A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow OBAMA – MERAYAKAN MERITOKRASI

OBAMA – MERAYAKAN MERITOKRASI PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 06 November 2008 14:58

jelebu

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia.

Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain. Dalam identiti diri yang luas ini kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.

Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir. Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi.

Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa :

1 – berasas keupayaan individu bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan
2 - individu di anugerah kerana keupayaan dan ketrampilan untuk mencapai anugerah itu
3 – memajukan individu berdasar ketrampilan individu

Konsep meritokrasi ini tidak ada memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Jika individu itu memiliki berkeupyaan terunggul maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai Professor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada Menteri Pelajaran.

Meritokasi ini agak senang di hayati kerana ianya sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan.

Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah disini. Jika Minah Cun itu cekap berenang maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di sukan Olympik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi.

Terbukti jelas dalam arena sukan meritokrasi telah diamalkan. Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil , telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu.

Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara Menteri Sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat laun akan terlihat juga oleh orang ramai. Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas ke dua apabila diduga. Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh.

Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokarsi dari dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang.

Dalam negara kita budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu. Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong.

Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, ada-kah dia memiliki derajat atau harta kekayaan.

Disinilah lemahnya nilai budaya feudal. Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ianya wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya. Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi.

Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang.

Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi.

Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu Universiti Malaya adalah diantara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ianya telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu.

Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.

Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini. Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu.

Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.

Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudaal yang anti meritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga.

Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar di wujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari yang Bukan Melayu.

Pesoalan timbul - Apakah jika Yang Bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikiranya? Susuk Bukan Melayu tidak menjamin apa-apa.

Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar Perdana Menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti pimpinan. Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama malah yang seagama pun di libas sama.

Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai diantara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah. Berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasinya- taraaak.

Kita wajib menobatkan yang berilmu. Kita wajib menobatkan yang jaguh. Dalam semua bidang yang bijak fikrahnya wajib dihadapan. Anak semua bangsa kita wajib merayakan meritokrasi.

Comments (11)Add Comment
...
written by Aizad 234, November 06, 2008 15:14:25
Betul. Feudal.Amat setuju. Nth..kekadang terasa lawak apabila melihat orang berjabat tangan dgn seorang Menteri sampai hendak kena cium tangan Menteri tersebut. smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 16
...
written by educationist, November 06, 2008 15:16:51
What an eloquent call for meritocracy!!!
But sadly, it will, once again fall on deaf ears.
For the UMNOputras have perfected their divide and rule system over the past 51 years such even as they enrich themselves, the majority populace though getting the crumbs is willing to fight to the death in the name of ketuanan Melayu.
But, as Rais, pointed out at what price in the examples he qouted.
So, we await the promised PR federal government, if and when, they get to form it to implement the promised changes towards meritocracy.
Are they doing so at the PR state governments? If the PKNS GM issue is any guide, also 'cakap tak sama bikin' also!!
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by tkahyap, November 06, 2008 15:18:54
artikel yang bagus! wahai saudara hishamuddin. saya mengidamkan satu hari di mana golongan melayu menjadi professor, doktor dan pemimpin negara berdasarkan meritokrasi, kerja keras, dan kepandaian, bukan kerana politik wang seperti dalam Umno, bukan kerana mengambil matrikulasi dan mengelak daripada mengambil STPM. saya juga berharap melayu mendapat biasiswa bukan kerana beliau melayu, tetapi kerana meritokrasi. saya juga berharap melayu berjaya dalam perniagaan kerana kerja keras dan business sense, bukan melalui kontrak kerajaan dan menjadi ali baba. saya berharap melayu bertapak di angkasa lepas kerana kemajuan aeroangkasa negara, bukan kerana menumpang di roket russia.

sedarlah wahai melayu. seluruh rakyat malaysia menanti perubahanmu. melayu, cina, india dan semua kaum hidup bersatu padu.
report abuse
disagree 0
agree 19
...
written by sisa, November 06, 2008 15:45:23
To make it simple - ask those who champion it to put what they talk in black and white:

a) What the others do not get. Make it easy for them instead of hoping and waiting. List it out clearly or take all. Let the Ketuanan win - at least others will learn to live around.

Tell others - we will give what we like to give. Do not talk the unwanted.

The matured RAKYAT are ready.

Don talk sisa like our Dr Luar Minister and bald Minister.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by joeawk, November 06, 2008 16:01:31
The world rejoice at the election victory of Barrack. There is a deeper reason for that. The world wants change and Barrack will lead that change and we can expect to see many more changes in the coming years if Barrack can contribute to a better world.

Malaysians will certainly see that change in the next election.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by arazak, November 06, 2008 16:13:10
"Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu Universiti Malaya adalah diantara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ianya telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu."
----------------------------------------------------------------------------
Not only University Malaya, that goes also to other Government Universities as well. I have seen too many Malay university students who could not even construct a proper sentence in English. Lecturers complain that marking exam papers of Malay students have become a formidable task of editing grammars rather than evaluating the real contents of the essay questions.

Don't even talk about UiTM students. . .? Since there are no competition, they are the worst lot in terms of skills and ability to think conceptually to solve a simple problem when they are employed in the job market (that. . .,if they are being successfully employed!).

What is happening to our UMNO regime designed institutions of higher learning are institutions that produced quantity but not quality!
report abuse
disagree 2
agree 5
...
written by joeawk, November 06, 2008 17:03:44
If one is able and dignified, one will comand respect. Claiming Ketuanan melayu and demand privileges is a sure sign of weakness. When will it ever end? Will there be motivation to succeed if everything is given on a platter?

Fatwa Council should look at the NEP and all the discriminative policies and conduct of the govt and make a statement on them rather tyan find fault with yoga and tomboyism.

7% discount on houses to rich bumi cannot be halal, can it?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by ibabonma, November 06, 2008 17:29:04
"Where's my ketuanan Kris? I want to poke the Chinese and bath my Kris with their urine." said Najis.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Tornado, November 06, 2008 17:54:31
Syabas HR,

Tanpa sedar golongan UMNO berjaya mengikat majoriti rakyat hanya dengan slogan "ketuanan melayu".

Sudah terjelas ketuanan melayu sudah lama tertegak dengan amalan sistem beraja dan pengiktirafan hak dalam perlembagaan. Namum slogan ini sentiasa didendangkan bagi menakut-nakutkan golongan masyarakat.

Secara tidak langsung golongan UMNO berjaya kekalkan kuasa hanya dengan slogan ini. Dengan slogan ini juga UMNO terus merampok harta negara, memperkosa undang-undang dan menjahanamkan pemikiran rakyat.

Perlu difahami, ketuanan melayu sebenar (bukan slogan UMNO), telahpun dimaktabatkan dan tak akan hilang. Ketuanan Melayu terus terpelihara selagi 9 Raja-raja Melayu bertahta!

Hak melayu dalam perlembagaan hanya akan dapat dihapuskan jika 2/3 daripada ahli parlimen menyokong. Perlu diingatkan 70% populasi Malaysia adalah mereka memiliki hak ini (bumiputera). Maka adalah mustahil untuk hapuskannya kecuali ada yang hilang akal dari kalangan 70% tadi.

Sesuatu itu takkan ke mana jika dinilai berasaskan kaum. Hanya kebolehan dan bakat sahaja mampu menjadikan sesuatu itu kenyataan.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by benny loh, November 06, 2008 20:34:39
ANOTHER PUBLIC ENEMY
http://malaysiancartoons.*****...enemy.html
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MalaysianUnited, November 07, 2008 20:08:19
Saudara Hishamuddin Rais,

Saya setuju dengan merit..sejak dari peringkat persekolahan kita sudah patut menerapkan nilai2 merit..

Tapi saya bimbang dengan peringkat Universiti..

Kenapa?..

Prasarana pembelajaran dan pendidikan di sekolah luar bandar dan bandar, jurangnya amat tinggi..maka, bagaimana kita boleh katakan ia adalah satu meritokrasi yang adil?..

Di luar2 bandar..kes kekurangan guru masih berlaku..lantas, apa yang berlaku kepada nasib pelajar2 ini?..

Saya bimbang, jika pelaksanaan meritokrasi dibuat secara tergesa2 dan tanpa persediaan dan kajian yang rapi..segolongan rakyat Malaysia khususnya orang kampung dan miskin akan lebih tertindas dan terpinggir untuk menerima pembelajaran yang baik di Universiti.

Saya ambil kembali pelumba jarak 100 meter..apa perbezaannya antara pelumba dari negara maju dan kurang maju?. Ia, pelumba dari negara2 Afrika tidak kurang hebatnya..tapi dari segi persediaan..mana yang lebih bagus?..dan tidak semata2 dengan kekuatan fizikal?..
report abuse
disagree 1
agree 4

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM