A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Bapa Altantuya kecewa, keputusan cemar imej kehakiman

Bapa Altantuya kecewa, keputusan cemar imej kehakiman PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 01 November 2008 10:24

M Khaleel Kas, Harakah

Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan.

Dalam satu maklum balas kepada wartawan sebentar tadi,Dr Shaariibuu Setev melahirkan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin.

Walaupun dua tertuduh lain iaitu Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diperintah untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut,namun keputusan tersebut masih tidak memuaskan hatinya.

Katanya, keputusan tersebut bakal mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.

Tambahnya,beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini.

Dalam keputusan pagi tadi, memutuskan terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

Manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Comments (12)Add Comment
...
written by MyBUDAK, November 01, 2008 10:54:42
Najib need Razak to strategise his movement... smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 15
...
written by zza11, November 01, 2008 11:09:33
Dr Shariibuu was surprised and disappointed with the ruling while most Malaysians were disappointed but not surprised by it. We are immune to injustice and used to the "guided justice" of our judiciary that we expected the ruling to be as such. There will come a point when we do not know what is justice anymore. Come election we believe the new road they paved in front of our house is good enough reason for us to put them in power for the next 4 years. "What is it for me?" is deep inside us as in the politicians. So we have a good topics of conversation for the next few days and then live goes on.
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by arazak, November 01, 2008 11:16:44
Guys. . .! Throw away your TV remote controller. If you want to watch a sitcom. . ., go to the Shah Alam High court and watch this trial!
report abuse
disagree 4
agree 7
...
written by Compadre45, November 01, 2008 12:06:41
What else can you expect with a corrupted govn and judiciary .. what else can be right in this "bolehland" of ours? The damn time all of us are going to face is when Najis takes control as PM. WE SINK !!!!!!!
report abuse
disagree 1
agree 4
...
written by kkselvam, November 01, 2008 12:38:57
This trial outcome came earlier before Najis becomes PM.We are in for more drama and surprises since Azilah and Sirul is asking for Bala and YM RPK to be their witness to safe their neck!
So this twist may well be a bigger curse for Najis the murderer.We, the Malaysian rakyat hope Dr.Shaariibuu Setev will remain strong and fight for justice and GOD willing, it will prevail!
report abuse
disagree 2
agree 7
...
written by Sudahlah tu, November 01, 2008 15:55:41
nampaknya ganjaran sudah dibayar. mungkin RM100 $$$$ ke dalam banknya. wang. cara yang paling efektif menutup hati seseorang. manusia.sesuci manapun. akhirnya jatuh ke dalam jerat - tamak. wang itu. banyak tu .RM100 $$$$. banyak tu
report abuse
disagree 1
agree 3
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by KTRaj, November 01, 2008 18:54:29
The dark side of Malaysia justice ...
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by asguard, November 01, 2008 20:10:39
It is totally screw -up ass court so what else do you expected when the cases is being held in malaysia? ....
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by peter, November 02, 2008 14:26:08
Dalam satu maklum balas kepada wartawan sebentar tadi,Dr Shaariibuu Setev melahirkan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin.


Apalah yg hendak dikecawakan? Dalam perhubungan SMS bukankan Najis telah janjikan bhw caj ke atas Razak Baginda adalah berbentuk "tentetif"(sementara). Peguam telah diberikan skripnya dan peguam telah membaca skripnya. Nasihat saya kpd Dr Shaariibuu Setev adalah jgn buangkan wang ringgit (... US Dollar) dan masa untuk ke sini.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by MalaysiaBaru, November 03, 2008 18:51:30
Dr Shariibuu, please ask your Mongolian government to pursue this matter and pressure Malaysia's fcuked up government to get to the bottom of this evil crime otherwise make it known to the international community that malaysia is a pariah state and Mongolia is severing all ties with Malaysia because of its corrupted and evil regime!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by sdcsrcc, November 07, 2008 05:32:33
Justice in Malaysia belongs only to the rich, connected, and influential people. Others are vulnerable to the justice that should in the first place be a right to all. Money and Power makes the Justice work in Malaysia!!

God only knows how many such happenings have yet to be discovered?
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM