|
PEGUAM BELA CADANG RAJA PETRA DAN BALA JADI SAKSI - malayau |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Saturday, 01 November 2008 10:29 |
|
SHAH ALAM 31 Okt. - Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.
Beliau memaklumkan perkara tersebut ketika Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin bertanya siapakah saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pembelaan.
Menurutnya, beliau mencadangkan Raja Petra sebagai saksi berikutan dia pernah membuat akuan bersumpah membabitkan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Selain Raja Petra, peguam tersebut berkata, pihaknya turut bercadang memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi tetapi tidak pasti sama ada boleh berbuat demikian kerana beliau tidak tahu di mana lelaki itu kini berada.
Balasubramaniam menghilangkan diri selepas menarik balik akuan bersumpah yang diikrarkannya berhubung kes bunuh Altantuya.
kah kah kah…. raja petra?…. kah kah kah…. balasubramaniam?..... kah kah kah….ini teater…. ini sandiwara… kah kah kah tujuan untuk nak sedap hati rakyat kah kah kah... READ MORE HERE: http://tukartiub.blogspot.com/2008/11/peguam-bela-cadang-raja-petra-dan-bala.html
|