A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Politik wang dalam perebutan Timbalan Presiden Umno

Politik wang dalam perebutan Timbalan Presiden Umno PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 12 November 2008 14:58

(Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan gejala politik wang juga wujud bagi jawatan Timbalan Presiden dengan mengambil kira keputusan proses pencalonan apabila persidangan perwakilan bahagian berakhir 9 November lalu.

Bekas Presiden Umno itu juga mengakui, seluruh negara mengetahui bahawa pemimpin-pemimpin Umno, walaupun bukannya semua, mengamalkan politik wang ketika pemilihan parti.

Walaupun mereka yang mengamalkan politik wang boleh menjadi pemimpin, tetapi Dr Mahathir menjangka mereka tidak mungkin dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.

Bagaimanapun jelas Dr. Mahathir, menghapuskan sistem kuota bukan cara untuk mengatasi politik wang.

Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan gejala politik wang sebagai paling serius.

Beliau meminta pucuk pimpinan Umno segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, Dr. Mahathir berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon terbaik bagi jawatan.

Selain Muhyiddin yang juga Naib Presiden, turut layak bertanding jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Bernama sebelum ini melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden Umno selain Muhyiddin sebagai "pak lawak".

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah 'pak lawak' semata-mata.

Comments (4)Add Comment
...
written by Steven Tan, November 12, 2008 18:20:19
How about your son, are you including him in that list? Or are you saying that your son is " Bersih drpd Rasuah Seperti Bayi Yang Baru Dilahirkan"? smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by asguard, November 12, 2008 21:04:18
Biar mereka gaduh sesama sendiri...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Sudahlah tu, November 12, 2008 21:58:38
umno , kalau tidak kerana wang tidak hidup langsunglah ....
mana ada rancangan ketuanan rakyat Melayu , taktik kotor yang menipu Melayu aje ..
51 tahun dan masih bertahan , umno tetap dimegah oleh anjing-anjing mata duit ...
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by citizenmy, November 13, 2008 00:01:55
Pak Lawak?

If not mistaken these Pak Lawaks used to hold important positions when Tun M was PM.
report abuse
disagree 0
agree 2

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM