A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pengakuan Zaki: Usul kedua ditolak, Karpal buat laporan polis

Pengakuan Zaki: Usul kedua ditolak, Karpal buat laporan polis PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 12 November 2008 15:03

(mStar Online) - Usul Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) supaya Dewan Rakyat membahaskan mengenai kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ditolak buat kali kedua hari ini.

Justeru, Karpal akan memfailkan laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 3 petang esok.

"Nampaknya tiada lagi cara lain supaya isu ini dibahaskan atau dibincangkan kerana Dewan Rakyat telah menolak usul yang saya failkan sebanyak dua kali," kata Pengerusi DAP itu di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai kepentingan awam kerana ia melibatkan kredibiliti seorang Ketua Hakim Negara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.

Ketika menjelaskan perkembangan tersebut, Pandikar Amin berkata, peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri.

"Kelakuan hakim-hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali atas sesuatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh pihak kurang daripada satu perempat daripada bilangan ahli Majlis Parlimen," katanya.

Namun Karpal tetap tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan Speaker Dewan Rakyat itu kerana menurutnya isu yang dibangkitkannya adalah yang berkaitan sewaktu Zaki berkhidmat sebagai peguam.

"Isunya di sini ialah apa yang berlaku pada tahun 1987 seperti yang beliau (Zaki) nyatakan sebelum ini iaitu pernah memberi rasuah.

"Kita bukan mahu bincangkan mengenai sifatnya atau kelakuannya kini sebagai seoarang Ketua Hakim Negara," katanya.

Pada sidang media berasingan, Pandikar Amin menjelaskan sebab beliau membauat penolakan tersebut.

"Peraturan Mesyuarat itu jelas mengatakan bahawa apa jua yang berkaitan dengan sifat atau kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan di Parlimen.

"Memang Yang Berhormat Bukit Gelugor katakan bahawa isu yang beliau bawa adalah yang berlaku dahulu semasa Tan Sri Zaki menjadi peguam, tapi kalau saya biarkan usul ini dibahaskan, tidakkah mereka akan tetap kaitkan dengan sifat-sifat beliau... ini pasti berlaku," katanya.

Ditanya kemungkinan persepsi masyarakat bahawa beliau hanya menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang, beliau tidak kisah dengan persepsi sedemikian.

"Saya tak kisah apa mereka akan kata. Saya hanya jalankan tugas bagi memastikan perjalanan mesyuarat lancar.

"Tapi anda harus ingat bahawa semua usul yang saya terima hanya daripada pembangkang," katanya.

Jelas beliau, jika ada usul yang dikemukan pihak kerajaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, beliau akan tetap melakukan perkara yang sama.

"Kalau pihak penyokong kerajaan juga ada usul yang tak memenuhi syarat, saya akan tolak juga," katanya.

Comments (9)Add Comment
...
written by binarytan, November 12, 2008 15:10:22
Karpal, keep your effort.

The present gomen even the sky is falling they will not even discuss. May be nothing is emergency to them. Money and woman are more important I suppose.

smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 18
...
written by Admiral Tojo, November 12, 2008 15:55:54
As I have said earlier, I have renamed my DOG, Amin Tak Mulia. Now I go sit Amin, Fetch Amin, Go Amin. Amin stinks but he is a good DOG.

Peace
report abuse
disagree 0
agree 10
...
written by Dongra Dude, November 12, 2008 16:08:51
Dear Admiral Tojo, please provide your beloved Dog Pandikari everyday and it will be very faithful to you. smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by hiro, November 12, 2008 16:26:14
The Malaysian government is trying to gloss over the specifics and keeping Malaysians appeased by giving some form of judicial renaissance. But it's all shallow and inconsequential as deep inside, the judges remain tainted.

What Badawi should have done is to extend the previous CJ's tenure until such time as the judicial appointments commission (mind you - one that is credible) is established - whereby they will recommend the appointments and also review existing appointments - judicial reform is ineffectual if you keep the rotten people inside the judiciary.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Samwise, November 12, 2008 18:14:14
Wow! A lawyer who has made bribes to "kakitangan mahkamah" is made "Ketua Hakim Negara"? Who appointed him? This speaks volumes!!!
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Sudahlah tu, November 12, 2008 18:36:23
anjing-anjing kwpolisan tidak akan melayan kes ini ...
mereka semua lebih real menjual maruah kepolisan daripada bertugas mengikut perundanganlah ...
cuma ibubapa yang malas mengambil perhatian tentang kepentingan perpaduan serta kesusilaan rukun negara sahaja yang menghantar anak2nya menjadi jentera kepolisan.
sungguh memalukan bangsa dan nama baik keluarga sendiri ..
siapa yang bodoh ?
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Yacob, November 12, 2008 18:51:32
Pemberi rasuah adalah juga penjenayah. Maksudnya salah di sisi undang-undang dan boleh dituduh sebagai pelaku jenayah. Perlakuan jenayah boleh dikenakan tanpa batas tempoh masa. Selagi pelakunya masih hidup, dia boleh didakwa.

Bila Ketua Hakim Negara telah mengaku dia memberi rasuah, itu bermakna dia telah mengaku melakukan jenayah. Maka itu, dia mesti dikenakan tuduhan jenayah. Tidak perlu dibahaskan di parlimen. BPR mesti tangkap dia sekarang dan kenakan tuduhan. Bicarakan dia segera. Gantung tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara. Malah, jika beliau mempunyai maruah, beliau mesti letak jawatan serta merta.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by cllim123, November 12, 2008 19:17:59
Zaki is Umno top judge, Pandikar is Umno speaker. All work hand in hand.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by riversnail, November 13, 2008 08:44:36
" Pandikar Amin berkata, peraturan 36(smilies/cool.gif memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri"

screw the PERATURAN(36(smilies/cool.gif,it is made by UMNO and NOT by GOD.let the whole world knows how UMNO runs their corrupted govt.
a person admitted that he gave bribery can be the chief judge for the judges who will give judgment on those who convicted of bribery

this is truly Malaysia Boleh!!!
smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM