A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Impak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk?

Impak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk? PDF Print E-mail
Posted by admin   
Thursday, 20 November 2008 10:18

Mahathir serah Lembaga Disiplin Umno laporan

Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.

"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.

"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Menteri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.

"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".

Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.

"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.

"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?

"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.

Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.

Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.

Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.

"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.

Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika sesi soal jawab dalam majlis dialog bersama beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, semua laporan yang diterimanya berhubung amalan politik wang dalam Umno akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Jika kedua-dua cara itu tidak berhasil, saya akan siarkan senarai nama mereka yang terlibat itu beserta laporan di dalam blog saya," katanya.

Beliau berkata, tindakan yang berani amat diperlukan ketika ini bagi memulihkan imej dan kedudukan Umno yang didakwanya kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa. "Jika kita tidak berani mengambil tindakan, Umno akan hancur. Inilah yang akan menunggu kita kalau keadaan ini berterusan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata amalan politik wang adalah faktor utama yang akan memusnahkan Umno dan struktur keseluruhan parti itu.

Sekiranya tidak dibersihkan, negara perlu bersedia menghadapi keruntuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Dr Mahathir.

"Apabila mereka menggunakan wang, pandangan pengundi kepada mereka akan lebur. Mereka (pengundi) jijik pada orang macam ini. Pada pilihan raya akan datang sudah tentu yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu supaya mereka dicalon untuk menjadi calon pilihan raya.

"Rakyat akan pandang mereka ini sebagai calon yang terlibat dengan rasuah. Apakah rakyat akan undi kepada calon-calon ini?," katanya.

Dr Mahathir berkata, hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Seperti yang saya katakan, undi daripada ahli sahaja tidak memberikan kemenangan kerana undi dari ahli (Umno) itu sedikit. Kita perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli Umno tetapi merupakan penyokong setia Umno," katanya.

Rentetan daripada itu, kata beliau, tidak mustahil untuk BN kalah pada pilihan raya ke-13 akan datang jika para pengundi enggan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah.

"Itu bukan mustahil. Sebelum pilihan raya umum Mac lepas, kita fikir kita tentu menang di Selangor, Perak dan Pulau Pinang, tentu kita menang di Kedah, tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Comments (16)Add Comment
...
written by batsman, November 20, 2008 10:26:55
If UMNO cannot control money politic within its own ranks, do you think it can control corruption and abuse of power in the govt? TDM - pls name the culprits.
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by Running Sardines, November 20, 2008 10:38:04
How come when TDM in power he didn't take all the effort to stop this nonsense inside UMNO? This is also because of the quota for nomination set by TDM ... you want my vote, RM200 lah ... so, what is the use of bising-bising now ? Better go back kampung and plant banana lah ...
report abuse
disagree 2
agree 16
...
written by Kunta Kinte, November 20, 2008 11:06:43
All the corruption started brewing during the Mahathir era. He still cant admit his mistakes and ignorance in this matter. Look at the wealth his family has inherited....that itself speaks a thousand words. Why blame UMNO now? You started this!
report abuse
disagree 1
agree 22
...
written by POTH, November 20, 2008 11:21:12
Sure you have the facts and figures because you are the one who encourage and lead by example. What happens now is the continuation process of what you have done to the party. Blame yourself first!!
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by gurkha_malaya, November 20, 2008 11:23:28
benar politik wang bmula zaman TDM,tp salah ke dia nk memperbetolkan keadaan skrg?
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by wartank, November 20, 2008 11:23:30
yang akan dapat jadi calon ialah mereka yang kalau tak cekap bodek pun, ialah mereka yang cekap memberi wang kepada pihak tertentu


****thir, trying to undo the legacy left by you.? After all these years?
No so easy, right?

You shall live with the fact that you had a major part in the eventual fall of the Barisan Nasional!

Me, like all well meaning Rakyats, don't give two hoots about what happens to BN or UMNO.
We are more interested in national intergration and nation building.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by DXB2008, November 20, 2008 11:45:34
Will mahathir die in or outside ameno like Tunku and hussien onn? Mahathir juga membunuh bahasa Melayu...
http://1426.blogspot.com/2008/...bagai.html
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by wartank, November 20, 2008 12:03:08
?? Did I spelled Mahathir wrongly?

Sorry!!
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by citizenmy, November 20, 2008 12:19:09
It will be interesting to see if the report is fair or one sided.
A one sided report will eventually lead to more corruption and abuse of power.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by New Malaysian, November 20, 2008 12:41:10
Kesemua hujah ini datang dari "pemimpin yang telah mengotorkan UMNO" sehingga kena undur diri dan keluar dari UMNO.Beliau juga yang mebolehkan kelakuan buruk dan keangkuhan ahli. Tak akan kita lupa yang Kabinet yang bermaharajalela adalah Kabinet Tun walaupun Pak Lah yang mengambilalih. Siapa yang amalkan amalan dan gejala politik wang? Sayangnya Tun masih menolak kebenararn yang "mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka" adalah Tun sendiri! "Imej dan kedudukan Umno yang kian tercemar ekoran amalan politik wang yang semakin berleluasa" adalah ekoran pimpinan Tun sendiri.

Hujah seterusnya: "...hanya ahli yang tidak menggunakan akal sahaja akan mengundi calon yang terlibat dengan rasuah". adakah Tun akhirnya terima yang ianya diundi menjadi Presiden UMNO oleh ahli yang tidak menggunakan akalnya!

Amboi!!!!
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by riversnail, November 20, 2008 13:40:39
money politics dalam UMNO hanya bermula dalam masa pemerintahan Dollah?;selama 22 tahun Tun memerintah negara...tak ada rasuah dalam UMNO ke?
sebagai BIG BOSS untuk BN memang patut Dollah disalahkan kerana prestasi BN dalam GE12.Tetapi puncanya bukan hanya kerana Dollah,Tun pun ada memainkan peranan yang besar dengan mengasaskan sentimen perkauman di Malaysia selama 22 tahun.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by asguard, November 20, 2008 15:25:37
Apa yang sudah melular ke UMNO adalah penyakit yang tiada ubat... ia merebak seperti kanser...sehingga akar umbi parti itu!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Kotadamansara73, November 20, 2008 20:05:31
Mahathir,

You jangan takut. GE 13, kita akan menang semua pilihanraya. Kerana kita ada cara yang bagus. Satu-satu cara ialah kita ban semua kaum bukan melayu untuk mengundi. Ini macam kita, orang UMNO akan menang besar. Kita akan ISA semua pemimpin - pemimpin pakatan rakyat seperti Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan semua pemimpin MCA, gerakan dan MIC kita akan ISA semua mereka.

Kita orang tuan orang Melayu adalah orang yang paling besar di Malaysia. Kita akan bergabung dengan PAS dan menjerit HIDUP! MELAYU! HIDUP! ISLAM!

Dengan itu, kita akan berkuasa selama-lamanya.

MAHATHIR, YOU JANGAN RISAU. Kita ikut you punya cara.
report abuse
disagree 2
agree 0
...
written by Jit Dharma, November 20, 2008 22:50:54
This hypocritical shit spinner finally said something I like....UMNO dan BN
akan kalah teruk.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by Vasily, November 21, 2008 01:45:31
Alahh anjin kurap tua kecut tak reti mampus-mampus nie bkn nya apa...kalau BN ditakdirkan kalah nanti...teruk dia anak beranak naik turun court....silap2 satu family kena lari pegi Uganda....
Komen dia nie bkn nya iklas sangat.....punyalah lama jadi chief UMNO, sampai kena hambat turun...baru nak sedar??
Sudahlah....anjing kurap tua...balik jilat celah kangkang sendirilah!!
report abuse
disagree 1
agree 0
...
written by MAMR, November 22, 2008 09:08:51
Kita DENGAR DAN BACA MELALUI MEDIA SAMadA YANG DI TAJA OLIH KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG AKAN laungan demi laungan dari bekas PEMIMPIN TERTINGGI UMNO DAN RAMAI MEREKA MEREKA YANG MENERAJUI JAWATAN JAWATAN TERTENTU DIDALAM UMNO SEKARANG BAHAWA " RASUAH BERLELUASA DIDALAM UMNO ". Persoalan nya sekarang adAKAH RAKYAT NAK MEMILIH PARTY DAN KEBANYAKAN PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN RASUAH? SAYA MENYERU SEMUA RAKYAT SUPAYA TINGGALKAN UMNO KERANA AMALAN DIDALAM PARTI INI SUDAH "TIDAK SIHAT LAGI" DAN BOLIH MEMBAWA "KERUTUHAN NEGARA MALAYSIA YANG KITA CINTAI JIKA DISOKONG UNTUK TERUS MEMERINTAH"
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM