A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Dari Jelebu arrow 5 BILION RINGGIT DUIT KWSP UNTUK SIAPA?

5 BILION RINGGIT DUIT KWSP UNTUK SIAPA? PDF Print E-mail
Posted by admin   
Wednesday, 29 October 2008 15:22

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia 'terselamat'.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.

Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah 'dinaikkan'. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

Cara 'menipu' ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah 'mengsongklap 5 billion ringgit' duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap 'nilai jatuh'.

Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.

Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah 'mengsongklap duit KWSP.'

Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah

Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.

Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.

Comments (16)Add Comment
...
written by hckit, October 29, 2008 15:37:48
SMS
bcc: semua directors UMNO related KLSE listed companies.

Siapa nak valuecap , reply me. 5% commission to my swiss account

Best regards,
Director Valuecap.
report abuse
disagree 0
agree 35
...
written by cheekhiaw, October 29, 2008 15:38:43
Pelabur luar negeri sudah lari. Yang tinggal ialah pelabur tempatan dan pencuri yang terikat dengan harga saham yang semakin menurun.

Boleh jadi ada banyak pencuri BN yang sedang pegang saham2 yang dibeli dengan pinjaman bank. Sekarang harga masih turun, jadi mereka tak boleh tahan lagi - tak ada wang untung untuk bayar interest bank.

Jadi terpaksa cari jalan untuk jual kepada orang lain - itu gunanya Valuecap dengan wang KWSP.

Kalau harga jatuh lagi, yang terbakar bukan pencuri2 itu lagi.

Kalau harga naik, pencuri2 itu akan beli dari Valuecap.

Kalau saham2 itu memang berharga, KWSP harus beli sendiri dan berikan keuntungan akan datang kepada pekerja2. Tak payah guna Valuecap.

Valuecap itu helah tipuan pencuri2 tempatan...

xxx
report abuse
disagree 0
agree 34
...
written by Admiral Tojo, October 29, 2008 15:47:08
It is called thievery and fraud. Tangkap Najib bawah akta keselamatan dalam negeri.Najib will cause civil unrest if the people are educated and told about this thievery. Tangkap dia sekarang

Salaam
report abuse
disagree 0
agree 34
...
written by Tompios, October 29, 2008 16:02:24
Well done Boss Jelebu!

Tidak hairanlah pemimpin2 agama versi UMNO mempunyai mahligai besar dan indah. Ssampai bila lagikah Tandas berusia 51 tahun ini diguna-pakai oleh orang Malaysia? Semakin busuk dan menjijikkan luar dan dalam agama UMNO ini.

Marilah datang beramai-ramai membeli saham UMNO. Opps! kalau tidak dapat saham pun dapat duit RM200 untuk undi pemimpin-peimimpin UMNO bolehlah.
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by ellyna, October 29, 2008 16:14:30
Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu.

There you have it! Hishammudin Rais is calling a spade a spade. There is no simpler way of putting it. It is up to us to open our eyes (those who are still blind or partially blind). They have screwed us for 51 years!! Now they are turning to our KWSP fund!
report abuse
disagree 0
agree 25
...
written by Fuminari, October 29, 2008 16:15:37
RM 5 billion is the bail out for umno not malaysia.this says it all!
who is valuecap,who owns n runs it?why valuecap?which counter valuecap is injecting the capital?where is the transparency concerning valuecap ??how valuecap is going to return the money taken from KWSP?what benefit KWSP get if valuecap makes a bundle out of the RM5 billion?jus interest??n what about the rest of the profit??jus belongs to valuecap??who would be responsible w.r.t failure??
report abuse
disagree 0
agree 22
...
written by carribeanking7, October 29, 2008 16:29:03
Nasi puteh dimakan dengan ki-cap

Sebenarnya Mahadey yang mencadangkan value-cap

Kata Najib dia bukan boneka Mahadey

Tapi kini simpanan hari tua rakyat dicurah ke keladi


Vijay Kumar Murugavell
report abuse
disagree 2
agree 14
...
written by Alice, October 29, 2008 19:06:44
Najib is sooooooo stupid and greeedy . What a dreadful combination. He is a rapacious character with no regards about this beautiful country.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by asguard, October 29, 2008 20:49:07
Pakai duti KWSP senang ...saja tetapi untuk bayar balik banyak sandiwara akan ditayangkan oleh najis... untuk mengelakkan daripada kena serangan orang ramai...
report abuse
disagree 0
agree 7
...
written by HamChak, October 29, 2008 21:12:39
Alamak, ta paya tanya 5 billion Ringgit duit KWSP untuk siapa, lor?
Mesti la, untok Kronies,Kronies.
Sama sama machan zaman dulu.
Itu jam kita punya PM Mahathir, dia buat bagitu juga.
Semua duit tolong Kronies saja.
Kesian la Ra'ayat Malaysia. Ra'ayat di bankrupkan oleh Gomen.
Dei, saya pun ada wang di KWSP.
report abuse
disagree 0
agree 9
...
written by Sudahlah tu, October 29, 2008 22:22:38
setiap hari .. pengeluaran minyak daripada telaga-telaga lebih daripada jumlah inilah .....
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by SiHangChai, October 29, 2008 23:43:29
tak dapat habuan dari helikopter, nak lesap KWSP keh?
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by Desert Fox, October 30, 2008 04:47:13
All in UMNO,Valuecap,etc learn these verses by heart:-

" Do not consume one another's wealth unjustly,or send it in bribery to rulers/officials in order that they might aid you to consume a portion of the wealth of the people in sin,while you know it is unlawful " Koran 2:188

" Allah does not love any arrogant show-off " Koran 57:23

" Indeed,Allah does not love the proud boasters " Koran 4:36

" The wasteful are brothers to the devils " Koran 17:27

report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Joelim, October 30, 2008 20:45:53
The Star today reported a 17 year old boy named Mustakim Minsawi fell off his motorbike and died trying to apprenhend 2 snatch thieves near Dataran Merdeka. He was thrown off his bike after it was kicked by the thieves' accomplices who came out of nowhere. He died of head injuries. For his courageous act and thoughtfulness who put others above himself, Mustakim Minsawi is undoubtedly a HERO.

May I ask Malaysia Today to organise an urgent donation to help the family of Mustakim Minsawi who are in bereavement as I write this message. Bloggers please donate generously to our HERO.

Joe Lim
report abuse
disagree 2
agree 10
...
written by Ben, October 30, 2008 20:54:08
Petikan dari laman Kwsp.

"Selaras dengan strategi pelaburan berhemah KWSP, sebanyak 84.5 peratus daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam Pinjaman dan Bon telah diperuntukkan untuk syarikat-syarikat bergred tinggi dengan penarafan AAA dan AA.

“Sebagai tabung persaraan, KWSP akan sentiasa berhati-hati apabila membuat keputusan pelaburan. KWSP akan terus komited meningkatkan nilai simpanan ahlinya melalui pelaburan yang memberikan pulangan stabil dan berdaya maju,” kata Datuk Azlan."

Kalau betul kenyataan diatas maka selamatlah 5 biliun, kan?
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Beezee_Beezee, November 11, 2008 07:40:24
http://www.atimes.com/atimes/S...1Ae01.html
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Abolish ISA
RPK Lost Freedom
56 days 2 hours 10mins

(12Sep2008 1310 to 07Nov2008 1520)
Rent A Car Here
People's Declaration

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!

Sponsored Links

World Futures  Afghanistan is where Nato and the US are killing civilians indiscriminately. Is there a need to protest against such killings? Are YOU not concerned and don't you think you might be next?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

 BLOGGERS AGAINST ISA
Terenganu by-Election 2009

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM