|
11 ahli kumpulan Hindraf ditahan |
|
|
|
Posted by admin
|
|
Friday, 24 October 2008 11:07 |
|
Suhaimi Taib, Harakah Sebelas orang penyokong kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) ditahan ketika ingin menyerahkan surat jemputan ke jamuan Hari Deepavali di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Menurut laporan Bernama, semasa kejadian mereka bersama seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang juga anak saudara pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pergi ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 11.30 pagi, sebelum ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini berada di Beijing, China sempena Persidangan Asia-Eropah kali ketujuh. Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Wira Muhammad Sabtu Osman berkata semua lapan lelaki dan tiga perempuan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) kerana bertindak bagi pihak atau mewakili mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang. "Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi. Beliau menafikan sebuah laman web (Malaysiakini) yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis sebaliknya kanak-kanak itu tidak ditahan. Hindraf telah diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.
|