A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Dr Mahathir persoal dari mana pendapatan Zaid Ibrahim

Dr Mahathir persoal dari mana pendapatan Zaid Ibrahim PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 12 November 2008 14:59

(Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim tidak menutup peguam Bumiputera jika pendapatannya yang tinggi datang daripada urusan-urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan kerajaan.

"Apakah mungkin pendapatan yang tinggi dan banyak ini datang daripada urusan-urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan Kerajaan dan lain-lain keperluan "conveyancing" Kerajaan? Ini sangkaan saya sahaja. Jika tidak benar tunjuk bukti yang ianya tidak benar.

"Jika benar patutkah bekas Menteri ini tutup mata pencarian yang lumayan ini kepada peguam Bumiputera yang lain kerana ingin dikenali sebagai seorang yang liberal yang tolak Dasar Ekonomi Baru dengan peluang-peluang untuk Bumiputera?" beliau mempersoalkan ketika mengulas kenyataan Zaid bahawa bahawa bayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang dipecat oleh tribunal dalam krisis kehakiman 1988 adalah bersesuaian.

"Saya bersetuju dengan Datuk Zaid Ibrahim, bekas (mantan) Menteri Undang-undang de fakto bahawa bayaran ex-gratia RM5 juta adalah bersesuaian jika dibanding dengan pendapatan peguam terkemuka di negara ini yang mencecah RM2 juta setahun.

"Bahawa peguam terkemuka di Malaysia mendapat RM2 juta setahun amat memberangsangkan saya. Jelas sekali saya telah pilih karier yang salah kerana Perdana Menteri mendapat hanya RM240,000 setahun. Ini tentulah kerana tanggungjawab Perdana Menteri tidak seberat peguam," kata Dr Mahathir dengan nada sinis yang menjadi kebiasaannya.

Dakwaan Zaid tentang pendapatan peguam terkemuka tentulah diasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai pemilik firma guaman yang mempunyai 100 peguam, kata Dr Mahathir.

"Saya tidak pernah baca berkenaan Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-undang mempertahankan mana-mana penjenayah atau anak guam dalam mahkamah.

"Jadi saya tertanya-tanya daripada manakah datangnya pendapatan yang lumayan bagi firma guamannya dan sudah tentu dirinya sendiri," katanya.

Dengan nada sinis Dr Mahathir bertanya "apa perlunya dasar-dasar DEB selepas kita sudah sampai ke atas?"

"Buang sahajalah supaya orang lain tidak mendapat manfaat daripadanya".

Parti Keadilan sedang menggamit, katanya lagi.

"Tempat tertentu boleh dikosongkan supaya calon baru dapat mengisinya. Duit tak penting. Apabila pendapatan sudah sebanyak RM2 juta setahun siapa perlu jawatan Menteri yang tidak menjanjikan pendapatan yang setanding?"

Comments (16)Add Comment
...
written by DXB2008, November 12, 2008 15:09:16
Saya bersetuju dgn Madey pasal pendapatan Zaid, semuanya dari gomen bawah ameno yg dulu dibawah Madey. Pi mai pi mai, spesis yang sama.

Ini semua kerana DEB dan ketuanan ameno dimana Zaid tentunya mempunyai kebel kuat untuk mendapat juta-juta khidmat guaman penswastaan...baru-baru ini Zaid & Co buka pejabat di Dubai http://1426.********.com/2008/...money.html
report abuse
disagree 4
agree 6
...
written by Malay Ultraman, November 12, 2008 15:17:40
Mahadey dpt RM240k okey le.. saya tak kisah sebab dia kerja sehari 18 jam. Datang always on time masuk kerja awal.

Pak lah sebagai PM, sebagai Menteri kewangan dan sebagai menteri dalam negeri... haram sekupang pun tak pakai... dapat gaji buta!!1

report abuse
disagree 4
agree 11
...
written by miwaki, November 12, 2008 15:17:44
Apa kau peduli berapa banyak Zaid punya pendapatan ? Tak kan kau tak pernah dengar orang yang berpendapatan tinggi ? Amway punya Crown Ambassadors pun boleh dapat RM3,000,000.00 satu tahun.Lain kali jangan panggil cucu dan cicik kau berlaja perubutan,join Amway sudah lah.
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by anak penang, November 12, 2008 15:47:08
the evil one is going cuckoo
report abuse
disagree 1
agree 9
...
written by Alfie Mood, November 12, 2008 15:51:26
Orang Malaysia tak habis lagi bodoh dok dengar cakap Madey.Bapak penjahanam negara Malaysia.Dia tu berapa ramai kroni,contoh tanya dia siapa yang approve IPP untuk Francis Yeo sampai TNB bayar weekly CASH pada YTL walaupun Letrik tak pakai???? Dan ramai dan banyak lagi tak muat nak tulis kat sini. MAHATHIR FATHER OF ALL HIPOCRITES.
report abuse
disagree 3
agree 21
...
written by Comodo, November 12, 2008 15:51:47
kesiannya Mahadewa Firaun baru dapat 240K, lawyer dapat 2 juta... macam itu punya power kah DEB?
Apa pasal Melayu masih ketinggalan kalau DEB boleh buat Melayu jutawan?
Dah tau DEB tak berbaloi di pertahankan, habis hang duk bermati-matian sampai masuk IJN nak pertahankan DEB buat apa?
oops.. lupa pulak, nak simpan DEB untuk anak cucu cicit!!
report abuse
disagree 2
agree 11
...
written by Rundukon, November 12, 2008 16:00:17
Pendapatan ikut skil ma. Mourinho ditawarkan RM90,000,000 (RM90juta) setahun untuk mengurus Manchester City FC...lebih kurang RM10,274 SEMINIT!

Engkau MahaFiraun mana ada skil...skil pakai duit Petronas dan EPF buat mega projek adalah!
report abuse
disagree 2
agree 17
...
written by Rundukon, November 12, 2008 16:03:14
MahaFiraun mungkin dapat RM240,000 setahun tapi proxy dia dapat beratus juta RM. Anak@ dia pun jutawan ma. RM250 juta punya worth. MahaFiraun punya skil turunkan DEB kepada proxy dan anak2 dia.

I heard from somewhere...Bilalah orang tua ni nak mampus?
report abuse
disagree 1
agree 17
...
written by banzai, November 12, 2008 18:00:38
Kena TOTO MEGA 20juta. Kan senang.

Jadi sape nak soal DrM???
BPR??? Mimpi lah.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Sudahlah tu, November 12, 2008 18:27:48
kita kenalah tanya vklingam ... dan eusoff chin
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by Yacob, November 12, 2008 18:59:04
Aku juga nak tanya Mahathir; bagaimana dia boleh kumpul duit berjuta-juta pada hal katanya pendapatannya sebagai PM hanyalah RM240,000.00 setahun. Kalau dia jadi PM 22 tahun, duitnya barulah RM5,280,000.00 @ RM240k x 22 tahun. Itu pun kalau dia tidak pernah makan dan beli baju pakai duit gajinya.

Kalau tenggok cara anak-anak Mahathir bergaya, harta mereka beratus juta. Tentu duit itu datang dari Mahathir. Boleh tak Mahathir tunjukkan segala butir pembelanjaannya dan harta kekayaannya ?. Jangan kata orang tetapi dirinya yang lebih !

http://terunamelayu.********.com
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by Argus Eye, November 12, 2008 19:16:05
now, it's our turn to ask mahathir this question. with RM240,000 a year, where did he get the cash to build his palace? used up all his savings?
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by asguard, November 12, 2008 21:07:32
Si bongkok... telah lelapkan berjuta wang semasa perintahan daripada tahun 1980 sampai 2003... apa pasal sekarang menpersoalkan dari mana Zaid dapat wang?
report abuse
disagree 0
agree 11
...
written by Kelana, November 12, 2008 23:56:20
Gaji Madey RM 240,000 setahun tu part time je... tak kira elaun ape ke jadah baru le yang betul. kan kat umeno elaun lagi besau dari gaji
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by fireduck, November 13, 2008 00:31:20
Mahathir, listen here. RM240,000 a year and you're saying that you regret being in the wrong profession. Then, why the heck we couldn't have gotten rid of you earlier? And not even now, a good 5 years after you quit!

That's because with the POWER of being PM, comes a host of other avenues for ... ahem, what's a puny RM2mil a year, right, Mahathir?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Agahdemo, November 13, 2008 07:35:11
TDM hanya tahu nak tanya pendapatan orang lain, pendapatan sendiri halal ka?

Coba tanya siapa saja, TDM kaya ka? Zaid Ibrahim kaya? You sudah dapat jawapan.....

TDM kesal kerana Pak Lah lebih cepat kaya dari waktu dia jadi no.1. Pak Lah pakai mesin sedut kuasa kuda yang lebih tinggi lah!!!!!! smilies/grin.gif smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 5

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM