A+ | A- | Reset
Home

Wanita BN kompromi - mahu 20% calon wanita PDF Print
Monday, 21 January 2008 06:57

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) berharap 20 peratus kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara akan diisi oleh calon mereka pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu, ketika ini hanya 9.6 peratus kerusi Parlimen dan 6.9 peratus DUN diisi oleh calon wanita.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, penambahan itu selaras dengan dasar kerajaan meletakkan wanita yang berkelayakan mengisi sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan sebagai pembuat keputusan dalam kerajaan.

‘‘Melalui kementerian, kita sudah berjaya mendapatkan satu polisi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembuat keputusan mesti diberi kepada wanita berkelayakan dan ini termasuklah dalam arena politik.

‘‘Sehubungan itu, saya meminta jasa baik Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mengetengahkan calon-calon Wanita BN pada pilihan raya akan datang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gerak Kerja Pilihan Raya Wanita BN Parlimen Cheras di sini hari ini.

Shahrizat berkata, beliau melalui kementeriannya telah menghantar surat meminta pertimbangan Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk mengetengahkan calon-calon wanita BN pada pilihan raya ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui penglibatan wanita dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan awam meningkat terutama dalam peringkat pengurusan pertengahan namun dalam arena politik, angkanya masih membimbangkan.

‘‘Di seluruh dunia, pembabitan wanita di peringkat tinggi dan komuniti melonjak sedangkan Malaysia sebagai negara Islam maju sepatutnya menjadi contoh dan wanitanya diletakkan di tahap mulia,’’ jelasnya.

Shahrizat yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO memberitahu, ketika ini wanita UMNO ramai yang berkelayakan dan berpengalaman cuma hakikatnya sama ada hendak memberi tempat atau tidak kepada mereka.

‘‘Bagaimanapun, saya percaya akan ada peningkatan ini (calon wanita) walaupun tidak mendadak terutama di negeri yang langsung tidak ada calon dan pada kawasan yang sudah ada, kita harap mereka dapat tambah,’’ katanya.

Menyentuh persiapan pilihan raya umum ke-12, beliau berkata, jentera Wanita BN semuanya berjalan lancar dan kini dalam keadaan bersiap sedia.

‘‘Kerja-kerja tradisional Wanita BN iaitu bancian sikap dari rumah ke rumah di seluruh negara berjalan baik dan saya percaya bila-bila masa Perdana Menteri akan mengumumkan pilihan raya umum ke-12,’’ katanya. UTUSAN

Comments (2)Add Comment
...
written by asguard, January 21, 2008 10:39:17
Whatever is your comments whether to field this woman candidate more or less or whether there other kinds of plans done by you BN... is just waste of time... your time is running out... 50 years of your misrule is showing the true colours that can be feel, touched, sense and even knew of what is going on ... for too long.... so its time to reduced your power for goods... don't harping for gaining two-thirds again... this time people are not that stupid to you fellas full power craze mandate....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by gloryredstar, January 21, 2008 10:57:54
The Wanita should first have the MP who insulted the women's dignity with his sexist comments to be removed from BN.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM