A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Special Reports arrow Deepavali yang tiada erti buat keluarga ISA

Deepavali yang tiada erti buat keluarga ISA PDF Print
Posted by admin   
Saturday, 01 November 2008 10:18

Ditemani Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan jurugambar Wan Zahari Salleh, misi bantuan kepada keluarga ISA diteruskan ke Tanjung Malim dan Cheras, 23 Oktober lalu.

Anis Nazri, Harakah

Bersempena Deepavali yang bakal menjelang, keluarga India pula menjadi tumpuan.

Destinasi pertama kami menuju rumah bekas tahanan ISA, Sanjeev Kumar, di Taman Bernam, Tanjung Malim yang berkerusi roda ketika menyambut kedatangan kami.

Walaupun beliau sudah dibebaskan September lalu, namun nasibnya yang terpaksa bergantung harap kepada isterinya, Sharmila begitu menyentuh hati kami.

Seperti pertemuan sebelum ini, Sharmila tetap tersenyum manis bercerita tentang suaminya,lebih-lebih lagi selepas suaminya dibebaskan September lalu. Namun, kami agak terkilan apabila dimaklumkan Sanjeev tidak dibenarkan bercakap dengan media serta tidak boleh diambil gambarnya.

Menghormati pendirian mereka serta memahami syarat-syarat yang terpaksa dipatuhi Sanjeev yang ditahan selama setahun satu bulan di bawah ISA, kami hanya bertanya khabar dan merakam perbualan dengan Sharmila.

Keperitan Sanjeev yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah akibat diseksa teruk ketika dalam tahanan polis dikongsi bersama Lutfi, yang turut bercerita tentang pusat rawatan fisioterapi yang kerap dikunjungi Lutfi kebelakangan ini. Sambil mengurut-urut bahagian kaki Sanjeev, Lutfi menyatakan berhasrat mahu membawa Sanjeev 'berubat' bersamanya di pusat fisioterapi itu.

Sharmila turut bercerita kesukaran mereka untuk menyambut Deepavali di kediaman ibu bapa mereka, di Kalumpang, Hulu Selangor.

"Sudah sebulan kami menghantar surat untuk memohon pulang ke Kalumpang pada Deepavali ini kerana Sanjeev tidak dibenarkan keluar dari Tanjung Malim. Sedangkan kampung kami bersebelahan sahaja, tetapi kerana ia sudah masuk negeri Selangor, ia menyukarkan kami," cerita Sharmila. Malah, hendak mendapatkan rawatan untuk suaminya di luar kawasan pun sukar.

Menghabiskan masa bertanya khabar kira-kira satu jam bersama, kami menyampaikan sumbangan kepada Sharmila sebanyak RM 1,000 hasil sumbangan pembaca Harakah yang prihatin dengan nasib keluarga ISA.

Kami kemudiannya memasuki lebuh raya untuk ke pejabat. Namun, di pertengahan jalan Lutfi meminta Wan Zahari yang memandu agar ke kawasan rumah panjang di Cheras, mengunjungi sebuah lagi keluarga ISA.

Kebetulan, wakil GMI, Norlaila Othman dan Bendahari GMI, Nashitah Md Noor turut berkunjung ke rumah M. Leela untuk memberi bantuan kepadanya. Bapa Leela yang uzur menyambut kami.

Suami Leela, Sundaraj Vijay telah ditahan selama setahun di Kamunting, kerana dikatakan memiliki beberapa passport dan kad pengenalan palsu.

Leela, yang bekerja mencuci tong pemadam api menghadapi kesukaran membesarkan anaknya yang disahkan menghidapi penyakit autisme.

Cerita beliau, ada ketikanya anaknya yang berusia tiga setengah tahun akan berkelakuan ganjil dan menguji kesabarannya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan bersendirian tanpa suami di sisi.

Wajahnya mula mendung apabila bercerita tentang anaknya. Apatah lagi apabila menceritakan bahawa tiada sesiapa yang menyanggupi untuk menjaga anaknya ketika beliau keluar bekerja.

"Ayah saya pun tak larat nak jaga. Kalau dia mengamuk, tiada siapa yang boleh membantu. Sebab itu saya tertekan. Nak bekerja lagi, jaga anak lagi," keluh beliau.

Namun, di sebalik kedukaan itu, Leela sentiasa menunjukkan keriangannya ketika bercerita kepada kami. Malah, beliau sering memujuk hatinya dengan menganggap suaminya kini bekerja di luar negara, dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Menyedari masa yang semakin rembang dan 'deadline' yang menanti, kami kemudiannya mengundur diri. Wakil GMI, kemudiannya menyerahkan sumbangan pembaca Harakah sebanyak RM1,000 kepada Leela bagi persiapan keluarga itu menyambut Deepavali akan datang. Lutfi turut menyampaikan 'duit raya' kepada bapa Leela dan empat orang cucunya.

"Sedih betul tengok nasib Sanjeev tadi. Walaupun dia tak boleh bercerita lanjut tentang penyeksaan dalam tahanan polis kerana syarat-syarat ketat pembebasannya, Harakah mesti melakukan sesuatu. Mana boleh dibiarkan kezaliman bertindan-timpa ini berlaku," Lutfi meluahkan amarahnya sambil meminta saya konsisten menulis tentang isu ISA ini.

Comments (11)Add Comment
...
written by CPY, November 01, 2008 10:41:31
Aiyah. Cepat kasi jatuhkan BN!
report abuse
disagree 0
agree 8
...
written by Sudahlah tu, November 01, 2008 11:39:04
mana pergi samy ??????
report abuse
disagree 1
agree 6
...
written by kkselvam, November 01, 2008 13:14:42
At one side we care a very caring and loving PAS people.On the other side, we have UMNO disease in PAS. Very contradicting and perplexing. We the rakyat want more of the former side nothing of UMNO's traits in PAS.Get rid of this and we the rakyat will continue to support PAS in upcoming GE's.
Btw,thank you PAS for caring for our fellow Malaysian in time of need.For that mutha fu*cker Samy Olu, we despise him till his death.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by ladasiber, November 01, 2008 13:44:32
Deepavali yang tiada erti buat keluarga ISA


That ISA doesnt mean Isa (pendek) Samad, the convicted money politician who escaped beign penalised just because he is a UMNO hadharian
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Sudahlah tu, November 01, 2008 16:00:50
umno cuma hidup kerana politik wang ....
melayu umno cuma bergabung kerana 'lubuk' kekayaan yang cepat dan senang.
mereka lebih rela menjual maruah diri dan kesucian agama demi status kekayaan.
tamak dan semakin tamak setiap hari.
bpr pun tidak berani bertindak walaupun bukti sememangnya cukup dan kukuh sebab terlibat juga dalam pembahagian wang dan kuasa....
melayu umno yang begitu tamak dan zalim ... bersama golongan elit yang tamak dan boros ......menghancurkan masa depan negara tanpa berfikir waras dan mengikut ajaranNya.
mengapakah sebodoh sedemikian ????
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by guns head, November 01, 2008 16:06:28
This is my first time posting. Today I got my login id. This article made me become hopeless. I realized that I cannot help to make changes and I am worthless. What shall I do? If i can't help I should join to suffer emotionally and physically by living like the unluxury life. Maybe giving out my money to the victims family. But I have no contacts and no means of how to do it.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by palani, November 01, 2008 16:18:05
Saya begitu terharu sambil kagum membaca bantuan pembaca Harakahkepada keluarga ISA. Inilah yang dimaksudkan "Negara Berkebajikan" yang menjadi landasan dan amalan PAS. Seperti yang dikatakan oleh MSelvam iaitu di satu pihak PAS mencerminkan begitu prihatin kepada rakyat tetapi di pihak lain pula beberapa tindakan PAS menunjukkan pertentangan yang sungguh mengelirukan. Saya berdoa konco-konco PAS ala UMNO mengambil ikhtibar dan kembali ke pangkuan jalan agar menegakkan dan mempertingkatkan usaha menjadikan PAS sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan untuk mewujudkan "Negara Berkebajikan". Seandainya ini dilaksanakan di semua peringkat, tanpa mengira kaum dan agama, nescaya PAS akan meraih sokongan besar di kalangan rakyat majmuk. Juga ini akan memberi tamparan hebat kepada parti-parti yang kononnya mewakili sesuatu bangsa tetapi mengabaikan penderitaan bangsa yang diwakilinya. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada PAS dan semoga usaha yang suci murni ini teruskan.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by hanisma, November 01, 2008 18:37:19
Sungguh hancur hati saya apabila mengetahui nasib 2 keluarga di mana ketua keluarga telah dan sedang ditahan di bawah akta zalim, yang tidak dibenarkan dalam Islam. Pemimpin Umno memerintah seperti Firaun memerintah di zaman Mesir purba. Mengapakah pemimpin-pemimpin MIC yang bermulut lantang dan celupar itu diam seribu bahasa? Manakah janji-janji yang ditaburkan oleh calon-calon MIC semasa berkempen sebelum PRU12, untuk membela, membantu serta menaikkan taraf ekonomi kaum India tu?

Syabas kepada PAS kerana menolong insan yang memerlukan bantuan tanpa mengira pegangan agama dan kaum itu. Islam sendiri tidak menentukan bahawa penganutnya hanya boleh menolong orang Islam sahaja dan membiarkan pengikut agama lain yang dalam kesusahan. Hanya Umno sahaja yang menentukan bahawa orang Melayu akan ditolong sekiranya mereka Melayu Umno! Suatu pendirian yang sangat bodoh, lebih bodoh daripada keldai!
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Jit Dharma, November 02, 2008 23:04:24
Tahniah PAS dan Harakah, kerana sumbangan mu dan kerana menunjukan nilai-nilai kemanusiaan yang menyentuh hati. Di masa kini, bila terdapat pihak yang tidak
bertanggung jawab cuba mengugat pertalian diantara Rakyat,PAS telah pun langkah
ke depan dan membuat sumbangan kepada Rakyat, yang bukan sekadar cakap mulut sahaja.Selamat Hari Deepavali kepada Saudara dan Saudari di PAS dan Harakah.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by BOB007, November 03, 2008 00:26:09
shabas........HARAKA PAS......i am non-muslim realy salute ur islam way......it is show u realy practis true islamic teach......help thous need help without see religeous or race.......
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by guns head, November 06, 2008 16:31:50
i hope this article many people will read.
Admin to not remove this article. You may change the article title to bring more people ***** on it. THis article is the best article for the last and this century.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM