A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Kesemua 24 tahanan Bersih dibebaskan

Kesemua 24 tahanan Bersih dibebaskan PDF Print
Posted by admin   
Monday, 10 November 2008 15:26

PETALING JAYA, 10 November (SK) - Kesemua 24 tahanan yang ditahan dalam perhimpunan aman sempena ulangtahun pertama perhimpunan Bersih dibebaskan kira-kira jam 7.30 pagi ini.

SERAMAI 24 telah ditahan dalam perhimpunan Bersih di Petaling Jaya kira-kira jam 10 malam semalam dan dibebaskan jam 7.30 pagi ini 

Kesemua mereka termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam keadaan sihat dan mereka telah ditahan di Balai Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini.

Mereka ditahan ketika berhimpun secara aman di harapan Dewan Sivik Petaling Jaya dan dikasari pihak polis ketika acara terakhir iaitu menyanyikan lagu Negaraku semalam kira-kira jam 10 malam tadi.

Anggota polis anti-rasuah bertindak dengan ganas serta menjerit-jerit ketika menyuraikan kira-kira 400 orang yang sedang menyanyi lagu negaraku.

Sebelum nyanyian, para hadirin menyambut ketibaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ke kawasan berkenaan.

Ketika polis bertindak ganas menyuraikan perhimpunan, beberapa jeritan yang kedengaran dari arah pihak polis yang mengarah agar tangkap Raja Petra, walaubagaimanapun Raja Petra berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

Selain Tony Pua, antara yang ditahan ialah  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San serta kira-kira 22 orang lain termasuk seorang juruvideo Malaysiakini Shukri Mohamad.

Mereka yang ditahan terus dibawadibawa ke balai polis PJ. Sekumpulan kecil berhimpun di luar balai sebagai tanda sokongan terhadap mereka yang ditahan, sambil diawasi oleh sepasukan anggota polis anti-rusuhan.

Ketika dihubungi, Tony memberitahu bahawa beliau dan tahanan lain akan mengadakan sidang media di lobi parlimen hari ini jam 11.00 pagi.

Sementara itu, wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ditahan selama dua jam kerana menyoal Ketua Polis Selangor berkenaan prosedur tangkapan yang dilaksanakan pihak polis.

“Pihak polis hanya mengambil kenyataan di bawah seksyen 112, dan saya memberikan kerjasama kepada mereka,” tanyanya selepas dibebaskan kira-kira jam 1.30 pagi ini.

- Suara Keadilan

Comments (4)Add Comment
...
written by DreamLady, November 10, 2008 15:55:42
Since the police have nothing else to do but to find fault with the rakyat, my advice to them is:-----------

RESIGN RIGHT AWAY AND GET LOST FROM THE SURFACE OF THE EARTH!!!!!!!!!!!!!1
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Alice, November 10, 2008 17:39:18
Alangkah baiknya sekiranya polis menunjukkan komitment sebegini menangkap penjenayah . Malangnya mereka lebih senang buli rakyat yang tidak berdosa.
Sedihnya. smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by kkselvam, November 11, 2008 00:15:05
These brainless act by moron Malaysian police justifies Shit AL Blur Hamid intelectual level and also prove to the Malaysian public what a loyal lapdog they are to UMNO.
Malaysian police got no credibility and lost all the respect of every commoner in our beloved country.Period!!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by thor, November 11, 2008 11:01:04
This is UNBELIEVABLE, they r treating MALAYSIANS singing NEGARA KU as ENEMIES. Don't they know that their duty is to PROTECT and UPHOLD LAW and ORDER in the name of JUSTICE and not ACT like a BULLY. Those INVOLVED in the ARREST of MALAYSIANS singing NEGARA KU, shld be ashamed of themselves, they also shamed the few good men still left in the force.

GOD SAVE OUR PEOPLE FROM THE WOLVES.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM