A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Antara Kita arrow Harapan Mahathir, Najib Hapus Rasuah Tidak Mungkin Tercapai!

Harapan Mahathir, Najib Hapus Rasuah Tidak Mungkin Tercapai! PDF Print E-mail
Posted by admin   
Sunday, 16 November 2008 10:13

Image 

Tahukah Mahathir bahawa ahli Umno, baik yang memberi dan menerima rasuah mereka senang dengan rasuah. Mereka bercakap di mana-mana sahaja. Mereka bangga menceritakan berapa yang mereka terima dan berapa yang mereka habis sewaktu pemilihan dulu.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

WALAUPUN sudah lagi tidak menjadi ahli Umno namun Mahathir Mohamad terus bercakap, berusaha dan membentangkan formula bagaimana untuk menyelamatkan keadaan parti Melayu itu yang sedang menuju kehancuran kini. Mungkin juga tindakan Mahathir keluar Umno itu sebagai sebahagian usaha dan formula untuk memperkuatkan Umno?

Terbaru Mahathir membayangkan kebimbangan beliau kepada Umno ekoran berleluasanya gejala rasuah dalam parti berkenaan. Beliau menasihati Mohd Najib Razak yang bakal menerajui Umno Mac depan agar berusaha untuk menghapuskan rasuah.

Menurut bekas PM itu kalau Najib gagal hapuskan rasuah ia menyebabkan Umno akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir masih percaya rasuah boleh dihapuskan dengan syarat Najib dan pasukannya berusaha. Mereka yang tidak rasuah perlu ditonjol dan diberikan peranan penting dalam parti tersebut, barang kali termasuklah anaknya, Mukhriz Mahathir.

Apakah Mahathir bermimpi atau baru tersedar dari tidur dan masih belum berkumur! Ataupun beliau telah 'mumai' mengenai Umno. Siapa lagi dalam Umno hari ini yang tidak rasuah, mengamal dan menerima rasuah? Masih adakan orang-orang yang baik dalam Umno yang tidak terlibat dengan rasuah? Kalau mereka yang mengaji di Mesir atau Arab, bergelar ustaz atau lepasan Universiti Islam Antarabangsa (dalam Umno) pun terlibat dengan rasuah apa lagi diharap kepada mereka yang skolar?

Hari ini semua orang memperkatakan mengenai rasuah dalam Umno. Ahli Umno sendiri temasuk pemimpin dari peringkat cawangan, bahagian sehingga ke Majlis Tertinggi (MT) bercakap dan merintih fasal rasuah. Malah bekas Presidennya juga berbicara mengenai rasuah.

Itu semua menunjukkan dan menjadi tanda-tanda jelas bahawa Umno sudah larut dalam rasuah. Rasuah sudah sebati dengan Umno. Dan gejala dan jenayah rasuah bukan perkara menjijikkan lagi dalam Umno tetapi sesuatu yang membanggakan dan kesuburannya disenangi.

Tahukah Mahathir bahawa ahli Umno, baik yang memberi dan menerima rasuah mereka senang dengan rasuah. Mereka bercakap di mana-mana sahaja. Mereka bangga menceritakan berapa yang mereka terima dan berapa yang mereka habis sewaktu pemilihan dulu.

Dalam keadaan sudah melarut dan sebati begitu Umno sudah tidak akan pulih lagi dari rasuah. Rasuah akan dikaitkan selamnya dengan Umno bahkan keduanya sudah senonim, bila sebut Umno ingat rasuah, sebut rasuah ingatlah Umno.

Mohd Najib atau sesiapa sahaja yang menerajui Umno hatta jika Mahathir sendiri diberi peluang memimpin Umno semula beliau tidak dapat membawa Umno keluar dari pelukan rasuah. Rasuah begitu intim dan kental membelit Umno. Rasuah dalam Umno sepertilah penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak ada penawar untuk menghapusnya cuma kalaupun mampu membatasinya sekadar memperlahankan momentumnya saja.

Sekiranya Umno besih dari rasuah saya yakin ahli-ahli Umno yang ada kini semuanya akan meninggalkan Umno dan mereka akan mencari parti yang mengamalkan rasuah. Sebab mereka tegak dan berdiri dalam Umno kerana rasuah. Rasuahlah yang menahankan mereka dalam Umno dan rasuahlah yang mengeraskan semangat mereka mendokong parti berusia 62 tahun itu.

Sudah ada persepsi di dalam minda ahli Umno mereka tidak akan hidup mewah kalau tidak bersedia melakukan rasuah. Rasuah seolah-olah satu mekanisme halal bagi mereka untuk menambah pendapatan. Dan rasuah satu budaya yang dianggap sama dengan amalan yang dikelaskan sebagai satu pemberian ikhlas berupa sedekah ataupun untuk membantu ahli.
Apa membimbangkan rasuah yang berlaku sekarang ini bukan saja dalam konteks untuk memenangi jawatan dalam parti itu di semua peringkat, tetapi terheret ke dalam sistem pemerintah (kerajaan) yang diterajui Umno.

Dalam apa juga agensi, jabatan, syarikat dan sebagainya milik atau ada kaitan dengan kerajaan semuanya turut terlibat dan terpalit dengan rasuah. Seolah kalau tidak berlaku rasuah ia bukan lagi menjadi badan atau entiti ada kaitan dengan kerajaan. Budaya rasuah dalam kerajaan adalah diinjek oleh Umno.
Bukti paling jelas menunjukkan rasuah sudah bermaharajalela apabila diwujudkan Institiut Integriti yang khusus untuk menangani perbuatan dan salahlaku rasuah. Secara mudah kalau rasuah tidak kronik institusi itu tidak perlu wujud dan perlu diwujudkan. Adanya pagar bukan kerana bimbang pencuri akan menceroboh tetapi sudah ada pencuri!

Lihat juga kepada laporan dan kes-kes membabitkan rasuah di mahkamah. Daripada sekecil penerima; polis trafik sebanyak RM10 hinggalah kepada pegawai kerajan dan ahli politik menerima atau melakukan rasuah bernilai ratusan juta ringgit. Apa yang dilaporkan itu hanya kes-kes yang diketahui manakala masih banyak lagi kes yang terlepas dari pandangan umum.

Berbalik kepada impian dan kebimbangan Mahathir tadi, saya tidak yakin kalau Najib Razak akan dapat menghapuskan rasuah dalam Umno dan juga dalam kerajaan kalau pun beliau tertakdir menjadi PM. Kes membabitkan komisyen pembelian kapal selam dan kapal perang melibatkan lebih RM500 juta ringgit walaupun dinafikan oleh Ketua Setiasuaha Kementerian Petahanan namun pesepsi orang kepada bakal PM itu semakin menebal.
Demikian juga dengan sikap dan perangai isterinya, Rosmah Mansor yang sukar bebelanja besar dan orang yang mengelilingi Najib yang hidup mewah melebihi daripada pendapatan sebenar ia turut memberi tanggapan bahawa ada usur-unsur rasuah wujud di hadapan dan di belakang bakal Perdana Menteri ke- 6 itu.
Apakah Najib bersedia untuk melarikan diri daripada orang-orang ini sedang mereka inilah menjaga dan memastikan pengaruh Najib melebas dalam Umno? Tidak mungkin!

Justeru harapan dan kebimbangan Mahathir itu saya rasakan ia tidak lebih selain daripada luahan perasaan beliau untuk menghalau kepuasan saja di kala beliau bersendiri! Kerana untuk berbuat dengan menghisap rokok, beliau bukan seorang perokok!

Comments (18)Add Comment
...
written by yy88, November 16, 2008 11:08:36
Jika satu kempimpinan yang mengamalkan ideologi rasuah dan terujut kerana rasuah, dan diberi peranan penghapusan rasuah, maka seorang bayi pun bolih memberi jawapan yang tetap sekali.
Sebalihnya, kami pasti dengan seratus beratus, rasuah akan deberi penafasan baru dan terus berkembang dengan hebat. Harap Tun Mamak dan Najis bersedar dan bangun dari mimpi, jangan bersandiwara lagi.
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by michael chick, November 16, 2008 12:06:07
With the Murderous Chief Neck-High in Corruption, What do you expect?

report abuse
disagree 0
agree 24
...
written by MAMR, November 16, 2008 13:17:09
NOTE: Comment removed for violation of posting guideline
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by asguard, November 16, 2008 14:27:26
Murid (UMNO) belajar daripada cikgu (Mahathir) ...sekarang apa lagi boleh buat ? Sila tanya sendiri?
report abuse
disagree 2
agree 19
...
written by Yacob, November 16, 2008 14:39:43
Yang hampir pasti UMNO akan bungkus sebelum Mahathir mati. Mahathir mesti rasa kepedihannya. 'Jasa' Mahathir menyemaikan budaya rasuah tentunya terbukti didepan matanya sendiri.

Mahathir sebenarnya sedang melakukan persiapan terakhirnya. Persiapan berkapan dengan UMNO untuk dikuburkan dalam satu lubang.

Mahathir juga sudah tidak ada maruah lagi. Apa yang dicakap sebelum ini semuanya terbukti palsu. Pembohongannya begitu jelas. Setiap kata-katanya hanyalah merupakan bukti siapa sebenarnya Mahathri; penipu, pembohong, pembelit dll.
report abuse
disagree 0
agree 21
...
written by Lim Lim, November 16, 2008 17:38:55
najis menghapuskan rasuah??is the king of corrupt,old senile mahatahi joking??
najis himself is not cleared off yet on his 'rasuah' luggage!
mahatahi,the king of monkeys is asking the other monkeys to forget the taste of banana stuffing in their mouths!!
report abuse
disagree 1
agree 12
...
written by onnetline, November 16, 2008 19:10:53
Najis may need to get rid of Mahatahi a.k.a. 'father of corruption' first before anything else, right ???
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by SID, November 16, 2008 19:47:02
Hapuskan rasuah? Siapa yang cakap tu? Hahahahahahaha Che Det?
Apa yang dia buat 22 tahun?
Dia memanupulasi rasuah sepanjang 22 tahun.
Apa yang dia buat?

1. Biarkan Pengerusi Parti dalam BN rasuah, LLS, SV, MMT banyak lagi
2. Biarkan Menteri-menteri rasuah
3. Ahli-ahli politik BN rasuah
4. Akhir sekali pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam rasuah termasuk badan
kehakiman.

Dia tak tahu ke? Dia tahu, dengan itu semua yang terlibat bagai kerbau di tindik hidung. Siapa nak melawan? Jadi raja lah Che Det selama 22 tahun.
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by volkswagen, November 16, 2008 22:03:54
Hampir kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang akan bertanding di dalam Pemilihan UMNO tahun depan, telah mengutuk sekeras-kerasnya amalan politik wang dalam pemilihan UMNO kali ini. Kesemua mereka merasa 'malu', 'keji', 'jijik' dengan politik wang. Jadi mana ada politik wang dalam pemilihan UMNO? ada yang sampai menyebut ayat-ayat Quran bila bercakap pasal dosa politik wang. Mana ada politik wang? Ini semua karutlah.....

Saya cadangkan supaya kesemua pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan akan datang supaya, dengan tegas dan berani, bersumpah dengan Quran yang mereka tidak memberikan apa-apa rasuah untuk mendapatkan undi. Kita perlu ambil contoh dari keberanian Saiful dan Dato Seri Najib sendiri yang sanggup bersumpah untuk menegakkan kebenaran, dan untuk membersihkan diri dari sebarang tuduhan.
report abuse
disagree 6
agree 6
...
written by arazak, November 17, 2008 00:17:42
Sifu Perasuah menyuruh "apprentice" perasuah jangan ambil rasuah dan jangan buat rasuah!

"Bapak Ketam Karela menyuruh Anak Ketam Mongolia berjalan betul" smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by Solarium, November 17, 2008 10:05:16
Nak hapus rasuah? Sendiri pun terjerumus..
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by Solarium, November 17, 2008 10:11:30
Was he really involved with the pretty-now-dead Mongolian girl? If so, why is there no police report made, and if there was, why is there no police report made against the police?
report abuse
disagree 4
agree 2
...
written by cheekhiaw, November 18, 2008 12:14:55
Harap perompak hapuskan pencuri...

xxx
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Tornado, November 18, 2008 13:47:02
UMNO HAPUS RASUAH!!

Jangan mimpilah Bro, UMNO dan RASUAH macam AUR dengan TEBING dah..

Tak yah mimipi kalau nak harap UMNO hapus RASUAH...

RASUAH akan hapus jika UMNO musnah...
report abuse
disagree 2
agree 9
...
written by AUTAR, November 18, 2008 17:01:35
Brother Hisham, tak payahlah kita bercakap panjang tentang kerajaan Ameno ni. Saya yakin Ameno tak kemana dalam tempuh yang dekat ni. ada lebih baik kita mengundang MCA dan MIC masuk PR. Biarkan Ameno jadi gila talak selepas ini dan menterinya berlari kesana sini membawa keris mintak belas.

Rakyat telah banyak membaca akan keburukan kerajaan yang ada, so adalah lebih baik brother Hisham buat liputan terbaik buat PR agar rakyat dapat menerima apabila di adakan pilihanraya yang akan datang. Saya juga akan membantu memperkasakan Pakatan Rakyat (PR) agar rakyat tidak tersalah pilih. Pastikan rakyat tidak hampa atas perjuangan kita demi rakyat malaysia begitu juga pada jenerasi yang akan datang.
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by SiHangChai, November 19, 2008 00:16:42
Sendiri pun kaki rasuah, apa nak hapus? Bodoh punya bakal PM Malaysia.
report abuse
disagree 1
agree 7
...
written by Bloodhound, November 20, 2008 14:00:55
When you have created a deeply rooted culture within a community (ie UMNO), it's very difficult to change, overcome or get rid of. As they say, birds of a feather, flocks together.

When an environment exists, it attracts certain types of characters with similar interest and they starts to feed on it until when the stockfeed starts to dwindle, then, they starts feeding on each other - thus, the fall of a belief. Greed is GOOD - the more the better!

We all know who we need to thank for it!!
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by educationist, November 22, 2008 09:21:18
"Harapan Mahathir, Najib Hapus Rasuah Tidak Mungkin Tercapai'-Kenapa?
When the top is rotten, how do you expect those further down the line to heed all those beautiful and idealistic words.
In his 22 years rule, has Dr M really shown by example and deeds that all his actions are above board?
The truthful response to this question will tell us why Dr M's words are empty of substance!
report abuse
disagree 0
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..

Sponsored Links

World Futures  Close down the NATO, says the conference statement on the recently concluded and successful International Conference on NATO & Its Policies in ASIA.

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM