A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 08 November 2008 08:31

(Malaysiakini) - Sia-sia sahaja  melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

kamal amir"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

Comments (2)Add Comment
...
written by binarytan, November 08, 2008 08:34:01
itulah hakikatnya, begitulah murah ahli ahli umno boleh beli dgn wang.

just forget about umno, it is sinking boat. let them sink forever with their dirty money.

smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Beezee_Beezee, November 08, 2008 10:57:39
UMNO adalah sebuah party yang diKetuai olih ahli-ahli yang tidak Jujur semenjek pemerintahan 22tahun yang lepas. Mereka yang di jawatan atasan yang berkepentingan telah selama ini memperjuangkan kepentingan hak sendiri dan ahli keluarga dengan mengunakan komplot-komplot dan ahli-ahli perniagaan yang berkepentingan kewangan, status dan sebagainya. Ini bolih di lihat dari segi janji-jani kosong mereka yang kni telah menubuhkan beberapa lembaga berunsur pencegahan RASUAH. Baru-baru ini juga kita telah dimaalumkan behawa 3 ahli perwakilan disebuah pulau WP telah didapati bersalah tetapi Cuma teguran dan warning saja yg diberi. Manakah ketulusan dan kejujuran UMNO?.

Marilah kita semua rakyat Malaysia bersatu untuk mengubur UMNO buat selama-lamanya dari muka bumi Malaysia ini..

report abuse
disagree 0
agree 3

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM