A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU

MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 05 November 2008 09:18

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah juga 'mencelarukan pandangan agama' sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Kertuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaa dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.
Comments (13)Add Comment
...
written by Alice, November 05, 2008 09:36:32
MERITOCRACY - GO FOR IT!! TOO MUCH OF INJUSTICE HAS TAKEN PLACE smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif smilies/sad.gif
report abuse
disagree 2
agree 30
...
written by CPY, November 05, 2008 09:55:50
Biasalah. Ini psikologi 'tribal mentality'(minta izin) 'pemikiran kepuakan' dimana kita kurang percaya puak lain yg mungkin jadi pengintip. Ia memerlukan masa spt 100 tahun lagi untuk dihapuskan.
report abuse
disagree 1
agree 13
...
written by Msian Idol3, November 05, 2008 10:39:25
Msian rice bowl is more important than ethnic issues. Why are we steering the population towards racialism?? Why not Msian first?? If we have a govt that embraces racialism & have lip service in respecting other religion, we are heading towards trouble times. I support 100% meritocracies & the best person for the right job -- not race or religion base. Of course I support we should help the handicapped & deserving.
report abuse
disagree 0
agree 17
...
written by antiilluminati, November 05, 2008 10:42:13
Inilah Rakyat Malaysia - SEMUANYA TOLOL !. Apa special sangat dgn race tue ?. Hari2 tak habis cari ISU ttg race ?.
Setahu saya, hanya dua isus yg RAKYAT Malaysia suka : ISU RACIST & SEKS ..betultak kawan ?.
My 2 cents for the day : Grow up guys .
report abuse
disagree 2
agree 15
...
written by arazak, November 05, 2008 10:57:12
"Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah."
----------------------------------------------------------------------------
100% agreed with this!

You cannot compare the integrity of Judge Ian Chin with that of the corrupt Malay Muslim judges who are non-others than lapdogs of UMNO. . . sadly to say some of these judges go to Makkah every year supposedly to cleanse their sins.

I wish they will be burned in hell!
report abuse
disagree 2
agree 22
...
written by Agahdemo, November 05, 2008 11:36:54
"Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memilki hak yang sama"

Saya terharu membaca ini kerana ia memberi saya harapan, memberi anak cucu saya harapan di Malaysia yang tercinta ini....ia cukup bermakna buat saya....

Hidup Ketuanan Rakyat, Hidup satu bangsa satu negara.......

smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif smilies/smiley.gif
report abuse
disagree 3
agree 16
...
written by Tornado, November 05, 2008 11:51:53
Akhirnya terjawab!

Ramai pihak meragui kenapa pelan ambil alih kerajaan oleh PR tidak berlaku. Sebenarnya Anwar Ibrahim tidak memulakan pelan ini kerana faktor yang dibicarakan oleh saudara HR kita.

Bagaimana PR mampu melaksanakan keadilan jika masing-masing kompenannya masih bersifat perkauman. Bagaimana PR hendak melaksanakan sesuatu dengan berhemah jika masih ada sifat ini.

Sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan ketuanan rakyat, PR perlu mempastikan segala perlakuan, minda dan tindakan mereka adalah berasaskan prinsip ketuanan rakyat. Jika ini diabaikan, tidak mustahil PR akan rebah akibat percakaran sesama sendiri atau mungkin akan menjadi bayangan kepada BN.

Tidak dinafikan setiap kaum, bangsa & agama memiliki hak dan sering bersilang antara satu sama lain. Namum jika dilihat kembali kesemua kaum, bangsa & agama ini wujud dalam lingkungan yang sama iaitu rakyat.

Bagi DAP, bagaimana mereka hendak menjayakan slogan "Malaysian Malaysia" jika masih tebal sifat keCINAannya. Apakah slogan "Malaysian Malaysia" dan ketuanan CINA itu sama! Apakah slogan "Malaysian Malaysia" dilaungkan khas untuk kaum atau bangsa CINA sahaja! Bagaimana pula kaum lain yang juga warga Malaysia!

Untuk PAS pula, bukankah Islam menganjurkan agar semua umatnya agar sentiasa menghormati dan berbaik-baik dengan penganut agama lain. Islam telah diberikan status dan hak dalam perlembagaan cuma kerajaan sebelumnya gagal menggunakannya dengan baik dan saksama. Bukankah dalam sejarah islam itu sendiri membuktikan Islam tersebar luas kerana sifat penganutnya! Buktinya ada di Tanah Besar China dan Benua Afrika.

PKR pula perlu menjauhkan diri dari sifat ketuanan melayu. Bukankah melayu sudah menjadi tuan di Malaysia! Buktinya kesemua 9 Raja-raja Melayu telah pun mendapat kepercayaan semua rakyat dan memiliki kuasa utuh termasuklah mengetuai organisasi ketenteraan dan melantik atau memecat penjawat tertinggi awam (PM, AG, CJ, CBG, IGP dll).

Dalam mengharungi keadaan semasa dunia yang tidak menentu, dengan keadaan negara yang secara senyap sakit tenat, PR perlu pastikan laungan "KETUANAN RAKYAT", "MALAYSIAN MALAYSIA" dan :MAKKAL SAKTHI" diamati dan diamalkan. Jangan hanya bijak bertutur tetapi tak buat!
report abuse
disagree 0
agree 20
...
written by riversnail, November 05, 2008 12:58:45
YES,ketuanan rakyat!!!
tetapi parti mana yang akan berjuang ke arah ini???
definately NOT BN/UMNO and Pakatan Rakyat still having the racist blood in them!!
maybe it will take another 50 years to change completely towards KETUANAN RAKYAT/MALAYSIAN MALAYSIA/REAL MAKKAL SAKTHI.. smilies/sad.gif
report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by joeawk, November 05, 2008 16:05:46
Rugi dan buruk tak apa, pentingnya, dia tu orang melayu. Muka penting, lapar dia rompak dan salahkan orang yang bukan melayu kerana tak tolong dan tak bagi freeeeeeeeeeeeeeeee.
report abuse
disagree 2
agree 4
...
written by Apache3, November 05, 2008 18:12:08
Abg Hishamuddin Rais, SYABAS

A WELL WRITTEN AND EXPLAINED POSTING. NOW WILL THE TRUE LEADERS OF KETUANAN RAKYAT PLEASE STEP FORWARD AND TAKE CHARGE AND LEAD THIS COUNTRY OF OURS OUT OF THIS QUAGMIRE WE ARE IN?
DSAI and Company (PKR/DAP&PAS) what have you to say about this?
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by nocrid, November 08, 2008 02:08:38
Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.


Kalau ini ialah hasil pemerhatian terhadap isu songkok, saya memang setuju. Apa boleh buat... nila setitis rosak susu sebelanga apatah lagi beberapa titis.

Tapi kalau ini hasil pemerhatian terhadap isu perlantikan PKNS, memang saya tidak setuju.

Apa yang disokong oleh DAP terhadap isu ini hanyalah sekadar menyokong perlantikan itu berdasarkan kebolehan dan kelayakan. Kebetulan ini parti yang lebih cina jadi mungkin dirasai ada "udang di sebalik batu" tersiratnya sesuatu "secondary gain" di sebalik sokongan itu. Ataupun lebih terang lagi CINA TOLONG CINA...
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Clive, November 09, 2008 13:27:46
memang betul dari segi pandangan yang di sebut oleh kamu. Akan tetapi, apa yang saya rasakan sekarang, PAS lebih teruk jauh daripada PKR dan DAP dari segi pengambilan pihak penguat-kuasa, dan Bau Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam masih sangat kuat yang tidak shj dirasa oleh orang-orang bukan-Bumi tetapi Bumiputera yang baik di Malaysia pun rasa kepahitan bau tersebut.
Cuba kita lihat, berapakah insiden yg berlaku baru-baru ini.....bukalah mata kita.
Bagi PKR, hanya YB yang datang dari Kulim masih hidup dalam Jelebu Perkaumam yang tebal.
Alahai, masih tak berubahkah atau enggan nak berubahkah.
smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 3
agree 2
...
written by tommycol, November 19, 2008 16:12:21
i only hope that those who have been championing 'Ketuanan Melayu' to reflect and think of the share of labor and effort of your so-called 'pendatang'in the past 50years in nation building.
so with your 'Ketuanan';are you implying that those who have 'helped' to 'spoon-fed' you (the 'pendatang' tax payers) your RIGHTFUL SLAVES????????
as the saying goes: KACANG LUPAKAN KULIT smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM