A+ | A- | Reset

Guna duit KWSP RM5 bilion, kenyataan PM mengelirukan PDF Print
Posted by admin   
Wednesday, 29 October 2008 09:58

Intan Abdullah, Harakah

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud mendesak kerajaan menjelaskan persoalan berkaitan penggunaan wang Kumpulan Wang simpanan Pekerja atau KWSP berjumlah RM5 bilion bagi menyelamatkan syarikat saham besar, Value Cap.

"Saya keliru dengan kenyataan perdana Menteri, Timbalannya, menteri kewangan kedua yang menyatakan bahawa fundamental negara masih kuat bagi menghadapi krisis ekonomi.

"Jika kita sudah kuat, apa guna kita ambil RM5 bilion daripada KWSP? Ini semacam ada kontradiksi atau ada suatu yang tidak kena - yang mana satu betul ni?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mengemukakan beberapa persoalan lagi berhubung isu yang sama - menjelaskan lagi rasa tidak puas hati pihak MTUC dengan kenyataan pemimpin negara tersebut.

"Persoalan saya ialah untuk apa RM5 bilion tersebut digunakan? Sejauhmana ketelusan proses pengambilan dan urusan bail-out tersebut dijalankan dan apa manafaat yang diperolehi pencarum KWSP khususnya golongan berpendapatan rendah kesan daripada tindakan tersebut?

"Walau apapun tindakan yang dibuat kerajaan, wang tersebut tetap wang milik rakyat dan ianya tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya," ujarnya.

Mengulas lanjut tindakan yang akan dibuat MTUC mengenai isu tersebut, Syed Syahir menjelaskan pihaknya berkemungkinan akan mengajukan hal tersebut kepada perdana menteri atau menteri kewangan setelah selesai mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa MTUC.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan AJK Bersih meminta pihak yang terbabit dengan desas-desus cadangan pemecatan 50,000 pekerja kontrak di Jabatan Perkhidmatan Awam agar tampil memberi penjelasan bagi meleraikan permasalahan tersebut.

"Kita minta pihak yang terbabit menjelaskan apa cerita sebenarnya di sebalik kesemua ini? Ianya masih belum jelas," katanya tegas.

Isu tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak namun pihak Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Ismail Adam telah memberikan maklumbalas mengenai hal tersebut.

"Tetapi jawapan yang diberikan masih belum jelas," ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap mengingatkan para peniaga agar tidak terlalu cepat bertindak dengan dengan hanya merujuk kepada suatu isu yang tidak mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh.

Comments (4)Add Comment
...
written by DreamLady, October 29, 2008 10:38:06
syid shayhir, thank your for speaking up. We need your voice and others to hit out at the useless government and its blood sucking parasites.

It is our money they are eyeing now, EPF should not be'sentuh' by anybody except by its rightful owners.

Once again for your initiatives to fight for EPF contributors...
report abuse
disagree 1
agree 14
...
written by Wisdom above, October 29, 2008 11:42:43
Petronas revenue profit drop 44 % when crude drop to US$61.30 low ??

BEE ANT Government must tell the truth ?

Remember to campaign for the " RELEASE RPK, and all ISA detainees. ABOLISH ISA NOW!"

My salute to all Peacemakers.



report abuse
disagree 1
agree 5
...
written by AUTAR, October 29, 2008 12:26:37
Macam jugak cerita dapat darjah Datuk tu, jika pelakon Bolllywood tu bawa pelancung, maka tak payahlah kerajaan BN puaka ni lantik lagi menteri pelancungan. Kan habiskan duit rakyat aje untuk bayar gaji pada andartu kita tu.
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by cheekhiaw, October 29, 2008 15:42:23
Tipu helah memang selalu mengelirukan....

Pelabur luar negeri sudah lari. Yang tinggal ialah pelabur tempatan dan pencuri yang terikat dengan harga saham yang semakin menurun.

Boleh jadi ada banyak pencuri BN yang sedang pegang saham2 yang dibeli dengan pinjaman bank. Sekarang harga masih turun, jadi mereka tak boleh tahan lagi - tak ada wang untung untuk bayar interest bank.

Jadi terpaksa cari jalan untuk jual kepada orang lain - itu gunanya Valuecap dengan wang KWSP.

Kalau harga jatuh lagi, yang terbakar bukan pencuri2 itu lagi.

Kalau harga naik, pencuri2 itu akan beli kembali dari Valuecap.

Kalau saham2 itu memang berharga, KWSP harus beli sendiri dan berikan keuntungan akan datang kepada pekerja2. Tak payah guna Valuecap.

Valuecap itu helah tipuan pencuri2 tempatan.

xxx

xxx
report abuse
disagree 1
agree 6

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM