|
Abdul Aziz Mustafa, Harakah Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.
"Ketika sedang berlangsung salah satu ceramah semasa latihan tersebut, salah seorang pesertanya diam-diam menelefon saya dengan telefon mudah alihnya dan membiarkan talian tidak dimatikan untuk membolehkan saya mendengar ceramah itu. "Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara," kata beliau. Baru-baru ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengulangi pendedahan mengenai perkara itu setelah beberapa kali mendedahkannya. "Nama Yang Berhormat Permatang Pauh (Anwar), nama Yang Berhormat Ipoh Timur (Lim), nama Yang Berhormat Marang (Tuan Guru Presiden PAS), nama saya dianggap sebagai subversif, pengkhianat negara. Orang merbahaya kepada negara. "Jadi saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku di samping fakta-fakta yang lain kalau saya dedahkan tentang ada modul yang mengapi-apikan perkauman dalam negara kita ini. Inikah dia negara yang kita hendak bina?" kata Salahuddin. Beliau mengingatkan, negara ini akan runtuh jika isu-isu perkauman terus diapi-apikan termasuk di dalam BTN. "Dalam diri saya ini Tuan Pengerusi separuh Cina separuh Melayu. Bangsa apa saya ini? Yang Berhormat Pokok Sena (Mahfuz Omar) bapa Pakistan, mak Melayu. "Jadi kalau kita hendak bermain di atas premis ini kita mengambil BTN ini untuk tujuan ini, saya rasa negara kita akan runtuh. "Negara kita akan hancur. Negara kita akan menghadapi suatu zaman yang cukup gelap. Kita mereput, kita rotten to the core," katanya. Ketika itu, beberapa ahli Parlimen menyampuk dengan kata-kata "hapuskan!" dan "bubarkan (BTN)!".

|
Latihan khidmat negara, Rakan Muda, KRS di sekolah dan lain2 semuanya jenis Touch and Go... Yang kaya orang yang mencadangkan program itu...
Saya lihat hanya Pergerakan Pengakap sahaja yang paling berkesan dalam membentuk anak2 muda dan orang2 muda supaya menjadi rakyat yang berguna... Pengakap bukan orang politik... Pengakap tidak racist, ...Pengakap membuat orang jadi baik dan suka menolong orang setiap masa... Pengakap sentiasa setia...
Tapi BN tak nampak gajah di depan mata ... dah lah dalam UMNO mereka kutip orang2 tak pandai jadi pengikut dan mat rempit jadi penolong... semua ini kena bayar...
PAS tidak pernah bayar atau sogok pengikut dan penyokong mereka... semua kerja kerana Allah...
BN masih tak sedar orang2 BTN itu tak pandai...Kaedah BTN guna ialah budaya menakutkan orang ...psychological warfare yang dah lapuk.. kaedah yang akan mengerat kan diri...
Malaysia tidak boleh bersikap racist lagi... bukan sahaja UMNO racist... orang-orang di MT ini pon ramai yang racist tapi nak memperjuangkan keamanan dan sama rata konon..tapi masih mahu hidup cara diversity...
Setiap rakyat malaysia harus cermin2 kan diri sebelum bercakap...