A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Guest Columnists arrow Lagi hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India

Lagi hadiah Deepavali Umno-BN buat masyarakat India PDF Print
Posted by admin   
Sunday, 26 October 2008 12:38

ANWAR IBRAHIM, HARAKAH

Entah apa pertimbangan dan percaturan pimpinan Umno-BN tatkala saban tahun mereka melakukan penindasan ke atas masyarakat India.

Tahun lepas kita menyaksikan perobohan Kuil Rimba Jaya menjadi 'hadiah' Deepavali Umno-BN buat masyarakat India, tahun ini, dalam keadaan beberapa hari saja lagi masyarakat India akan menyambut Deepavali, 11 individu ditahan - termasuk seorang anak kecil berusia 6 tahun - di saat mereka mahu menyerahkan memorandum secara aman di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Hari ini Mahkamah Majistret Kajang menetapkan supaya 10 daripada mereka direman selama 3 hari sebermula hari ini. Sekali gus keputusan mahkamah ini menafikan hak mereka untuk merayakan Deepavali sebagaimana masyarakat India lainnya.

Saya berasa kesal dengan tindakan dangkal yang diambil oleh penguasa untuk menahan kumpulan 11 individu semalam. Hujahnya masih samar dan tidak jelas. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memberikan justifikasi dari konteks perundangan dan hak asasi, bukan mengambil tindakan cacamarba yang hanya memburukkan keadaan.

Kenyataan terdahulu Menteri Dalam Negeri bahawa Hindraf diharamkan atas alasan penganjuran demonstrasi yang menganjurkan keganasan adalah tidak munasabah.

Waima ada pelanggaran undang-undang sekalipun, wajar bagi beliau membuktikan setiap butir katanya dengan fakta dan pembuktian jelas, bukan mengadu domba tanpa hala!

Saya menyeru agar Kementerian Dalam Negeri khususnya Menteri yang berkenaan tidak bersikap selektif terhadap berpuluh lagi gabungan dan pertubuhan yang acapkali berselindung di sebalik sentimen perkauman sempit, sekiranya mereka mahu membuktikan mereka adil di mata rakyat.

Kita tidak boleh terus berkompromi dengan slogan anti-keganasan dan anti-sentimen perkauman untuk terus menghalalkan kezaliman!

Comments (13)Add Comment
...
written by kkselvam, October 26, 2008 12:55:22
Kami setuju dengan YM DSAI.Kami kaum india dah jelak dan muak dengan percaturan politik yang serba pincang lagi berat sebelah UMNO dan BN.Dahlah disepak,terajang,di gas dan digari, sekarang pulak nak pijak kaum india yang sekarang merasakan mereka seperti jatuh kemudian ditimpa tangga pulak!
Kami kaum india khususnya dan rakyat M'sia keseluruhan mahukan tampok pemerintah negara tukar kepada PR secepat mungkin.Tak tahan dengan sengsara dan bala yang ditimpa dibawah pemerintahan durjana lagi zalim UMNO dan BN.
Tolong kami YM DSAI.Kami tuntut hak kami.Tidak lebih.Tidak kurang!

My heartiest Happy Deepavali wishes to Hindaf 5 and all their family members.Our fight will never go in vain.Keep fighting.Lawan Tetap Lawan.Valge Makkal Shakti.
report abuse
disagree 1
agree 20
..., Lowly rated comment [Show]
..., Lowly rated comment [Show]
...
written by Alice, October 26, 2008 13:27:35
SYED HAMID ALBAR sebenarnya adalah seorang lelaki yang benar-benar BODOH. Kebodohannya tidak terkata. Berikut adalah contoh JELAS bahawa IQ nya hampir kosong:-

1. Seorang journalist Cina - Tan ditahan di bawah akta ISA bagi tujuan memberinya perlindungan . Hahahaha joke of the year.

2. Polis di Chow Kit terpaksa di alihkan bagi tujuan melindungi POLIS daripada PENJENAYAH dan PENYAKIT. HAHAHAH SUPER JOKE OF THE YEAR.

3 Menahan 10 orang India yang mahu menyerahkan memo pada PM Bodohwi dan mengurung mereka pada hari DEEPAVALI.- SADISTIC SYED ALBAR.

4. MENGURUNG RAJA PETRA KAMARUDDIN yang langsung TIDAK BERSALAH kononnya artikel beliau menghina ISLAM - Macamlah dia si Syed Albar tu ISLAM SANGAT DAN MENGIKUTI SEMUA PRINSIP DALAM ISLAM smilies/shocked.gif smilies/shocked.gif--BERNIAT JAHAT UNTUK MELINDUNGI KAWAN BAIK DIA YANG TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Well soon SYED HAMID ALBAR WILL PAY A HEAVY PRICE. smilies/grin.gif smilies/grin.gif
report abuse
disagree 1
agree 35
...
written by kkselvam, October 26, 2008 13:35:20
Alice.
Nicely said about that moron baboon Shit Alblur!!
Keep up the good work.
report abuse
disagree 0
agree 13
...
written by Jit Dharma, October 26, 2008 15:18:45
Ini yang membuat tindakan mereka tidak di percayai oleh rakyat.Bahawa tindakan
yang dikatakan dibuat untuk menjaga keamanan, di ambil dengan cara yang begitu
kejam and anggkuh.Dimana pihak Hindraf langsung tidak dibagi peluang untuk
menjawab tuduhan yang dilemparkan dengan sewenang-wenang.Mana prinsip keadilan
dalam tindakan sebegini? Atau pun pihak Kerajaan telah lama meninggalkan apa-
apa prinsip keadilan bila mengambil tindakan terhadap sesiapa yang berani
menentang mereka?
report abuse
disagree 0
agree 6
...
written by asguard, October 26, 2008 15:42:34
Cara UMNO adalah apa -apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil keputusan untuk diri sendiri adalah digalakkan walaupun ia mengakibatkan kemarahan kaum lain...
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Raizzen, October 26, 2008 19:31:26
Just to add some from Alice's Magnificent list.

RPK was arrested in the midst of Ramadhan and closing on to the eve of Aidilfitri, 2 holy months in Islam, where the Muslims are encouraged to spread love and forgiveness. They created lies and fitna instead.

Hindraf 9 1 BRAVE 6 yr old were arrested on the eve of Deepavali.

Wow. Cekap, Bersih, Amanah !
report abuse
disagree 0
agree 3
...
written by Raizzen, October 26, 2008 19:32:14
Hindraf 9 plus 1 BRAVE 6 yr old girl *
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by bn haramjadah, October 26, 2008 19:38:41
All I can say to umno is this, you already step on the hindraf people after the ladder has fallen on them, keep on stepping, one of these days don't be too surprised when they really go to sri lanka and learn terrorist activities like making bombs and what not, when the bombs start exploding under the umno arses than only they will learn, I am not advocating any terrorist activities, but when you play with fire PLEASE BE VERY CAREFUL, BECAUSE YOU WILL BE BURNT IF IT COMES TRUE. THAN WHAT ARE YOU GOING TO DO? RUN AROUND LIKE HEADLESS CHICKEN, THE HINDRAF HINDUS HAVE NOTHING TO LOSE ANYMORE, SO WHO LOOSES MORE, HINDRAF OR UMNO IF BOMBS START BLOWING UP UMNO BUILDINGS. THIS TOUGHT IS ON THE MINDS OF MANY WORRIED MALAYSIANS, DON'T GET THE INDIANS MAD, THEY WILL BITE YOU TILL IT HURTS. BTW I AM NOT AN INDIAN, JUST A SIMPLE MALAYSIAN, TELLING THE BN GOVT TO SIT DOWN AND TALK TO THE HINDRAF PEOPLE, FOR THE SAKE OF ALL MALAYSIANS.
report abuse
disagree 0
agree 2
...
written by Hello Keithy, October 26, 2008 23:18:06
The Indian community of Malaysia should realise by now MIC is not representing them, just as MCA is to the Chinese community. Be brave and walk away from it. Supporting MIC and MCA is endorsing UMNO to chop off our heads. Think again.
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by Apache3, October 27, 2008 01:38:22
They say "never hit a man when he is down" but UMNO/BN goons they squash you real bad when you are down.

Adaptability is not imitation. It means power of resistance and assimilation. - Mahatma Gandhi
report abuse
disagree 0
agree 1
...
written by AUTAR, October 27, 2008 15:31:00
Dimasa sekasrang, sebenarnya tiada istilah kaum. Kerajaan mesti bertindak lebih bijak diatas bukan prinsip perkauman. Tuhan pun tak suruh hambanya menindas sesama hambanya. Hanya Ameno saja yang tiada jalan lain demi menjaga kepentingan politik mereka. Bagi MIC jugak tak boleh berbuat apa apa sebab mereka (MIC) terikat dengan sebuah parti dominan (Ameno Pukimak).

Saya sebagai seorang islam pun amat tidak bersetuju langsung dengan apa yang mereka (Ameno/BN) lakukan dalam kerajaan jahaman ni. Tahniah YB Husam kerana mengambil berat masalah rakyat walaupun kita sesama bangsa malaysia. Hanya Allah yang akan menilai YB diakhir kelak.
report abuse
disagree 0
agree 0

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 

Sponsored Links

World Futures  Moscow's Middle East conference: Should the Muslims depend only on the US to solve the Palestine crisis?

Future Fastforward  A controversial analysis by a controversial analyst, Matthias Chang, the lawyer-writer who unabashedly calls a spade a spade and offers no apology for doing so.

Internet TV 3000+ Channels  Pick your favorite internet TV channels straight to your PC! Yay!

Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM