|
Kutuklah PAS Sekuat-kuatnya |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Tuesday, 28 October 2008 15:10 |
|
Bertubi-tubi Pakatan mengutuk Barisan Nasional atas polisi-polisi yang dipandang memihak kepada sesuatu kaum untuk merebut sokongan setiap kaum. Kini tibalah masa melancarkan serangan.
Apa yang diamalkan di negeri Kedah langsungnya tidak masuk akal. Antaranya, kuota perumahan 50% kepada kaum Bumiputra, cadangan meningkatkan caj air ke atas Perlis dan Pulau Pinang, ketidakupayaan menarik pelaburan menyebabkan kadar pengangguran melambung tinggi, gejala penjenayahan yang semakin berleluasa dan sebagainya. Pertama, selama ini Barisan Nasional tidak pernah menindas kaum-kaum minoriti dengan polisi-polisi keterlaluan. Apakah kuota itu sesuai, lebih-lebih lagi pada detik-detik genting kemelut ekonomi ini? Banyak kelemahannya. Apa ertinya kuota itu jika anak-anak Melayu tidak mampu beli? Sekiranya sektor swasta enggan melabur dalam projek perumahan, maka hilanglah peluang pekerjaan dan pecahlah periuk nasi anak-anak Melayu! PAS memang berpandangan singkat. Kuota tidak akan meningkatkan daya saingan anak-anak Melayu, malah melemahkan lagi bangsa kita. Kini tibalah masa menembak PAS untuk mencabut keluar akar Pakatan. Cadangan meningkatkan caj air ke atas negeri-negeri jiran jelas menunjukkan yang mereka tidak tahu mengurus ekonomi negeri. Apabila kerajaan pusat Barisan Nasional mengurangkan subsidi dan menaikkan harga minyak, PAS menghasut rakyat melancarkan demonstrasi anti-kerajaan. Apa pulak dengan kerajaan PAS yang membebankan penduduk-penduduk Perlis dan Pulau Pinang dengan caj tambahan air pada saat-saat genting ini? Kerajaan negeri Kedah nampaknya tidak berupaya menarik pelaburan luar. Sehingga kini, PAS belum mempunyai perancangan rapi untuk mendorong pelabur-pelabur luar ke negeri Kedah. Dalam jangka panjang, anak-anak Melayu Kedah ketandusan peluang perjawatan dan kadar pengangguran yang melambung tinggi akan membawa masalah sosial. Begitu juga tiadanya jalan penyelesaian ke atas gejala penjenayahan yang kian teruk di negeri Kedah.
UMNO haruslah memainkan peranannya sebagai pembangkang di negeri pengeluar padi dengan harapan merebut kembali kuasa pada pilihanraya akan datang. -UMNO Member (Admin Note:- Actually sent to UMNO's complaint email by UMNO member, BCCed to MT)
|