A+ | A- | Reset
Home

Najib tidak flip-flop PDF Print
Posted by admin   
Thursday, 06 November 2008 08:50

ABDUL AZIZ MUSTAFA, HARAKAH

Semalam, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan. Semalam juga agensi berita yang sama melaporkan Menteri Kewangan itu meminta rakyat bersedia untuk menghadapi masa yang lebih sukar tahun hadapan.

Kenyataan bahawa negara ini tidak akan mengalami kemelesetan teknikal dibuat pada jam 1.14 tengahari. Gesaan supaya rakyat bersedia menghadapi masa yang lebih sukar pula dilaporkan pada 11.47 malam.

Dalam tempoh tak sampai 24 jam, Najib menyampaikan dua perkhabaran. Yang pertama, khabar gembira - tidak ada kemelesetan teknikal. Khabar kedua pula menghantar kebimbangan apabila tahun hadapan diisyaratkan sebagai masa yang lebih sukar.

Walaupun dua perkhabaran, ia tidak bercanggah. Memang benar, tidak ada kemelesetan teknikal tahun hadapan. Yang ada pada tahun hadapan hanyalah masa yang lebih sukar sahaja ketika kemelesetan tidak wujud. Jangankan kemelesetan sebenar, kemelesetan teknikal pun tak wujud dalam masa yang lebih sukar dari hari ini yang sudah lama sukar.

Najib bakal Perdana Menteri. Semalam juga beliau menyatakan bahawa kerajaan mempunyai kredibiliti dalam pembentangan mana-mana fakta kerana ia sudah dikaji secara mendalam, diteliti terlebih dahulu dan boleh dipertahankan. Najib tidak bentang fakta dalam keadaan terpinga-pinga dan pening-pening.

Tahun hadapan, memang benar Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal. Najib menyandarkan jangkaannya kepada penambahan RM7 bilion yang diumumkannya Selasa lalu. Penambahan itu, katanya, cukup untuk membolehkan Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.

Bagaimanapun, perlu juga diinsafi bahawa RM7 bilion itu masih mundar-mandir antara ada dan tak ada. Jika subsidi minyak dapat dijimatkan, RM7 bilion itu dijangka ada untuk dibelanjakan seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan "telus" yang memberitahu awal-awal bagaimana ia hendak berbelanja jika RM7 bilion itu dapat dijimatkan.

Kalau tidak dapat dijimatkan, tak adalah.

Sebab itulah, bila pembangkang mempersoalkan adakah tindakan Najib membentangkan penambahan RM7 bilion itu merupakan sebahagian dari Bajet 2009, dijelaskan dengan jujur bahawa RM7 bilion itu adalah cadangan perbelanjaan kerajaan yang telus untuk membantu rakyat jika subsidi minyak dapat dijimatkan. Seperti yang digambarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah kepada Dewan Rakyat, ia adalah sebahagian amalan bakal Perdana Menteri yang telus.

Ia bukan flip-flop. Hari ni begini, esok cerita lain pula. Bukan begitu. Bakal Perdana Menteri yang telus tidak flip-flop.

Perlu difahami bahawa cadangan perbelanjaan RM7 bilion itu sebenarnya adalah perkara yang saja-saja nak diberitahu oleh bakal Perdana Menteri yang telus kepada rakyat. Sebab itulah, perkara yang saja-saja nak beritahu itu tidak tertakluk kepada perkara 66(15) peraturan Parlimen yang mensyaratkan pindaan yang hendak dibuat kepada Belanjawan 2009 hendaklah diberitahu sekurang-kurangnya dua hari disertai usul yang diedarkan.

Pembangkang perlu tahu, walaupun dibentangkan dengan begitu bersemangat oleh Menteri Kewangan, perkara yang saja-saja nak beritahu kalau-kalau duit subsidi dapat dijimatkan sebenarnya tidak termasuk dalam Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan waktu itu pada 29 Ogos lalu. Perkara itu telah diisytiharkan dengan begitu rela dan jelas oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tanpa didorong oleh sebarang pertikaian dari pembangkang - jauh lagi tindakan keluar Dewan.

Oleh kerana ia tidak termasuk di dalam Bajet 2009, semua perkara yang dinyatakan oleh Najib dalam pembentangan itu hanyalah saja-saja nak beritahu sahaja termasuk cadangan membenarkan pekerja mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun mulai 1 Januari 2009, kenaikan kadar pinjaman kenderaan untuk kakitangan kerajaan, RM600 juta untuk pendidikan dan latihan, RM1 bilion untuk jalan dan pengangkutan dan juga peruntukan untuk pinjaman mudah peniaga kecil.

Amat malang bila pembangkang dari Pakatan Rakyat tidak tahu bahawa perkara yang saja-saja nak beritahu kalau-kalau duit subsidi minyak dapat dijimatkan sebenarnya tidak terikat kepada perkara 66(15) peraturan Parlimen. Saja-saja nak beritahu, takkan itu pun terpaksa ikut perkara 66(15)
Comments (6)Add Comment
...
written by ROBERTNGTG, November 06, 2008 09:02:58
Najib tidak flip-flop

YEP. CUMA FLOP-FLIP. DARI BELAKANG
report abuse
disagree 1
agree 10
...
written by kanokporn, November 06, 2008 09:16:34
abdullah badawi is the no 1 liar in the world and najib the no 2. now no 1 has swapped places with no 2 but both are liars who call themselves muslims. do you ever think that both or any one of the umno pieces of shit will let a non muslim become the pm of malaysia since their god is the only god and the righteous god who allows these people to lie all the time? no way man! they had to use shafee, igp, cj, judges,police force, rela, utk, etc to silence those who tell the truth like rpk , lks and anwar. the world is already in recssion and both these bustards are at it again. you know why only shit comes out of their mouth. and if you say that pm said that gani patail must not be involved in anwar's case, prosecution will just say that pm is not above the law. how they twist and turn. at he end of the it is only people power who will set this right, latest next elections
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by asguard, November 06, 2008 12:31:59
Najis sendiri tidak tahu samada Malaysia akan mengalami kelmesetan ekonomi ...oleh itu dia beritahu dua lain jenis kenyataan....
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by DreamLady, November 06, 2008 12:47:25
najib cuba menyedapkan perasaan rakyat dengan kata-kata manis, pada hal dia lebih pentingkan rampas segala duit rakyat simpan dengan EPF..

Rakyat sekelian, berhati hati sebelum di perangkap olih pagar, " harapkan pagar, pagar makan padi 1"
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by amoker, November 06, 2008 13:42:32
This article is confusing. is it sarcasm?

Najib obviously did not do well in his new job and did not inspire confidence. That is what you get when dimartabatkan oleh keturunan and not keupayaaan.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Aizad 234, November 06, 2008 14:30:41
Najis flop the poop.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
The Silent Roar
 BUY THE BOOK HERE
 **STOCKS NOW AVAILABLE**
 
** SPONSORED LINKS **
Will NATO become a global army? More..
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA
People's Declaration

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM