A+ | A- | Reset
Home arrow The Blogs arrow Berita/Komentar arrow Pakatan Rakyat tawar belanjawan alternatif

Pakatan Rakyat tawar belanjawan alternatif PDF Print
Posted by admin   
Friday, 24 October 2008 11:01

Irwan Muhammad Zain, Harakah

Pakatan Rakyat semalam telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli-ahli Parlimen masih lagi meneruskan perbahasan Bajet 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos lalu.

Cadangan tersebut dikemukan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan faktor lain terhadap Malaysia.

Dalam satu taklimat khas yang diadakan di Parlimen pagi semalam, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan hingga ke tahun 2009.

"Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan pengucupan kemasukan dana asing," kata Anwar.

Yang lebih menakutkan, kata Anwar, sikap tidak mahu mengakui ramalan kemuraman ekonomi oleh pemimpin kerajaan.

Beliau menjelaskan kebanyakan negara maju yang menjadi rakan niaga Malaysia sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari seteangah abad yang lalu.

"Tapi pemimpin BN masih belum atau tidak langsung membuat kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini," kata beliau.

Anwar turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak bagi ahli-ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka bajet yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.

"Pakatan Rakyat percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia," tegas Anwar.

Selain beliau, taklimat khas tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.

Selain itu wakil dari KeADILan terdiri dari Naib Presidennya, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, Pengarah Strategiknya, Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Wakil DAP pula terdiri dari Penasihatnya, Lim Kit Siang dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Comments (7)Add Comment
...
written by cta, October 24, 2008 11:52:47
apa guna kalau bukan kerajaan???boleh tulis macam tuhan pun tak peduli,kecuali kamu ni jadi kerajaan.cakap tak buat.sokong pun tak jadi.apa guna.???going to give up hopes very soon.PR pls do it.
report abuse
disagree 4
agree 7
...
written by Dongra Dude, October 24, 2008 12:38:41
Kerajaan BN mana nak dengar. Mereka kan jenis BODOH SOMBONG. bila Ekonomi Negara dah nak Lingkup, mereka akan menuding jari kepada Krisis Ekonomi Global yang menyebabkan semuanya. Kerajaan negara Barat dan Asia sedang sibuk mengambil langkah-langkah derastik untuk menghadapi cabaran kemelesatan Ekonomi Dunia. Tetapi pemimpin di Malaysia kini sibuk dengan merebut kuasa dalam pertandingan Parti. Bila dah dapat kuasa nanti, yang tinggal hanya mangkok yang dah licin! Mangkok Hayun! smilies/angry.gif smilies/angry.gif smilies/angry.gif
report abuse
disagree 0
agree 4
...
written by aryn, October 24, 2008 15:34:50
Apabenda alternatif budget kalau tak boleh di implement. Nak simpan kat museum?

Should I spell it out for you Anwar, PR? First, form the government. Get the cabinet sworn-in. Convene parliament sitting and then only table the budget.

Ini tidak. Putting the cart before the horse! smilies/cheesy.gif
report abuse
disagree 1
agree 2
...
written by Malaysia Ku, October 24, 2008 17:08:52
No matter how good the budget might be, there no point the power is not in your hand. A lot of good guys been in prison for something they thought worth fightng for but to this day nothing happen.. WHY DSAI.. BILA LAGI..LAH..
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by MSIABOLEH, October 24, 2008 19:10:39
What a waste of time, to present this alternative budget. What can you achieve? Is it again to show how brilliant you are as a spin doctor? Have heard of "action speak louder than word". What's the use of idealistic lectures when nothing is done but only empty promises. For Pete's sake JUST BLOODY DO IT!
report abuse
disagree 1
agree 1
...
written by palani, October 24, 2008 19:14:00
Your alternative budget is better than the government's and that's what a responsible opposition must do. Whether the government takes into account or not is not our problem but the rakysts can see and evaluate. The only problem now is that DSAI gradually build our hope of taking over the government and now it seems to be far fetched. Yes, you had hoped for but the hurdles are insurmountable. Moreover the BN MPs who agreed earlier to jump ship chickened out and to me they are better be with the BN. We don't want these kind of EUNUCHS to be part of Pakatan Rakyat. It will bring disgrace to the party. You have to be frank with the rakyat and tell why you couldn't make it. I am sure people will understand and will continue to support you.
report abuse
disagree 0
agree 0
...
written by AUTAR, October 25, 2008 11:35:30
Tolong uruskan pengambilalihan kerajaan secepatnya PR! Saya dah tak sabar nak tengok kerajaan PR merampas semula harta harta pada menteri menteri yang korupsi seperti yang berlaku pada jiran kita. Jika perlu saya sanggup menjadi perampasnya bak gaya seorang "ALONG"
report abuse
disagree 0
agree 1

Write comment
This content has been locked. You can no longer post any comment.
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >
 
Some Images Hosted With
Thank You ImageShack!
 BLOGGERS AGAINST ISA

Powered and Optimized for:
Malaysia Today by MT-TEAM