A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Khir didakwa mahu pecah belah hubungan kerajaan Negeri, Sultan

Khir didakwa mahu pecah belah hubungan kerajaan Negeri, Sultan PDF Print
Posted by admin   
Tuesday, 28 October 2008 23:49

Saidah Hairan, Harakah

Tohmahan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo bahawa pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mempunyai hubungan baik dengan Tuanku Sultan Selangor dibidas oleh exco Kerajaan Negeri dan Adun Pakatan Rakyat.

Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) menyelar dakwaan Khir yang berniat jahat mahu menimbulkan kegelisahan rakyat bahawa kenyataan itu cuba menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya Pakatan Rakyat dengan Tuanku Sultan.

Dalam sesi mesyuarat Peringkat Jawatankuasa Perbekalan Rang Undang-undang itu, Azmin menegaskan, taat setia rakyat Selangor kepada Tuanku Sultan tidak pernah berbelah bagi.

Pimpinan Rakyat juga katanya, menyokong untuk menjamin kuasa mutlak bagi memastikan pentadbiran agama Islam di Selangor berjalan dengan lebih baik dan kemas.

Bagaimanapun, katanya kenyataan Khir itu seolah-olah menjelaskan bahawa telah timbul masalah komunikasi antara pihak Istana dengan kerajaan Negeri.

"Saya yakin kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar dapat memberikan kepimpinan yang baik dengan memastikan peranan Istana dalam kerajaan Negeri lebih jelas," tegasnya.

Dalam perbahasan tersebut, Speaker, Teng Chang Khim mencelah; "Adakah kerajaan dahulu (BN) ada masalah dengan Sultan?" Azmin dengan pantas menjawab hanya yang buta sejarah sahaja menafikan tidak ada masalah antara kerajaan negeri dengan pihak Istana.

Menurut beliau, pernah suatu ketika Menteri Besar (Umno) mengambil anak raja tetapi menafikan sehingga timbul krisis besar seolah-olah Menteri Besar ketika itu bergelumang dengan masalah skandal sama ada rasuah dan penyelewengan.

Dengan peristiwa itu, Tuanku Sultan terpaksa mengambil pendirian tegas supaya perkara tersebut tidak akan berulang.

"Saya harap Khir jangan cuba melaga-lagakan hubungan Tuanku Sultan dengan pimpinan Pakatan Rakyat kerana bagi kami akan memastikan kemurniaan Raja-raja Melayu khususnya di Selangor," tegasnya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Istiadat dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar sentiasa menjunjung prinsip Raja.

"Kami hendak menentukan bahawa sistem di Malaysia termasuk di Selangor dari segi agama Islam tonggaknya adalah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan dan ini tidak boleh dipersoalkan kerana ia termasuk dalam Perlembagaan negara dan negeri," tegasnya.

Beliau berkata, hanya Umno saja yang pernah menjatuhkan institusi Raja-raja Melayu. Menurutnya, pindaan Enakmen adalah bertujuan menentukan bahawa Sultan merupakan pemerintah teratas dalam segala hal terutama hal Ehwal Agama Islam.

Beliau menegaskan, Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) mahu melahirkan bibit-bibit keretakan antara pimpinan kerajaan Negeri dengan Tuanku Sultan dan mahu mencari ruang untuk menimbulkan kekeruhan.

"Apakah Khir pura-pura tidak tahu bahawa dalam masa lapan bulan Pakatan Rakyat mentadbir telah mewujudkan satu hubungan paling intim dengan Tuan ku Sultan," katanya.

Comments (18)Add Comment
...
written by biggun129, October 29, 2008 00:11:50
Khir Toyo terdesak kerana sudah hilang Tapak, harus harus tak dapat apa apa kerusi dalm pilihan Party Umno yang akan datang!!!
report abuse
disagree 0
agree 49
...
written by miwaki, October 29, 2008 00:39:17
Toyo dah tak laku lagi di selangor.Dulu dia action sebab dari seorang pemcabut gigi,dia di lantik sebagai Menteri Besar.Kerana kelakuannya dan perbuatannya yang tidak ada moral,maka jatuhlah dia dengan partynya sekali.

Sakit hati betul Si Toyo dan kerana kehilangan kuasanya,dia dah kehilangan tumpuan dan maka dia pun jadi setengah suku baru baru ini.Siapa pergi ke kliniknya akan hilang kesemua gigi mereka.Dia adalah pakar pemcabut gigi.
report abuse
disagree 0
agree 41
...
written by Mee Udang, October 29, 2008 00:50:59
Si Toyo, you berdiri sama line dgn Sai Hangit tau tak???
Sama sama PENIPU BESAR, HIPOKRIT, macam makcik kat pasar bergosip saja nak cari pasal!!!!
report abuse
disagree 0
agree 26
...
written by rocky, October 29, 2008 01:30:43
don't trust KT with a 100 foot pole. The only way he can garner support is by being racist like in Theresa Kok's case. Lets not forget what KT did during Datuk Z mansion...Sultan had to step in.

we rakyat Selangor support our majesty who is far wise and cleverer than the KT fellow and his Highness knows this PR govt has the backing of the people and is not abusing power like KT and gang.

Daulat Tuanku!!!
report abuse
disagree 1
agree 25
...
written by johanssm, October 29, 2008 04:06:12
True to his name , a toyol will be a toyol.
Toyol main isu ternakan babi , tak puas dengan tu dia main isu agama lepas tu main isu Melayu dan kini si toyol mahu main isu istana.
Sampai tahap apa umno dengan toyol nya mahu mainkan negara?
jelas disini bahawa toyol bukan seorang pemimpin Islam.
Sentiasa nak porak peranda.
report abuse
disagree 0
agree 23
...
written by rpremkumar2u, October 29, 2008 06:45:39
Khir has no notion of the respect that is accorded to the Sultan of Selangor by the rakyat. To speak of ill relations of His Highness and whomsoever is tantamount to ill manners. He should cease displaying his desparation now that he is being investigated for the wrong doings which are being audited in his closet.
report abuse
disagree 0
agree 12
...
written by Dongra Dude, October 29, 2008 07:49:46
Please can the authority check the background of this Khinzir Toyol. I suspect he could be of the pendatang Indon who could have landed at Morib with other PATI. He cannot digest the lost of Selangor to PKR. He is trying to stir shit and creat uneasiness in the state. Why the Authority did not use the ISA on him?
report abuse
disagree 0
agree 16
...
written by DreamLady, October 29, 2008 08:09:43
hantu toyol has done enough damage to rakyat selangor. he specialises in corruption; manufacturing fitnah and plotting evil schemes...

I call out to all selangor rakyat, provide 100% moral suport to khalid who is sincere and dedicate to his duty as MB...

...and voice forth in unison against toyol who robs, cheat, and lie to all the rakyat. Get rid of the sampah masyarakat, the hantu toyol !!!!!
report abuse
disagree 0
agree 15
...
written by DezMalaysia, October 29, 2008 10:02:20
Biasalah tu Toyol mar. Tuanku Sultan pun dia nak heret ke kancah peperangan politik. untuk apa ? Hanya untuk kempen Ketua Pemuda UMNO, perlulah agresif & ekstrim sikit. Dah Kalah habis, dah malu, muka dah dijatuhkan dalam PRU 13, Si Toyol dah tak kisah hidup mati orang lain. gila kuasa. Inilah pemimpin BN / UMNO.
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by anakbuaya, October 29, 2008 10:10:52
Si Toyol kau bukan orang. Tun Mahathir memberi peluang kepada u menjadi MB Selangor tetapi kali ini kau Toyol menentang anak Tun untuk kerusi Pemuda Umno. Kau ini memang Toyol.
report abuse
disagree 0
agree 5
...
written by BORN FREE, October 29, 2008 10:11:17
Detain him under ISA
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by Dongra Dude, October 29, 2008 12:30:49
Dia bukan kacau daun anak Tun, tetapi digunakan sebagai joker oleh Tun supaya SIL AAB Kera Jantan tak dapat majority! You understand!
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Susanna, October 29, 2008 13:05:48
Orang toyol ini tak habis habis cuba hasut dan cakap bukan2. Jangan2 kita terpedaya oleh muslihat dan niat jahat nya.
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by DanDan, October 29, 2008 13:35:44
Put the si toyol under ISA.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Apache3, October 29, 2008 15:55:06
Khir Toyo can you give reasons as to how Achenese people were given land to build houses (huge bungalows) along MRR2 near the LRT PUTRA Terminal at Gombak? These houses could be seen if you drive along MRR2 near Taman Melati Flyover (left side if you are driving from Selayang.) Will the new state govt investigate for any irregularities?

You are a PENDATANG a RABEL ROUSER and a CORRUPTED SCUM.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Namaste, October 30, 2008 07:50:22
Do not forget that KT went missing for a while to collect his files when he knew he lost Selangor to PR on March 08? So KT is wounded and only natural to stir any issues for his blind cronies and supporters to exist and hope if he can make a comback. If he does then the "shaitan" are still in power.
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by onnetline, October 31, 2008 01:45:39
Sial si anak TOYOL ni !
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by kavidibaku, November 02, 2008 10:53:46
Buang negeri sahaja si tempe ini. Kacau aje. Sorry. Buang negare ke Indon. That is where he belongs.
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM