|
Posted by admin
|
|
Monday, 17 November 2008 22:32 |
|
Posting blog ini sebelum ini menulis sekitar fatwa mengenai pengkid. Oleh kerana fatwa mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih diperlukan, saya menghantar pertanyaan mengenai hukum penahanan tanpa bicara kepada Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Salinan pertanyaan seperti di bawah (sila klik imej):
Sambil itu, saya berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak meneruskan perbuatan menipu orang-orang Melayu seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak, termasuk para pemimpin Umno, seolah-olah ketuanan Melayu memang benar-benar wujud.
Utusan Online hari ini melaporkan, Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.
READ MORE HERE: http://penarikbeca.blogspot.com/
|
http://1426.********.com/2008/...ey-as.html