? Seperti juga benih yang ditanam ditempat yang teduh akan tumbuh panjang longlai berbanding pada benih yang membesar diterik sinar matahari!

Mentaliti perkauman sdr Sayuti yang begitu pekat kelat, adalah antara batu halangan terbesar pada kemajuan negara dan bangsa MALAYSIA!

"Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power."
Abraham Lincoln (1809 ~ 1865)
report abuse
disagree 3
agree 20
...
written by antiilluminati, November 21, 2008 11:47:41
Because of UMNO's greed, the world now perceives the Malay race as suffering from "inferiority complex symdrome".
Worst still "Islam" the pure religion has been hijacked to their advantage.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by tanwi, November 21, 2008 12:53:02
Few points below:

"Apa yang ingin ditegaskan Rais ialah bahawa keabsahan tanah air ini adalah Melayu sebagai tuannya yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sisi sejarah."


err who is challenging this in the first place. Does it really matter to even debate this? Does anyone really care? Simplistically, what matters is where the nation is going under one flag from an economical and social perspective.

"Selain faktor sejarah menurut Rais Yatim kedudukan Melayu itu diperkemaskan oleh undang-undang atau perlembagaan yang dibuat menerusi kuasa politik. Perlembagaan cukup banyak memberi kekuatan dan ruang kepada Melayu untuk merasakan mereka kuat dan terpelihara!"

Yes this was a policy (NEP) made by BN. It is stupid and looking at the wrong perspective. The rich Malays does not need help. The Malays that need help are those from the outskirts who are usually the hard core poor. These Malays generally need financial and education assistance. Education does not mean educational loans or guaranteeing them a place in school, but a system which properly educates a Malay in high school/secondary school. Being in a government school, most Malays are marginalised by the teachers for being slow and bodoh. Please note that the majority of teachers themselves are Malay! They do not take the initiative to spend extra time to tutor these Malays to bring them up to speed. Easily 40-60% of this Malays will not prolong their education either because they cannot pass the SRP/SPM or they just quit due to frustration. The policies to help Malays must focus on the basics and not look to far ahead on Malay ratio in a company, discounts for house loans etc. Dont forget also, one need not even bother creating a policy to favor the Malays because if the Govt and policies are good, most of the Malays will be assisted naturally because the Malays are the majority of the country ie if govt housing grants ratio is on the racial composition of Malaysia, the Malays would already have the added advantage. Dont create stupid anti competitive policies and marginalising the other races as mentioned earlier which only makes Malaysia a laughing stock.

report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by Dongra Dude, November 21, 2008 13:46:38
Our neibouring Country 1997 after dethroning the powerfull president, had a blind clergy as their leader and President. With newly possessed power of their Race and Religion, they chased out the other ethnic Community who were for generation generated their country's Economy and wealth. What happened later? The strong and power orientated race suffered economically. They came to Malaysia in thousands and even to extend of a Million or so, just to share the wealth of this (our) country which has been generated by multiracial ethnic. Now the said nation once boasted of Powerful racially and religiously realised their mistake. Now with their new leader has the vision of importance of Multicultral and Multiracial collaboration in Nation Building and generating success in Economically. I hope the statement of Unlearned Nurd, the son Orphan a disgrace to this country especially by a Minister of Foreighn Affairs! Ptui!!! smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Aizad 234, November 25, 2008 02:07:06
Silap UMNO.. UMNO sentiasa anggap mereka akan sentiasa menang pada setiap Pilihanraya Umum dan sentiasa akan mendapat majoriti penuh bagi menentukan dasar negara. Tapi mereka silap kerana mereka tidak mempunyai pelan 'lapik' jika bangsa lain tidak menyokong parti komponen BN. Bila dah tersadung jatuh, baru menggelabah.Rakyat sudah cerdik.Terima Kasih pada strymex.jadi sekarang ni,main isu kaum pula. Kan patut UMNO ambil hati bangsa lain.Bukan duk main sentimen 'Melayu' sana sini. Sampai bila kita nk jadi 'racist'?.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by borneoman, November 25, 2008 12:25:55
3juta orang melayu kini terperangkap dalam impian ketuanan kerana termakan tahi umno.bertaubatlah sebelum penyakit umno itu menjadi darah daging kamu.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by born2reign, November 25, 2008 23:53:53
Soon orang Melayu dengan darah ketuanan boleh kerja di Thailand sebagai domestic maid.
Soon graduates from ketuanan Melayu universities can be taxi-drivers in Vietnam and Indonesia, coz our degrees not recognised by developed countries anymore and can't even speak English.
Soon even the Melayus themselves will throw away their ketuanan titles, because they realise the Real Tuans are those who hire them and pay them a salary.
Because Melayus have ketuanan that makes their generations unskilled and poorer while
the non-Melayus have KEPIMPINAN coz they were groomed to overcome challenges in life.

Frankly, seriously, to all the Malays, the non-Malays are really having the last laugh at this ketuanan myth. You and I both know which race has no savings, no skills, debt-ridden,and will have a hard time with the current economic situation. All the bumiputera houses have no resale value, therefore they are considered JUNK ASSETS. At least non-bumi properties have resale value.

BOY! The ketuanan is such a curse to you Malays!
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Vasily, November 27, 2008 01:04:38
Melayu berkrisis dan dalam delima!

Dulu masa aku skolah rendah, kelas-kelas di bahagikan ikut nama2 buah-buahan tempatan, ada kelas ciku, manggis, langsat, rambutan...kelas paling pandai ialah kelas "DELIMA"...masa darjah satu aku masuk Kelas 1 ciku pasal cikgu2 ingat aku bodoh, biasalah anak orang kampung, bukan anak Datuk Datin.Tapi malangnya, pasal rajin sikit baca buku, start darjah dua aku masuk kelas "2 Delima"...3,4,5 Delima...sampailah aku darjah 6...abislah kehidupan aku dalam "kelas Delima" nie...tak'de krisis pun?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by mountainking, December 03, 2008 18:01:20
uncle...you are losing your mind.

are you giving up for a better Malaysia? or you are crawling back to your shell like most malays being conned and felt the pressure to raise the glorious days of the Malays?

uncle, we are malaysians. why do you still wanna talk about malay unity? does that mean the rest should talk about non-malays unity?

enough lah, uncle.
report abuse
disagree 1
agree 3
...
written by borneoman, December 04, 2008 20:47:41
enjoy and savour your malayu malaya crisis because we,the natives of sarawak need peace and quiet.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM