A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Bayi maut tersedak susu

Bayi maut tersedak susu PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 20 November 2008 21:46
Hayati Ibrahim

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

PUTRAJAYA: "Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya," luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.

Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja.

Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ.

Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital.

Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.


Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.

Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.

"Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan.

"Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.

Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.

Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.

"Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit," katanya.

Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.

Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain," katanya.

Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.

"Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya," katanya.

Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Comments (7)Add Comment
...
written by san amin, November 20, 2008 22:04:19
May God bless u.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Gargamel, November 20, 2008 22:56:23
We need to pass a law that all babysitters should be competent in CPR.
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by raven1958, November 20, 2008 23:25:32
What...and let our dungus at the KKM put up another idiotic act for nursery maids..half of whom are Indons....the first thing these nursery people need to do is GO TO SCHOOL.....and make certain they have a bit of common sense. And of course going by the standards of our useless school standards.....accidents dont happen at nurseries alone....they happen more frequently at hospitals manned currently by dangerous NEP products.....Nurseries need only training......TRAINING..TRAINING TRAINING
report abuse
disagree 1
agree 8
...
written by anand, November 21, 2008 03:51:54
dear Adelina, we , readers of MT deeply sympatzize for your loss. anyone in right sense of mind will not want to hurt a child,imagine what the sitter is going thru. Abrahaem has join to be with the lord. we pray for him. what went wrong has to be determined, i beleive they will investigate.we share your sorrow.may he rest in peace.
report abuse
disagree 1
agree 7
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Heaven8402, November 21, 2008 11:01:09
That's what will happened if the nursery has lots of children but just a handful of helpers. Most of nursery nowadays treats lives second and cash first.
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by antiilluminati, November 21, 2008 11:26:16
God bless us all.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM